Kemudahan Pakaian

16  SR.1.2.1 iv) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. v) Georgette Georgette daripada kain baldu berwarna hitam, di sekelilingtepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah-tengah georgette ditekat bunga raya yang hampir kembang dengan benang emas. vi) Tas Tangan Tas tangan berwarna hitam dan bertali panjang. Di tengah-tengah bahagian hadapannya disematkan lencana lambang Malaysia bercelup emas. vii) Kasut Kasut hitam berkilat, jenis bertutup penuh dan bertumit 5 cm tinggi. b) Pakaian Pada Waktu Malam Pakaian pada waktu malam bagi pegawai wanita ialah “mess” jaket, baju panjang, apolet, bengkung, tas tangan tanpa tali dan kasut (Rajah 2). i) “Mess” Jaket “Mess” jaket berwarna putih dan dihiasi dengan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff”. Lencana lambang Malaysia disematkan di sebelah kiri dan kanan “lapel mess” jaket. ii) Baju Panjang Baju panjang malam wanita berbentuk potongan lurus dan mempunyai lipatan di sebelah belakang serta berlengan pendek yang diperbuat daripada kain jenis “satin silk” berwarna hitam. Kolarnya berbentuk cekak musang atau cheongsam daripada songket berwarna emas yang ditenun di atas kain berwarna hitam. iii) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy