Kemudahan Pakaian

6  CERAIAN SR.1.1.2 BANTUAN UPAH JAHIT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan kemudahan pemberian Bantuan Upah Jahit. Kemudahan ini adalah sebagai ganti bayaran balik upah jahit kepada pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain serta mengagihkan kepada pegawai bagi menguruskan sendiri jahitan dan membuat tuntutanbayaran balik yang disokong dengan resit. LATAR BELAKANG 2. Peraturan berkaitan kemudahan Pakaian Seragam adalah diperuntukkan dibawah Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995 yang menetapkan pegawai yang layak dibekalkan dengan tiga (3) pasang pakaian seragam setahun. 3. Dalam pada itu, peraturan kemudahan bantuan upah jahit pakaian seragam adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014. 4. Dari segi kaedah pembekalan pakaian seragam, terdapat tiga (3) kaedah sebagaimana diperuntukkan di bawah perenggan 3, Pekeliling Perbendaharaan WP 2.3 Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam iaitu: a) agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau b) agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh kementerian/ jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau c) agensi mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian berkenaan dan seterusnya pegawai akan membuat tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy