Kemudahan Pakaian

1  KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM DIRECTOR-GENERAL OF PUBLIC SERVICE Jabatan Perkhidmatan Awam, Malaysia Public Service Department, Malaysia Aras 13, Blok C1, Kompleks C Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62510 W.P. PUTRAJAYA MALAYSIA Semua Ketua Setiausaha Kementerian Semua Ketua Jabatan Persekutuan Semua Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Semua YB Setiausaha Kerajaan Negeri Semua Pihak Berkuasa Berkanun Semua Pihak Berkuasa Tempatan PEKELILING PERKHIDMATAN SUMBER MANUSIA KEMUDAHAN PAKAIAN VERSI 1.0 (2022) TUJUAN 1. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) ini bertujuan memaklumkan mengenai dasar Kemudahan Pakaian yang diperuntukkan kepada pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Dalam melaksanakan tugas rasmi sebagai Pegawai Perkhidmatan Awam, pelbagai kemudahan disediakan oleh Kerajaan bagi membantu kebajikan pegawai serta meningkatkan penyampaian perkhidmatan. Ini termasuklah kemudahan pakaian semasa melaksanakan tugas dan menghadiri upacara rasmi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy