Kemudahan Pakaian

 22 SR.1.2.2 Bil. Kemudahan Jenis Pakaian Kadar (RM) 1. Bayaran Pakaian Istiadat Pakaian Siang dan Pakaian Malam (Mess Kit) 3,500.00 2. Bantuan Bayaran Pakaian Black Tie Pakaian separa rasmi barat 1,000.00 3. Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi Pakaian Kebangsaan, Dark Lounge Suit atau Pakaian Batik Malaysia (bagi lelaki) Pakaian yang bersesuaian termasuk Pakaian Batik Malaysia (bagi wanita) 650.00 (pegawai) 450.00 (pasangan) 14. Kadar ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2023. Pegawai yang telah membuat tuntutan sebelum tarikh kuat kuasa ini adalah tertakluk kepada kadar dan syarat terdahulu. Syarat-Syarat Umum 15. Kemudahan ini adalah tertakluk kepada syarat umum seperti berikut: a) kemudahan diberi setiap tiga (3) tahun sekali; b) tuntutan bayaran balik hendaklah disokong dengan resit dan maklumat mengenai jemputan ke upacara rasmi yang berkaitan atau surat arahan bertugas di Parlimen/ Dewan Undangan Negeri; dan c) penggunaan kemudahan ini hendaklah dicatatkan dalam Buku Perkhidmatan pegawai. Syarat-Syarat Khusus 16. Pakaian Istiadat a) pakaian siang dan pakaian malam boleh dituntut bersekali atau berasingan dalam tempoh 3 tahun; b) pegawai yang telah diberi Bayaran Pakaian Istiadat tidak layak menuntut Bayaran Pakaian Menghadiri Upacara Rasmi dalam tempoh tiga (3) tahun yang sama; dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy