Kemudahan Pakaian

15  SR.1.2.1 iv) Apolet Apolet daripada kain baldu berwarna hitam, di sekeliling tepinya ditekat bunga padi dengan benang emas. Di tengah apolet ditekat lambang Malaysia dan daun bunga raya dengan benang emas. v) Bengkung Bengkung dibuat daripada kain sutera berwarna hitam berukuran selebar 11 cm. vi) Kasut Kasut hitam berkilat dan bertali tanpa berbunga. 4. Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Wanita a) Pakaian Pada Waktu Siang Pakaian pada waktu siang bagi pegawai wanita ialah jaket berwarna putih, kain sarung berwarna hitam, topi, georgette, apolet, tas tangan dan kasut berwarna hitam. (Rajah 1) i) Jaket Jaket berwarna putih yang dibuat daripada kain jenis “English Terrylene Worsted off White” dengan kolar yang berkepuk dan dihiasi dengan lima biji butang tembaga besar di bahagian hadapan dan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff”. ii) Seluar/Kain Sarung Kain sarung diperbuat daripada kain jenis “Hefti Switzerland” berwarna hitam mengikut fesyen kebaya dengan lipatan di bahagian hadapan dan jalur warna hitam berkilat berukuran 1.5 cm selari dengan lipatan. iii) Topi Topi daripada kain baldu berwarna hitam berbentuk bulat dan berbucu di hadapan, di sekelilingnya dilekatkan jalur berwarna emas berukuran selebar 1.5 cm. Lencana lambang Malaysia bercelup emas disematkan di atas jalur warna emas di sebelah kiri bucu hadapan topi. Di sekeliling kaki topi dihiasi dengan satin berwarna hitam dan di belakang topi dihiasi dengan riben kecil daripada satin berwarna hitam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy