Kemudahan Pakaian

KERAJAAN MALAYSIA PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PAKAIAN DALAM PERKHIDMATAN AWAM VERSI 1.0 (2022) JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA Diedarkan kepada: Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan

i KANDUNGAN PERKARA MUKA SURAT TUJUAN 1 LATAR BELAKANG 1 PELAKSANAAN 2 TARIKH BERKUATKUASA 2 PEMBATALAN 2 PEMAKAIAN 2 LAMPIRAN I Senarai Pekeliling Perkhidmatan, Surat Pekeliling Perkhidmatan Dan Surat Edaran Yang Dibatalkan 1-1 Kemudahan Pakaian Seragam CERAIAN SR.1.1.1 Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam 3 CERAIAN SR.1.1.2 Bantuan Upah Jahit 5 Lampiran SR.1.1.2 Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit (BUJ) 1-1 CERAIAN SR.1.1.3 Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis 9 CERAIAN SR.1.1.4 Kemudahan Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas Di Mahkamah 11 Kemudahan Pakaian Istiadat Dan Upacara Rasmi CERAIAN SR.1.2.1 Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 13 CERAIAN SR.1.2.2 Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi 20

ii Jejak Dokumen: Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan 1. SR.1.2.2 (23 Mac 2023) Pindaan 1: PELAKSANAAN Kelayakan 10. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41 dan ke atas dan Kumpulan Sokongan Gred 27 hingga 40 yang diarahkan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Dipinda kepada PELAKSANAAN Kelayakan 10. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41 dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana Gred 29 hingga 40 yang diarahkan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sebagai Petugas Harian layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. Pindaan 2: Kadar Bantuan Bayaran Pakaian 12. Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut: Bil Jenis Pakaian Kadar (RM) 1. Bayaran Pakaian Istiadat 1,500.00 2. Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie 1,000.00 3. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi 650.00 (pegawai) 450.00 (pasangan) Dipinda kepada Kadar Bantuan Bayaran Pakaian 12. Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut: Bil Kemudahan Jenis Pakaian Kadar (RM) 1. Bayaran Pakaian Istiadat Pakaian Siang dan Pakaian Malam (Mess Kit) 3,500.00 2. Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Pakaian Separa Rasmi Barat 1,000.00 3. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Lounge Suit/ Pakaian Kebangsaan 650.00 (pegawai) 450.00 (pasangan) 13. Kadar ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Pegawai yang telah membuat tuntutan sebelum tarikh kuat kuasa ini adalah tertakluk kepada kadar dan syarat terdahulu. Pindaan 3: Syarat-syarat 13. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat seperti berikut: Dipinda kepada Syarat-syarat Umum 14. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat umum seperti berikut:

iii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan a) kemudahan bayaran ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali; b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; c) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit; dan d) tuntutan bayaran balik Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hendaklah disokong dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 14. Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. a) kemudahan diberi setiap tiga (3) tahun sekali; b) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit dan maklumat mengenai jemputan ke upacara rasmi yang berkaitan atau surat arahan bertugas di Parlimen/ Dewan Undangan Negeri; dan c) penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Syarat-syarat Khusus 15. Pakaian Istiadat: a) pakaian siang dan pakaian malam boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh tiga (3) tahun; b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; dan c) tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama dibuat sama ada pakaian siang atau pakaian malam. 16. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kemudahan ini diperuntukkan kepada: a) Pegawai Perkhidmatan Awam yang hadir sebagai Penerima Pingat/ Bintang Darjah Kebesaran di peringkat Persekutuan atau Negeri; b) Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 dan ke atas yang dikehendaki hadir bertugas sebagai Petugas Harian di Parlimen atau Dewan Undang Negeri; dan c) Pegawai yang menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri dan membawa pasangan bukan Pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada Jabatan pegawai. Bagi pasangan yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Awam tuntutan perlu dikemukakan kepada Jabatan masingmasing. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/14(24) bertarikh 23 Mac 2023)

iv 2. SR.1.2.2 (14 Disember 2023) TAFSIRAN 5. “Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi” ertinya Pakaian Kebangsaan atau Dark Lounge Suit bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. TAFSIRAN 5. “Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi” ertinya Pakaian Kebangsaan, Dark Lounge Suit atau Pakaian Batik Malaysia bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita termasuk Pakaian Batik Malaysia semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. - TAFSIRAN 7. “Petugas Harian” dalam konteks pemberian Kemudahan BPMUR adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang diarahkan oleh Ketua Jabatan secara penggiliran untuk bertugas secara fizikal semasa persidangan Parlimen atau DUN dan bertanggungjawab mencatatkan segala perkara berkaitan Kementerian/ Jabatan/ Agensi sepanjang perbahasan berlangsung seterusnya menyediakan Laporan Parlimen di mana tugas tersebut merupakan bukan sifat tugas hakiki pegawai. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-6/2/32(14) bertarikh 14 Disember 2023) Kadar Bantuan Bayaran Pakaian 13. Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut: Kadar Bantuan Bayaran Pakaian 13. Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut:

1  KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PAKAIAN VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan mengenai dasar Kemudahan Pakaian yang diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Dalam melaksanakan tugas rasmi sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam, pelbagai kemudahan disediakan oleh Kerajaan bagi membantu kebajikan pegawai serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Ini termasuklah kemudahan pakaian semasa melaksanakan tugas dan menghadiri upacara rasmi.

2  PELAKSANAAN 3. Perincian mengenai pelaksanaan kemudahan pakaian adalah seperti berikut: KOD CERAIAN TEMA SR.1.1 Kemudahan Pakaian Seragam Ceraian SR.1.1.1 Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam Ceraian SR.1.1.2 Bantuan Upah Jahit Ceraian SR.1.1.3 Bekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis Ceraian SR.1.1.4 Kemudahan Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas di Mahkamah SR.1.2 Kemudahan Pakaian Istiadat Dan Upacara Rasmi Ceraian SR.1.2.1 Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir Diplomatik Ceraian SR.1.2.2 Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi TARIKH BERKUAT KUASA 4. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2022. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya PPSM ini, Pekeliling Perkhidmatan (PP), Surat Pekeliling Perkhidmatan (SPP) dan Surat Edaran (SE) seperti di Lampiran I adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, PPSM ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

1-1  LAMPIRAN I SENARAI PEKELILING PERKHIDMATAN, SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN DAN SURAT EDARAN YANG DIBATALKAN Bil. Tema PP/SPP Yang Dibatalkan 1. Kemudahan Pakaian Seragam, Pakaian Istiadat dan Upacara Rasmi (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014: Bantuan Upah Jahit; (ii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2011: Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis; (iii) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007: Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi; (iv) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1991: Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik; (v) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam; (vi) Surat Edaran JPA.SARAAN(S)1852/2A. Klt.11(37) bertarikh 8 Mei 2017: Kemudahan Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas di Mahkamah; (vii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2008: Pemanjangan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kepada Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Diarah Bertugas Di Parlimen Atau Dewan Undangan Negeri; (viii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007: Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi; (ix) Surat Edaran JPA(S)1852/2A Klt.6(58) bertarikh 9 September 1996: Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas di Mahkamah; dan

1-1  Bil. Tema PP/SPP Yang Dibatalkan (x) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam.

3  CERAIAN SR.1.1.1 PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM TUJUAN 1. Ceraian ini adalah bertujuan menetapkan peraturan berhubung dengan peruntukan pembekalan pakaian seragam kepada pegawai Perkhidmatan Awam. Peraturan ini adalah terpakai bagi jawatan-jawatan tertentu di dalam Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan peruntukan pembekalan pakaian seragam kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995. PELAKSANAAN Kelayakan Bekalan Pakaian Seragam 3. Pada dasarnya penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam adalah berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu. Pakaian seragam adalah dibekalkan berdasarkan asas-asas berikut: a) sebagai lambang kuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan. Pakaian seragam dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka dan dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas (contoh: Pengawal Keselamatan, Jururawat dan Pegawai Bomba); b) bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri pegawai daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. Pegawai yang terlibat dengan bidang tugas ini (contoh: seperti bekerja di makmal dan bengkel); dan c) bagi tujuan kebersihan dan rupa melibatkan pegawai seperti Pemandu dan Pembantu Operasi.

4  SR.1.1.1 Peraturan Pembekalan Pakaian Seragam 4. Pihak Jabatan/Agensi perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kelayakan pemakaian Pakaian Seragam manakala permohonan reka bentuk pakaian seragam yang baharu atau pindaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi pegawai Perkhidmatan Awam dan Badan-badan Berkanun di Jabatan Perdana Menteri. 5. Pakaian seragam adalah meliputi komponen-komponen seperti mana reka bentuk pakaian seragam yang telah diluluskan oleh jawatankuasa penyelarasan tersebut dan boleh meliputi perkara-perkara seperti berikut yang mana berkenaan: a) pakaian; b) topi/songkok; c) kasut (kulit/kanvas/getah); d) tali pinggang; dan e) tali leher. 6. Jumlah pakaian seragam yang dibekalkan setiap tahun adalah seperti berikut: a) tiga (3) pasang pakaian seragam; dan b) dua (2) pasang kasut. 7. Kaedah pembekalan pakaian seragam kepada pegawai adalah berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Bekalan Pakaian Seragam hendaklah dibuat sebelum akhir bulan April setiap tahun. Ketua Jabatan perlu memastikan pegawai yang dibekalkan pakaian seragam supaya memakainya semasa bertugas. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam; dan (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam.

5  PEMAKAIAN 9. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

6  CERAIAN SR.1.1.2 BANTUAN UPAH JAHIT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan kemudahan pemberian Bantuan Upah Jahit. Kemudahan ini adalah sebagai ganti bayaran balik upah jahit kepada pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada pegawai bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutanbayaran balik yang disokong dengan resit. LATAR BELAKANG 2. Peraturan berkaitan kemudahan Pakaian Seragam adalah diperuntukkan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995 yang menetapkan pegawai yang layak dibekalkan dengan tiga (3) pasang pakaian seragam setahun. 3. Dalam pada itu, peraturan kemudahan bantuan upah jahit pakaian seragam adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014. 4. Dari segi kaedah pembekalan pakaian seragam, terdapat tiga (3) kaedah sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan WP 2.3 Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam iaitu: a) agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau b) agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh kementerian/ jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau c) agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit.

7  SR.1.1.2 5. Bagi menangani isu tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit, Kerajaan bersetuju supaya tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit digantikan dengan Bantuan Upah Jahit. Keputusan ini terpakai bagi agensi yang menggunakan kaedah pembekalan pakaian seragam seperti di perenggan 4(c) di atas. PELAKSANAAN 6. Bantuan Upah Jahit diberi kepada pegawai yang layak bagi kategori pakaian yang berikut: Bil. Jenis Pakaian 1. Baju Lengan Panjang/Pendek 2. Seluar Panjang 3. Baju Kurung Wanita 4. Overall 5. Overcoat Syarat-syarat 7. Pegawai Perkhidmatan Awam yang layak diberi Bantuan Upah Jahit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) pegawai yang layak kemudahan pakaian seragam; b) setiap pegawai layak diberi Bantuan Upah Jahit terhad kepada tiga (3) pasang pakaian seragam dalam setiap tahun kalendar; dan c) bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam siap dijahit yang kurang daripada tiga (3) pasang dalam setahun, layak menerima Bantuan Upah Jahit untuk baki bilangan pakaian seragam yang dibekalkan kain. 8. Bantuan Upah Jahit tidak layak diberikan kepada: a) pegawai yang dibekalkan kesemua tiga (3) pakaian seragam siap dijahit; atau b) pegawai yang dibekalkan kain dan perolehan perkhidmatan jahitan diuruskan secara berasingan oleh kementerian/jabatan/agensi mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa termasuk kontrak pusat.

8  SR.1.1.2 Kadar Bantuan Upah Jahit 9. Kadar Bantuan Upah Jahit adalah seperti berikut: Bil. Jenis Pakaian Kadar Bantuan 1. Sehelai Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100.00 2. Sehelai Seluar Panjang RM130.00 3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120.00 4. Sehelai Overall RM150.00 5. Sehelai Overcoat RM100.00 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10. Ketua Jabatan bertanggungjawab: a) mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit; b) menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat seperti format di Lampiran SR.1.1.2; dan c) memastikan bekalan kain dibuat pada tempoh yang munasabah supaya pakaian seragam dapat disiapkan dalam waktu yang diperlukan. TANGGUNGJAWAB PUSAT TANGGUNGJAWAB 11. Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab dalam memastikan: a) Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai; b) Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi; c) bagi pembayaran Bantuan Upah Jahit yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan

9  SR.1.1.2 d) Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit telah disediakan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dengan mengandungi butir- butir maklumat seperti format di Lampiran SR.1.1.2. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 12. Pegawai-pegawai yang dibekalkan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian seragam yang kemas, bersih dan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas untuk menjaga imej Perkhidmatan Awam. 13. Pegawai perlu menandatangani pengesahan seperti format di Lampiran SR.1.1.2 sebagai pembuktian pakaian seragam baru telah siap dijahit. 14. Pegawai perlu memastikan pakaian seragam yang dijahit/ditempah adalah memenuhi reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan/agensi mengikut perkhidmatan masing-masing. PEMBATALAN 15. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014: Bantuan Upah Jahit adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

1-1  Lampiran SR.1.1.2 SENARAI PEGAWAI YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN UPAH JAHIT (BUJ) Bil. Butiran Pegawai Jumlah BUJ (RM) Pengesahan Pegawai a. Nama : b. No. K/Pengenalan : c. Jawatan dan Gred : d. No. Gaji : a. Nama : b. No. K/Pengenalan : c. Jawatan dan Gred : d. No. Gaji : a. Nama : b. No. K/Pengenalan : c. Jawatan dan Gred : d. No. Gaji : a. Nama : b. No. K/Pengenalan : c. Jawatan dan Gred : d. No. Gaji : a. Nama : b. No. K/Pengenalan : c. Jawatan dan Gred : d. No. Gaji : PENGESAHAN KETUA JABATAN Disahkan betul dan diluluskan …………………………….… (Tandatangan Ketua Jabatan) Nama : Tarikh : Cop Rasmi Jawatan/Jabatan: Untuk Kegunaan Pejabat 1. Salinan asal dikemukakan kepada PTJ untuk tujuan baucer bayaran (tanpa pengesahan pegawai). 2. Salinan pendua disimpan oleh ketua jabatan untuk tujuan pengesahan pegawai sebagai pembuktian pakaian seragam telah siap dijahit.

9  CERAIAN SR.1.1.3 PEMBEKALAN BAJU VEST BAGI PENGHANTAR NOTIS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan kemudahan pembekalan baju vest kepada Penghantar Notis. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 yang menetapkan peraturan berhubung peruntukan pembekalan pakaian seragam, Kerajaan telah bersetuju untuk membekalkan baju vest kepada Penghantar Notis di semua jabatan/agensi. Pembekalan baju vest tersebut adalah dengan mengambil kira keperluan skop fungsi tugas Penghantar Notis yang melaksanakan tugas menyampaikan dokumen perundangan seperti saman atau notis kepada plaintif, defenden atau responden dan sebagai pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka. 3. Peraturan pembekalan Baju Vest kepada Penghantar Notis adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2011. PELAKSANAAN 4. Penghantar Notis dibekalkan baju vest atas kadar RM140.00 sehelai sebanyak dua (2) helai bagi setiap tempoh tiga (3) tahun perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa pekeliling ini. 5. Bagi tujuan penyeragaman, baju vest tersebut hendaklah berwarna biru gelap dan mempunyai nama jabatan/agensi di belakang baju vest. 6. Kos penyediaan baju vest ini hendaklah menggunakan peruntukan sedia ada di jabatan/agensi masing-masing dan mematuhi segala peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

10  SR.1.1.3 PEMBATALAN 7. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2011: Pembekalan Baju Vest Bagi Penghantar Notis adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 8. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

11  CERAIAN SR.1.1.4 KEMUDAHAN BAYARAN BAJU KOT KEPADA PEGAWAI YANG BERTUGAS DI MAHKAMAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan kemudahan bayaran baju kot kepada pegawai yang bertugas di mahkamah. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan bayaran baju kot diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai bantuan ke atas kos menyediakan baju kot kepada pegawai yang diwajibkan untuk memakai baju semasa bertugas di mahkamah. Kadar bayaran yang dibenarkan ialah sebanyak RM250.00 sehelai sekali dalam tempoh tiga (3) tahun berdasarkan Surat Edaran JPA.SARAAN (S)1852/2A Klt.11 (37) bertarikh 8 Mei 2017. PELAKSANAAN 3. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) pegawai yang menjalankan tugas rasmi di Dewan Mahkamah sebagai tugas hakikinya termasuk pegawai yang diarah menjalankan tugas berkenaan secara penanggungan kerja dan disyaratkan memakai baju kot; b) pegawai yang disapina oleh mahkamah sebagai saksi tidak layak menikmati kemudahan ini; c) kemudahan ini diberi sekali bagi setiap tempoh tiga (3) tahun. Tuntutan berikutnya hanya dibenarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh tuntutan sebelumnya; d) pegawai dibenarkan membeli sendiri pakaian baju kot dan boleh menuntut bayaran balik perbelanjaan dengan mengemukakan resit pembelian tidak melebihi kadar maksima yang ditetapkan; dan e) pemberian kemudahan ini hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

12  SR.1.1.4 4. Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan syarat-syarat di atas dipatuhi dan kelulusan yang diberi juga adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan Jabatan yang mencukupi serta mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. a) Surat Edaran JPA(S)1852/2A Klt.6(58) bertarikh 9 September 1996: Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas di Mahkamah; dan b) Surat Edaran JPA.SARAAN (S)1852/2A Klt.11 (37) bertarikh 8 Mei 2017: Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas Di Mahkamah. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

13  CERAIAN SR.1.2.1 PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK TUJUAN 1. Ceraian ini adalah bertujuan untuk menetapkan pakaian bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa menghadiri upacara rasmi. LATAR BELAKANG 2. Peraturan pakaian semasa menghadiri upacara rasmi bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1991. PELAKSANAAN 3. Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Lelaki a) Pakaian Pada Waktu Siang Pakaian pada waktu siang bagi pegawai lelaki ialah jaket berwarna putih, seluar berwarna hitam, songkok, georgette, apolet, sarung kaki berwarna hitam tanpa berbunga dan kasut berwarna hitam berkilat dan bertali (Rajah 1). i) Jaket Jaket berwarna putih yang dibuat daripada kain jenis “English Terrylene Worsted off White” dengan kolar yang berkepuk dan dihiasi dengan lima biji butang tembaga besar di bahagian hadapan dan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff” serta satu butang tembaga kecil di tiap-tiap poket kecil. ii) Seluar Seluar berwarna hitam daripada kain jenis “Hefti Switzerland” dengan berjalur warna hitam berkilat berukuran selebar 1.5 cm di sebelah kiri dan kanan seluar.

14  SR.1.2.1 iii) Songkok Songkok daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingnya dilekatkan jalur berwarna emas berukuran selebar 1.5 cm. Lencana lambang Malaysia bercelup emas disematkan di atas jalur di sebelah kiri bucu hadapan songkok. iv) Georgette Georgette daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah-tengah georgette ditekat bunga raya yang hampir kembang dengan benang emas. v) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. vi) Kasut Kasut hitam berkilat dan bertali tanpa berbunga. b) Pakaian Pada Waktu Malam Pakaian pada waktu malam bagi pegawai lelaki ialah kemeja (dress shirt) “mess” jaket berwarna putih, seluar panjang berwarna hitam, bow berwarna hitam, apolet, bengkung, sarung kaki berwarna hitam tanpa berbunga dan kasut hitam berkilat dan bertali. (Rajah 2). i) Kemeja Kemeja putih (dress shirt) berbutang sorok (concealed button) dengan bow berwarna hitam. ii) “Mess” Jaket “Mess” jaket berwarna putih dan dihiasi dengan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff”. Lencana lambang Malaysia disematkan di sebelah kiri dan kanan “lapel mess” jaket. iii) Seluar Seluar berwarna hitam daripada kain jenis “Hefti Switzerland” berjalur warna hitam berkilat berukuran 1.5 cm di sebelah kiri dan kanan seluar.

15  SR.1.2.1 iv) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. v) Bengkung Bengkung dibuat daripada kain sutera berwarna hitam berukuran selebar 11 cm. vi) Kasut Kasut hitam berkilat dan bertali tanpa berbunga. 4. Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Wanita a) Pakaian Pada Waktu Siang Pakaian pada waktu siang bagi pegawai wanita ialah jaket berwarna putih, kain sarung berwarna hitam, topi, georgette, apolet, tas tangan dan kasut berwarna hitam. (Rajah 1) i) Jaket Jaket berwarna putih yang dibuat daripada kain jenis “English Terrylene Worsted off White” dengan kolar yang berkepuk dan dihiasi dengan lima biji butang tembaga besar di bahagian hadapan dan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff”. ii) Seluar/Kain Sarung Kain sarung diperbuat daripada kain jenis “Hefti Switzerland” berwarna hitam mengikut fesyen kebaya dengan lipatan di bahagian hadapan dan jalur warna hitam berkilat berukuran 1.5 cm selari dengan lipatan. iii) Topi Topi daripada kain baldu berwarna hitam berbentuk bulat dan berbucu di hadapan, di sekelilingnya dilekatkan jalur berwarna emas berukuran selebar 1.5 cm. Lencana lambang Malaysia bercelup emas disematkan di atas jalur warna emas di sebelah kiri bucu hadapan topi. Di sekeliling kaki topi dihiasi dengan satin berwarna hitam dan di belakang topi dihiasi dengan riben kecil daripada satin berwarna hitam.

16  SR.1.2.1 iv) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. v) Georgette Georgette daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingtepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah-tengah georgette ditekat bunga raya yang hampir kembang dengan benang emas. vi) Tas Tangan Tas tangan berwarna hitam dan bertali panjang. Di tengah-tengah bahagian hadapannya disematkan lencana lambang Malaysia bercelup emas. vii) Kasut Kasut hitam berkilat, jenis bertutup penuh dan bertumit 5 cm tinggi. b) Pakaian Pada Waktu Malam Pakaian pada waktu malam bagi pegawai wanita ialah “mess” jaket, baju panjang, apolet, bengkung, tas tangan tanpa tali dan kasut (Rajah 2). i) “Mess” Jaket “Mess” jaket berwarna putih dan dihiasi dengan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff”. Lencana lambang Malaysia disematkan di sebelah kiri dan kanan “lapel mess” jaket. ii) Baju Panjang Baju panjang malam wanita berbentuk potongan lurus dan mempunyai lipatan di sebelah belakang serta berlengan pendek yang diperbuat daripada kain jenis “satin silk” berwarna hitam. Kolarnya berbentuk cekak musang atau cheongsam daripada songket berwarna emas yang ditenun di atas kain berwarna hitam. iii) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas.

17  SR.1.2.1 iv) Bengkung Bengkung dibuat daripada songket berwarna emas yang ditenun di atas kain berwarna hitam berukuran selebar 8 cm. v) Tas Tangan Tas tangan berwarna hitam tanpa tali. Di tengah-tengah bahagian hadapannya disematkan lencana lambang Malaysia bercelup emas. vi) Kasut Kasut hitam berkilat, jenis bertutup penuh dan bertumit 5 cm tinggi. 5. Pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Peraturan memakai darjah kebesaran, bintang dan pingat serta anak bintang adalah seperti yang ditetapkan oleh Cawangan Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. a) Pemakaian Di Upacara Waktu Siang Darjah kebesaran, bintang dan pingat yang sebenar hendaklah dipakai semasa memakai pakaian menghadiri upacara rasmi pada waktu siang. b) Pemakaian Di Upacara Malam Anak bintang (miniature) hendaklah dipakai sewaktu memakai pakaian menghadiri upacara rasmi pada waktu malam. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1991: Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

18  RAJAH 1 PAKAIAN ISTIADAT PADA WAKTU SIANG

19  RAJAH 2 PAKAIAN ISTIADAT (MESS KIT) PADA WAKTU MALAM

 20 CERAIAN SR.1.2.2 BAYARAN PAKAIAN ISTIADAT, BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE DAN BAYARAN PAKAIAN MENGHADIRI UPACARA RASMI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. LATAR BELAKANG 2. Peraturan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) kepada Pegawai Perkhidmatan Awam adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 tahun 2007 serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2008. TAFSIRAN 3. “Pakaian Istiadat” ertinya pakaian upacara rasmi yang direka bentuk khas untuk sesuatu perkhidmatan. 4. “Pakaian Black Tie” ertinya pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis makan malam. Komponen Pakaian Black Tie kepada pegawai wanita adalah baju kurung/kebaya berserta selendang atau pakaian petang (evening dress) termasuk beg tangan dan kasut. 5. “Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi” ertinya Pakaian Kebangsaan, Dark Lounge Suit atau Pakaian Batik Malaysia bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita termasuk Pakaian Batik Malaysia semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 6. “Pasangan pegawai” bagi maksud menghadiri upacara rasmi adalah merujuk kepada suami atau isteri pegawai.

 21 SR.1.2.2 7. “Petugas Harian” dalam konteks pemberian Kemudahan BPMUR adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang diarahkan oleh Ketua Jabatan secara penggiliran untuk bertugas secara fizikal semasa persidangan Parlimen atau DUN dan bertanggungjawab mencatatkan segala perkara berkaitan Kementerian/ Jabatan/ Agensi sepanjang perbahasan berlangsung seterusnya menyediakan Laporan Parlimen di mana tugas tersebut merupakan bukan sifat tugas hakiki pegawai. PELAKSANAAN Kelayakan 8. Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai Pakaian Istiadat layak diberi Bayaran Pakaian Istiadat dan boleh memilih untuk menggantikannya dengan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 9. Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak mempunyai Pakaian Istiadat dan dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 10. Pasangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang turut hadir dalam Majlis- majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 11. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41 dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana Gred 29 hingga 40 yang diarah bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sebagai Petugas Harian layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 12. Pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendaki memakai Pakaian Istiadat semasa menghadiri upacara rasmi layak diberi Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie. Kadar Bantuan Bayaran Pakaian 13. Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut:

 22 SR.1.2.2 Bil. Kemudahan Jenis Pakaian Kadar (RM) 1. Bayaran Pakaian Istiadat Pakaian Siang dan Pakaian Malam (Mess Kit) 3,500.00 2. Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Pakaian separa rasmi barat 1,000.00 3. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Pakaian Kebangsaan, Dark Lounge Suit atau Pakaian Batik Malaysia (bagi lelaki) Pakaian yang bersesuaian termasuk Pakaian Batik Malaysia (bagi wanita) 650.00 (pegawai) 450.00 (pasangan) 14. Kadar ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Pegawai yang telah membuat tuntutan sebelum tarikh kuat kuasa ini adalah tertakluk kepada kadar dan syarat terdahulu. Syarat-Syarat Umum 15. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat umum seperti berikut: a) kemudahan diberi setiap tiga (3) tahun sekali; b) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit dan maklumat mengenai jemputan ke upacara rasmi yang berkaitan atau surat arahan bertugas di Parlimen/ Dewan Undangan Negeri; dan c) penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Syarat-Syarat Khusus 16. Pakaian Istiadat a) pakaian siang dan pakaian malam boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh 3 tahun; b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; dan

 23 SR.1.2.2 c) tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama sama ada pakaian siang atau pakaian malam. 17. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kemudahan ini diperuntukkan kepada: a) Pegawai Perkhidmatan Awam yang hadir sebagai Penerima Pingat/ Bintang Darjah Kebesaran di peringkat Persekutuan atau Negeri; b) Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 dan ke atas yang dikehendaki hadir bertugas sebagai Petugas Harian di Parlimen atau Dewan Undang Negeri; c) pegawai yang menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri dan membawa pasangan bukan Pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada Jabatan pegawai. Bagi pasangan yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Awam tuntutan perlu dikemukakan kepada Jabatan masingmasing; dan d) tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama sama ada bagi pegawai ataupun pasangan. PEMBATALAN 18. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan. a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007: Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi; b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007: Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi; dan c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2008: Pemanjangan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kepada Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Diarah Bertugas Di Parlimen Atau Dewan Undangan Negeri.

 24 SR.1.2.2 PEMAKAIAN 19. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy