Waktu Bekerja

                 70 13.4. Menggunakan teknologi penyulitan semasa memindahkan maklumat menggunakan e-mel, media storan mudah alih atau lain-lain medium yang sesuai. 14. Selain daripada itu, pegawai perlu memastikan maklumat terperingkat diproses pada peralatan TMK yang dibekalkan atau dibenarkan oleh Jabatan sahaja. Pegawai tidak dibenarkan berkongsi dokumen terperingkat Kerajaan di platform media sosial seperti Whatsapp, Facebook dan sebagainya. Selain daripada itu, pegawai juga tidak dibenarkan berkongsi dokumen terperingkat Kerajaan pada rangkaian yang tidak dipercayai (contoh: public wi-fi). Pengendalian, Pengurusan Dan Pemantauan Mesyuarat Secara Digital 15. Sepanjang tempoh pegawai HBH yang BDR, mesyuarat boleh dijalankan secara maya dengan mengambil kira perkara-perkara berikut: 15.1. Jabatan boleh mengguna pakai perkhidmatan tele sidang sebagai contoh yang disediakan di bawah MyGovUC2.0 untuk mengadakan mesyuarat secara maya. Bagi keselamatan data, kawalan keselamatan diperketatkan di mana data in transit dikawal dengan kaedah penyulitan data dan saluran komunikasi dilindungi dengan ciri-ciri keselamatan yang dipertingkatkan; 15.2. Mesyuarat tertinggi Kerajaan boleh mengguna pakai Sistem Pengurusan dan Pemantauan Keputusan Mesyuarat seperti aplikasi MyMesyuarat yang dibangunkan oleh JDN untuk mengurus dan memantau mesyuarat secara digital; 15.3. telesidang hendaklah mengadaptasi teknik yang selamat seperti penggunaan kata laluan sebelum dibenarkan terlibat di dalam telesidang berkenaan; dan 15.4. merekodkan telesidang tersebut (jika perlu) dan rekod hendaklah disimpan di dalam storan komputer pengguna.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy