Kemudahan Pakaian

14  SR.1.2.1 iii) Songkok Songkok daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingnya dilekatkan jalur berwarna emas berukuran selebar 1.5 cm. Lencana lambang Malaysia bercelup emas disematkan di atas jalur di sebelah kiri bucu hadapan songkok. iv) Georgette Georgette daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah-tengah georgette ditekat bunga raya yang hampir kembang dengan benang emas. v) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. vi) Kasut Kasut hitam berkilat dan bertali tanpa berbunga. b) Pakaian Pada Waktu Malam Pakaian pada waktu malam bagi pegawai lelaki ialah kemeja (dress shirt) “mess” jaket berwarna putih, seluar panjang berwarna hitam, bow berwarna hitam, apolet, bengkung, sarung kaki berwarna hitam tanpa berbunga dan kasut hitam berkilat dan bertali. (Rajah 2). i) Kemeja Kemeja putih (dress shirt) berbutang sorok (concealed button) dengan bow berwarna hitam. ii) “Mess” Jaket “Mess” jaket berwarna putih dan dihiasi dengan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff”. Lencana lambang Malaysia disematkan di sebelah kiri dan kanan “lapel mess” jaket. iii) Seluar Seluar berwarna hitam daripada kain jenis “Hefti Switzerland” berjalur warna hitam berkilat berukuran 1.5 cm di sebelah kiri dan kanan seluar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy