Kemudahan Pakaian

iii Bil. Ceraian (Tarikh Kemaskini /Batal) Asal Pindaan a) kemudahan bayaran ini diberi setiap tiga (3) tahun sekali; b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; c) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit; dan d) tuntutan bayaran balik Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi hendaklah disokong dengan maklumat mengenai jemputan upacara rasmi atau surat arahan bertugas di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 14. Penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. a) kemudahan diberi setiap tiga (3) tahun sekali; b) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit dan maklumat mengenai jemputan ke upacara rasmi yang berkaitan atau surat arahan bertugas di Parlimen/ Dewan Undangan Negeri; dan c) penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Syarat-syarat Khusus 15. Pakaian Istiadat: a) pakaian siang dan pakaian malam boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh tiga (3) tahun; b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; dan c) tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama dibuat sama ada pakaian siang atau pakaian malam. 16. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kemudahan ini diperuntukkan kepada: a) Pegawai Perkhidmatan Awam yang hadir sebagai Penerima Pingat/ Bintang Darjah Kebesaran di peringkat Persekutuan atau Negeri; b) Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 dan ke atas yang dikehendaki hadir bertugas sebagai Petugas Harian di Parlimen atau Dewan Undang Negeri; dan c) Pegawai yang menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri dan membawa pasangan bukan Pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada Jabatan pegawai. Bagi pasangan yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Awam tuntutan perlu dikemukakan kepada Jabatan masingmasing. (Rujuk Surat Edaran JPA.(S).800-1/1/14(24) bertarikh 23 Mac 2023)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy