Kemudahan Pakaian

7  SR.1.1.2 5. Bagi menangani isu tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit, Kerajaan bersetuju supaya tuntutan bayaran balik yang disokong dengan resit digantikan dengan Bantuan Upah Jahit. Keputusan ini terpakai bagi agensi yang menggunakan kaedah pembekalan pakaian seragam seperti di perenggan 4(c) di atas. PELAKSANAAN 6. Bantuan Upah Jahit diberi kepada pegawai yang layak bagi kategori pakaian yang berikut: Bil. Jenis Pakaian 1. Baju Lengan Panjang/Pendek 2. Seluar Panjang 3. Baju Kurung Wanita 4. Overall 5. Overcoat Syarat-syarat 7. Pegawai Perkhidmatan Awam yang layak diberi Bantuan Upah Jahit adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) pegawai yang layak kemudahan pakaian seragam; b) setiap pegawai layak diberi Bantuan Upah Jahit terhad kepada tiga (3) pasang pakaian seragam dalam setiap tahun kalendar; dan c) bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam siap dijahit yang kurang daripada tiga (3) pasang dalam setahun, layak menerima Bantuan Upah Jahit untuk baki bilangan pakaian seragam yang dibekalkan kain. 8. Bantuan Upah Jahit tidak layak diberikan kepada: a) pegawai yang dibekalkan kesemua tiga (3) pakaian seragam siap dijahit; atau b) pegawai yang dibekalkan kain dan perolehan perkhidmatan jahitan diuruskan secara berasingan oleh kementerian/jabatan/agensi mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa termasuk kontrak pusat.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy