Waktu Bekerja

                 77 Lembaran SR.4.1.3(B) LANGKAH KAWALAN KESELAMATAN EKOSISTEM DIGITAL BAGI MENYOKONG PELAKSANAAN BEKERJA DARI RUMAH Bil. Perkara Keterangan 1. Membudayakan amalan baik kawalan keselamatan dalam Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan Garis Asas Keselamatan Siber Negara (National Cyber Security Baseline, NCSB) Panduan asas ke Jabatan dalam merancang perlindungan keselamatan maklumat yang diperlukan bagi ruang siber Jabatan masingmasing. 2. Keselamatan peranti pemprosesan maklumat a. Memastikan sistem pengoperasian dan semua aplikasi yang digunakan adalah sah dan dilengkapi dengan security patches yang terkini; b. Memastikan peranti dilindungi dari kod hasad dengan memasang perisian Endpoint Detection And Response (EDR) atau sekurang-kurangnya perisian antivirus yang dapat mengesan kod hasad dan ransomware secara realtime. EDR atau antivirus yang dipasang hendaklah sentiasa aktif, dikemas kini dan dipantau secara berkala bagi memastikan perlindungan terhadap kod hasad dan ransomware dengan berkesan; c. Melaksanakan penyulitan kepada media storan bagi mengurangkan risiko capaian tidak sah ke atas maklumat jika berlaku kecurian seperti mengaktifkan BitLocker pada Ms Windows 11; d. Melaksanakan imbasan kod hasad pada media storan mudah alih sebelum sebarang aktiviti dilaksanakan berkaitan media storan berkenaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy