53 TAFSIRAN 6. Bagi maksud Ceraian ini: (i) “Bekerja Dari Rumah (BDR)” bermaksud pegawai melaksanakan tugas hakiki atau tugas-tugas rasmi dari rumah atau lokasi lain. (ii) “Hari Bekerja Hibrid (HBH)” bermaksud aturan kerja yang menggabungkan lokasi bekerja di pejabat dan di rumah/ lokasi lain. (iii) “Ketua Jabatan” bermaksud Ketua Setiausaha Kementerian, Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai yang bertanggungjawab mengetuai jabatan, institusi, agensi atau bahagian. (iv) “Lokasi lain” bermaksud lokasi kerja selamat dan bersesuaian yang diluluskan oleh Ketua Jabatan, dengan jarak yang membolehkan pegawai hadir ke pejabat dalam tempoh yang munasabah apabila diarahkan. (v) “Rumah” bermaksud kediaman pegawai sepertimana alamat tempat tinggal yang didaftarkan dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS). DASAR HBH 7. HBH merupakan aturan kerja baharu yang menggabungkan lokasi bekerja di pejabat sebanyak tiga (3) hari dan BDR sebanyak dua (2) hari. PRINSIP PELAKSANAAN HBH 8. Pelaksanaan HBH adalah berdasarkan prinsip-prinsip berikut: (i) Ketua Jabatan perlu mengenal pasti pegawai yang layak HBH mengikut peraturan yang ditetapkan; (ii) HBH tidak memerlukan arahan atau permohonan; (iii) HBH dilaksanakan secara bekerja di pejabat sebanyak tiga (3) hari dan dua (2) hari BDR dalam seminggu; (iv) pegawai boleh diarahkan oleh Ketua Jabatan untuk hadir ke pejabat semasa BDR sekiranya terdapat keperluan;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy