Kemudahan Pakaian

 20 CERAIAN SR.1.2.2 BAYARAN PAKAIAN ISTIADAT, BANTUAN BAYARAN PAKAIAN BLACK TIE DAN BAYARAN PAKAIAN MENGHADIRI UPACARA RASMI TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menetapkan kemudahan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi. LATAR BELAKANG 2. Peraturan Bayaran Pakaian Istiadat, Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie dan Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi (BPMUR) kepada Pegawai Perkhidmatan Awam adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 16 Tahun 2007 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 tahun 2007 serta Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 11 tahun 2008. TAFSIRAN 3. “Pakaian Istiadat” ertinya pakaian upacara rasmi yang direka bentuk khas untuk sesuatu perkhidmatan. 4. “Pakaian Black Tie” ertinya pakaian separa rasmi barat yang dipakai untuk majlis makan malam. Komponen Pakaian Black Tie kepada pegawai wanita adalah baju kurung/kebaya berserta selendang atau pakaian petang (evening dress) termasuk beg tangan dan kasut. 5. “Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi” ertinya Pakaian Kebangsaan, Dark Lounge Suit atau Pakaian Batik Malaysia bagi lelaki atau pakaian yang bersesuaian bagi wanita termasuk Pakaian Batik Malaysia semasa dikehendaki menghadiri upacara rasmi untuk menerima bintang atau pingat dalam Majlis-majlis Istiadat Pengurniaan Bintang dan Pingat Persekutuan/ Negeri atau bertugas rasmi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. 6. “Pasangan pegawai” bagi maksud menghadiri upacara rasmi adalah merujuk kepada suami atau isteri pegawai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy