Kemudahan Pakaian

3  CERAIAN SR.1.1.1 PERUNTUKAN BEKALAN PAKAIAN SERAGAM TUJUAN 1. Ceraian ini adalah bertujuan menetapkan peraturan berhubung dengan peruntukan pembekalan pakaian seragam kepada pegawai Perkhidmatan Awam. Peraturan ini adalah terpakai bagi jawatan-jawatan tertentu di dalam Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Peraturan peruntukan pembekalan pakaian seragam kepada pegawai Perkhidmatan Awam adalah diperuntukkan melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 1990 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 1995. PELAKSANAAN Kelayakan Bekalan Pakaian Seragam 3. Pada dasarnya penentuan kelayakan untuk membekalkan pakaian seragam adalah berdasarkan keperluan tugas jawatan tertentu. Pakaian seragam adalah dibekalkan berdasarkan asas-asas berikut: a) sebagai lambang kuasa yang diperuntukkan kerana tugas jawatan yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang, memasuki kawasan, bangunan dan rumah-rumah untuk tujuan pemeriksaan. Pakaian seragam dibekalkan bagi tujuan pengenalan diri pegawai kepada orang yang terlibat semasa menjalankan tugas mereka dan dikehendaki memakai pakaian seragam sepanjang waktu bertugas (contoh: Pengawal Keselamatan, Jururawat dan Pegawai Bomba); b) bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri pegawai daripada percikan bahan-bahan kimia dan kekotoran semasa bertugas. Pegawai yang terlibat dengan bidang tugas ini (contoh: seperti bekerja di makmal dan bengkel); dan c) bagi tujuan kebersihan dan rupa melibatkan pegawai seperti Pemandu dan Pembantu Operasi.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy