Waktu Bekerja

 14 CERAIAN SR.4.1.2 DASAR BEKERJA DARI RUMAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan keputusan Kerajaan berkaitan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) bagi pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. LATAR BELAKANG 2. Perintah Am 5 Bab G Tahun 1974 mengenai Waktu Bekerja dan Lebih Masa memperuntukkan bahawa semua pegawai yang bekerja waktu pejabat termasuk Ketuaketua Jabatan sendiri, hendaklah mematuhi waktu-waktu bekerja dan hadir di pejabat dalam masa yang ditetapkan. Bagi pegawai yang mengikuti Waktu Bekerja Bukan Pejabat pula, pegawai dikehendaki hadir bekerja di suatu tempat bekerja yang telah ditentukan kepada mereka meliputi satu masa bekerja atau giliran bekerja. 3. Sebagai usaha berterusan penambahbaikan sistem penyampaian perkhidmatan awam dan keperluan mengimbangi keperluan tugas dan kesejahteraan pegawai, maka Kerajaan telah bersetuju untuk mewujudkan dasar BDR sebagai alternatif cara bekerja baharu dalam perkhidmatan awam. TAFSIRAN 4. Bagi maksud Ceraian ini: "Ketua Jabatan" bermaksud: (a) Ketua Setiausaha Kementerian; (b) Ketua Pengarah; atau (c) mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengetuai jabatan, institusi, agensi atau bahagian. “Rumah” bermaksud kediaman pegawai seperti alamat tempat tinggal yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy