Kemudahan Pakaian

11  CERAIAN SR.1.1.4 KEMUDAHAN BAYARAN BAJU KOT KEPADA PEGAWAI YANG BERTUGAS DI MAHKAMAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan kelayakan kemudahan bayaran baju kot kepada pegawai yang bertugas di mahkamah. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan bayaran baju kot diperkenalkan pada tahun 1996 sebagai bantuan ke atas kos menyediakan baju kot kepada pegawai yang diwajibkan untuk memakai baju semasa bertugas di mahkamah. Kadar bayaran yang dibenarkan ialah sebanyak RM250.00 sehelai sekali dalam tempoh tiga (3) tahun berdasarkan Surat Edaran JPA.SARAAN (S)1852/2A Klt.11 (37) bertarikh 8 Mei 2017. PELAKSANAAN 3. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) pegawai yang menjalankan tugas rasmi di Dewan Mahkamah sebagai tugas hakikinya termasuk pegawai yang diarah menjalankan tugas berkenaan secara penanggungan kerja dan disyaratkan memakai baju kot; b) pegawai yang disapina oleh mahkamah sebagai saksi tidak layak menikmati kemudahan ini; c) kemudahan ini diberi sekali bagi setiap tempoh tiga (3) tahun. Tuntutan berikutnya hanya dibenarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh tuntutan sebelumnya; d) pegawai dibenarkan membeli sendiri pakaian baju kot dan boleh menuntut bayaran balik perbelanjaan dengan mengemukakan resit pembelian tidak melebihi kadar maksima yang ditetapkan; dan e) pemberian kemudahan ini hendaklah dicatatkan di dalam Buku Rekod Perkhidmatan pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy