Kemudahan Pakaian

8  SR.1.1.2 Kadar Bantuan Upah Jahit 9. Kadar Bantuan Upah Jahit adalah seperti berikut: Bil. Jenis Pakaian Kadar Bantuan 1. Sehelai Baju Lengan Panjang/ Pendek RM100.00 2. Sehelai Seluar Panjang RM130.00 3. Sepasang Baju Kurung Wanita RM120.00 4. Sehelai Overall RM150.00 5. Sehelai Overcoat RM100.00 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 10. Ketua Jabatan bertanggungjawab: a) mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit; b) menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat seperti format di Lampiran SR.1.1.2; dan c) memastikan bekalan kain dibuat pada tempoh yang munasabah supaya pakaian seragam dapat disiapkan dalam waktu yang diperlukan. TANGGUNGJAWAB PUSAT TANGGUNGJAWAB 11. Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab dalam memastikan: a) Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai; b) Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi; c) bagi pembayaran Bantuan Upah Jahit yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy