Kemudahan Pakaian

13  CERAIAN SR.1.2.1 PAKAIAN SEMASA MENGHADIRI UPACARA RASMI BAGI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK TUJUAN 1. Ceraian ini adalah bertujuan untuk menetapkan pakaian bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik semasa menghadiri upacara rasmi. LATAR BELAKANG 2. Peraturan pakaian semasa menghadiri upacara rasmi bagi Pegawai Tadbir dan Diplomatik adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1991. PELAKSANAAN 3. Pakaian Semasa Menghadiri Upacara Rasmi Bagi Pegawai Lelaki a) Pakaian Pada Waktu Siang Pakaian pada waktu siang bagi pegawai lelaki ialah jaket berwarna putih, seluar berwarna hitam, songkok, georgette, apolet, sarung kaki berwarna hitam tanpa berbunga dan kasut berwarna hitam berkilat dan bertali (Rajah 1). i) Jaket Jaket berwarna putih yang dibuat daripada kain jenis “English Terrylene Worsted off White” dengan kolar yang berkepuk dan dihiasi dengan lima biji butang tembaga besar di bahagian hadapan dan tiga biji butang tembaga kecil di “cuff” serta satu butang tembaga kecil di tiap-tiap poket kecil. ii) Seluar Seluar berwarna hitam daripada kain jenis “Hefti Switzerland” dengan berjalur warna hitam berkilat berukuran selebar 1.5 cm di sebelah kiri dan kanan seluar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy