Kemudahan Pakaian

17  SR.1.2.1 iv) Bengkung Bengkung dibuat daripada songket berwarna emas yang ditenun di atas kain berwarna hitam berukuran selebar 8 cm. v) Tas Tangan Tas tangan berwarna hitam tanpa tali. Di tengah-tengah bahagian hadapannya disematkan lencana lambang Malaysia bercelup emas. vi) Kasut Kasut hitam berkilat, jenis bertutup penuh dan bertumit 5 cm tinggi. 5. Pemakaian Darjah Kebesaran, Bintang Dan Pingat Peraturan memakai darjah kebesaran, bintang dan pingat serta anak bintang adalah seperti yang ditetapkan oleh Cawangan Istiadat, Jabatan Perdana Menteri. a) Pemakaian Di Upacara Waktu Siang Darjah kebesaran, bintang dan pingat yang sebenar hendaklah dipakai semasa memakai pakaian menghadiri upacara rasmi pada waktu siang. b) Pemakaian Di Upacara Malam Anak bintang (miniature) hendaklah dipakai sewaktu memakai pakaian menghadiri upacara rasmi pada waktu malam. PEMBATALAN 6. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1991: Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Tadbir Dan Diplomatik adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 7. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy