Kemudahan Pakaian

9  SR.1.1.2 d) Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit telah disediakan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dengan mengandungi butir- butir maklumat seperti format di Lampiran SR.1.1.2. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 12. Pegawai-pegawai yang dibekalkan pakaian seragam hendaklah memakai pakaian seragam yang kemas, bersih dan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas untuk menjaga imej Perkhidmatan Awam. 13. Pegawai perlu menandatangani pengesahan seperti format di Lampiran SR.1.1.2 sebagai pembuktian pakaian seragam baru telah siap dijahit. 14. Pegawai perlu memastikan pakaian seragam yang dijahit/ditempah adalah memenuhi reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian/jabatan/agensi mengikut perkhidmatan masing-masing. PEMBATALAN 15. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014: Bantuan Upah Jahit adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy