55 (c) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan (d) Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. 10. Pelaksanaan HBH hendaklah dipastikan tidak akan menjejas atau menyebabkan penyusutan kualiti penyampaian perkhidmatan dan prestasi kerja pegawai. Ketua Jabatan hendaklah menetapkan dan memantau pencapaian tugasan pegawai HBH yang BDR. 11. Panduan umum mengenai pelaksanaan HBH berkaitan: (i) Kaedah Pelaksanaan; (ii) Gaji, Elaun, Kemudahan dan Skim Perlindungan; (iii) Kemudahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi; dan (iv) Pematuhan Peraturan. boleh dirujuk dalam Garis Panduan Pelaksanaan Hari Bekerja Hibrid seperti di Lampiran SR.4.1.3. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 12. HBH hendaklah dilaksanakan di semua agensi Kerajaan Persekutuan di seluruh negara. Bagi memastikan kesinambungan penyampaian perkhidmatan berjalan seperti biasa dan pelaksanaan HBH tidak menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat, Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk: (i) menentukan pegawai yang layak seperti syarat yang ditetapkan; (ii) menyusun giliran kehadiran bagi pegawai yang layak HBH di pejabat dan di rumah/ lokasi lain; (iii) menetapkan sasaran output kerja yang jelas dan boleh dipantau bagi pegawai yang BDR; (iv) memantau pencapaian output tugasan pegawai yang ditetapkan kepada pegawai semasa BDR; (v) memastikan pegawai mematuhi peraturan seperti semua undang-undang, peraturan, pekeliling, arahan keselamatan, kerahsiaan maklumat dan tatakelakuan perkhidmatan awam; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy