Kemudahan Pakaian

 21 SR.1.2.2 7. “Petugas Harian” dalam konteks pemberian Kemudahan BPMUR adalah merujuk kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang diarahkan oleh Ketua Jabatan secara penggiliran untuk bertugas secara fizikal semasa persidangan Parlimen atau DUN dan bertanggungjawab mencatatkan segala perkara berkaitan Kementerian/ Jabatan/ Agensi sepanjang perbahasan berlangsung seterusnya menyediakan Laporan Parlimen di mana tugas tersebut merupakan bukan sifat tugas hakiki pegawai. PELAKSANAAN Kelayakan 8. Pegawai Perkhidmatan Awam yang mempunyai Pakaian Istiadat layak diberi Bayaran Pakaian Istiadat dan boleh memilih untuk menggantikannya dengan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 9. Pegawai Perkhidmatan Awam yang tidak mempunyai Pakaian Istiadat dan dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 10. Pasangan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam yang turut hadir dalam Majlis- majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 11. Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 41 dan ke atas dan Kumpulan Pelaksana Gred 29 hingga 40 yang diarah bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sebagai Petugas Harian layak diberi Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. 12. Pegawai Perkhidmatan Awam yang dikehendaki memakai Pakaian Istiadat semasa menghadiri upacara rasmi layak diberi Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie. Kadar Bantuan Bayaran Pakaian 13. Kadar bagi Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi adalah seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy