Kemudahan Pakaian

4  SR.1.1.1 Peraturan Pembekalan Pakaian Seragam 4. Pihak Jabatan/Agensi perlu mendapatkan kelulusan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam bagi kelayakan pemakaian Pakaian Seragam manakala permohonan reka bentuk pakaian seragam yang baharu atau pindaan hendaklah dikemukakan kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi pegawai Perkhidmatan Awam dan Badan-badan Berkanun di Jabatan Perdana Menteri. 5. Pakaian seragam adalah meliputi komponen-komponen seperti mana reka bentuk pakaian seragam yang telah diluluskan oleh jawatankuasa penyelarasan tersebut dan boleh meliputi perkara-perkara seperti berikut yang mana berkenaan: a) pakaian; b) topi/songkok; c) kasut (kulit/kanvas/getah); d) tali pinggang; dan e) tali leher. 6. Jumlah pakaian seragam yang dibekalkan setiap tahun adalah seperti berikut: a) tiga (3) pasang pakaian seragam; dan b) dua (2) pasang kasut. 7. Kaedah pembekalan pakaian seragam kepada pegawai adalah berdasarkan tatacara kewangan yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa. Bekalan Pakaian Seragam hendaklah dibuat sebelum akhir bulan April setiap tahun. Ketua Jabatan perlu memastikan pegawai yang dibekalkan pakaian seragam supaya memakainya semasa bertugas. PEMBATALAN 8. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Pekeliling Perkhidmatan dan Surat Pekeliling Perkhidmatan seperti di bawah dibatalkan. (i) Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam; dan (ii) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995: Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy