Kemudahan Pakaian

9  CERAIAN SR.1.1.3 PEMBEKALAN BAJU VEST BAGI PENGHANTAR NOTIS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan kemudahan pembekalan baju vest kepada Penghantar Notis. LATAR BELAKANG 2. Selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 yang menetapkan peraturan berhubung peruntukan pembekalan pakaian seragam, Kerajaan telah bersetuju untuk membekalkan baju vest kepada Penghantar Notis di semua jabatan/agensi. Pembekalan baju vest tersebut adalah dengan mengambil kira keperluan skop fungsi tugas Penghantar Notis yang melaksanakan tugas menyampaikan dokumen perundangan seperti saman atau notis kepada plaintif, defenden atau responden dan sebagai pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka. 3. Peraturan pembekalan Baju Vest kepada Penghantar Notis adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 2011. PELAKSANAAN 4. Penghantar Notis dibekalkan baju vest atas kadar RM140.00 sehelai sebanyak dua (2) helai bagi setiap tempoh tiga (3) tahun perkhidmatan mulai tarikh kuat kuasa pekeliling ini. 5. Bagi tujuan penyeragaman, baju vest tersebut hendaklah berwarna biru gelap dan mempunyai nama jabatan/agensi di belakang baju vest. 6. Kos penyediaan baju vest ini hendaklah menggunakan peruntukan sedia ada di jabatan/agensi masing-masing dan mematuhi segala peraturan kewangan yang sedang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy