Kemudahan Pakaian

 23 SR.1.2.2 c) tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama sama ada pakaian siang atau pakaian malam. 17. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kemudahan ini diperuntukkan kepada: a) Pegawai Perkhidmatan Awam yang hadir sebagai Penerima Pingat/ Bintang Darjah Kebesaran di peringkat Persekutuan atau Negeri; b) Pegawai Perkhidmatan Awam Gred 29 dan ke atas yang dikehendaki hadir bertugas sebagai Petugas Harian di Parlimen atau Dewan Undang Negeri; c) pegawai yang menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri dan membawa pasangan bukan Pegawai Perkhidmatan Awam, tuntutan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi bagi pasangannya hendaklah dikemukakan kepada Jabatan pegawai. Bagi pasangan yang merupakan Pegawai Perkhidmatan Awam tuntutan perlu dikemukakan kepada Jabatan masingmasing; dan d) tempoh tiga (3) tahun dikira daripada tarikh tuntutan yang pertama sama ada bagi pegawai ataupun pasangan. PEMBATALAN 18. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah adalah dibatalkan. a) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007: Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi; b) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2007: Penjelasan Mengenai Pelaksanaan Pemberian Kemudahan Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi; dan c) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 Tahun 2008: Pemanjangan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Kepada Pegawai Dalam Kumpulan Sokongan Yang Diarah Bertugas Di Parlimen Atau Dewan Undangan Negeri.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy