DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

i JABATAN PERDANA MENTERI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM Jabatan Perkhidmatan Awam DASAR PANDANG KE TIMUR “Legasi KecemerlanganEmpat Dekad”

ii iii KANDUNGAN • Sekapur Sirih v • Seulas Pinang vii • Selayang Pandang ix BAB 1 : MENITI SEJARAH • Pengenalan 3 • Objektif DPT 4 • Peringkat Awal DPT 6 • Fasa Pelaksanaan DPT 8 • Evolusi Pelaksanaan DPT 10 BAB 2 : PEMBANGUNAN MODAL INSAN • Pengenalan 16 • Skop Modal Insan 17 • Strategi dan Program 18 • Latihan dan Penajaan 19 • Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) 22 • Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) 23 • Kerjasama Strategik 24 • Ambang Asuhan Jepun, Universiti Malaya 24 • Pusat Bahasa Teikyo 26 BAB 3 : PERMATA DPT • YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah 30 Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) • YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed 34 Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (TKPPA(P)) • YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan bin Yusoff 38 Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) • YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman 42 Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) • YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas 46 Professor Ikhtisas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) • YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus 50 Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang • YBhg. Dato’ Hj. Zulkifli bin Hj. Abd Malek 54 Pengerusi Pusat Bahasa Teikyo • YBrs. Encik Zulfiqar bin Zainuddin 58 Presiden Alumni Look East Policy Society (ALEPS) BAB 4 : MERINTIS JALAN HADAPAN • Pengenalan 64 • Sokongan Kesinambungan DPT 64 • Jaringan Kerjasama Berterusan 66 • Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan 68 • Pengukuhan Hubungan Kerjasama Melalui 70 Kepelbagaian Program • Hala Tuju DPT Seterusnya 72 Cetakan Pertama 2022 Hak cipta/copyright Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam 2022 Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat juga pun sama ada dengan cara elektronik, gambar serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam terlebih dahulu. Diterbitkan di Malaysia oleh: Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Blok C2, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya, MALAYSIA. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Dicetak oleh: Gigabit Communication, 1-28B Tingkat 1, Jalan PP1/1, 47130 Puchong, Selangor, MALAYSIA. DASAR PANDANG KE TIMUR

iv v Modal insan merupakan elemen penting sebagai pemangkin kemajuan yang mengekalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pelaburan modal insan bukan hanya dapat membentuk tenaga kerja berilmu dan berfikiran strategik, tetapi juga menghasilkan sumber manusia yang sentiasa menyegarkan semula prestasi dan jati diri penjawat awam, mencipta landskap baharu organisasi bertunjangkan perkhidmatan awam yang kalis masa hadapan (future proof) untuk bersama-sama bergerak maju ke hadapan. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam membangunkan modal insan negara telah memainkan peranan penting sejak empat dekad yang lalu dalam mengurus dan melaksanakan programprogram latihan dan penajaan kepada penjawat awam dan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Inisiatif ini telah dilaksanakan menerusi pelbagai program penajaan termasuklah bagi melanjutkan pengajian ke negara Jepun di bawah Dasar Pandang Ke Timur. Dasar Pandang Ke Timur adalah satu perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pascakolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur. Selepas 40 tahun, pelaksanaan dasar ini terbukti telah memainkan peranan penting dalam usaha perindustrian Malaysia dan telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara. Selain itu, pelaksanaan dasar ini juga telah meningkatkan hubungan ekonomi yang strategik antara Malaysia-Jepun termasuklah di dalam pelbagai aspek kerjasama sosial-ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan, pemantapan sumber manusia dan pelancongan. Buku Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad ini merupakan manifestasi sejarah kejayaan dan suatu legasi kegemilangan sepanjang 40 tahun Dasar Pandang ke Timur khususnya dalam mendokumentasikan program penajaan Kerajaan Malaysia ke negara Jepun. Penerbitan ini mengimbau sejarah, merajut peristiwa penting dan ketokohan graduan Malaysia yang telah melakarkan kisah-kisah kegemilangan serta menjadi suri teladan buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga buku ini akan mengabdikan komitmen dan kesungguhan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam memacu pembangunan modal insan negara yang unggul seiring dengan aspirasi negara. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Sekapur Sirih

Saya memanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran dan mengalu-alukan inisiatif penerbitan buku Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad ini, bersempena dengan sambutan 40 tahun Dasar Pandang ke Timur. Buku ini menelusuri sejarah Pembangunan Modal Insan yang disulami dengan adat, budaya dan pembentukan sebuah negara bangsa melalui Jabatan Perkhidmatan Awam terutamanya melibatkan hubungan luar dengan negara Jepun untuk melakar kecemerlangan dan menggilap potensi rakyat Malaysia. Usaha merekodkan perjalanan program Pembangunan Modal Insan ke Jepun amat bermakna dan memberikan inspirasi kepada generasi baharu untuk merentasi ruang waktu dalam usaha memartabatkan Perkhidmatan Awam dan negara. Saya berharap agar buku ini akan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak, khususnya penjawat awam dan pelajar-pelajar tajaan sebagai suatu sumber rujukan berhubung sejarah penajaan Kerajaan. Dato’ Dr. Zulkapli Bin Mohamed Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan) Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Seulas Pinang vi vii

viii ix Menelusuri sejarah Dasar Pandang ke Timur pastinya penceritaannya bermula dengan pembangunan modal insan yang bertumpu kepada nilai dan etika kerja yang positif dari negara Jepun bagi membangunkan negara Malaysia. Bahagian Pembangunan Modal Insan selaku peneraju awal kepada pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur telah membuka laluan kepada rakyat Malaysia dalam kalangan penjawat awam, pekerja swasta dan pelajar lepasan SPM untuk menimba ilmu di negara matahari terbit ini. Pembangunan modal insan menerusi program latihan dan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menghasilkan ramai graduan dalam bidang pengurusan dan sains dan teknologi yang kini telah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor awam dan swasta. Khidmat bakti para graduan ini dalam membangunkan negara merupakan pulangan pelaburan kepada negara secara langsung dan tidak langsung. Sumbangan setiap insan yang terlibat dalam menjayakan Dasar Pandang ke Timur pastinya tersemai dalam setiap kisah kejayaan anak Malaysia yang menuntut ilmu di negara Jepun. Dr. Ahmad Zairy bin Mohd Soieb Timbalan Pengarah Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Selayang Pandang

Meniti Sejarah

2 3 Dasar Pandang ke Timur (DPT) telah diumumkan secara rasmi oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dalam Majlis The 5th Joint Annual Conference of Malaysia-Japan Economic Association and Japan-Malaysia Economic Association (MAJECA/JAMECA) pada 8 Februari 1982. Pengenalan

4 5 Objektif DPT ialah untuk mencontohi dan menerapkan nilai-nilai etika kerja yang baik dan positif, mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi, serta mempelajari sistem pengurusan dan organisasi negara-negara maju di timur seperti negara Jepun yang boleh meninggikan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia. Objektif ini ditetapkan sendiri oleh YAB Perdana Menteri melalui Surat Pekeliling Jabatan Perdana Menteri bertarikh 28 Jun 1982. Ke arah mencapai objektif ini, beberapa strategi telah disusun untuk meningkatkan kerjasama di antara Malaysia dengan negara Jepun terutamanya dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal dan akademik, kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan. Perkara-perkara yang ditumpukan melalui dasar ini ialah 01 02 03 04 05 06 07 08 Kerajinan dan disiplin bekerja; Kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja; Keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri; Tekanan terhadap daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality); Peningkatan kecekapan; Pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am; Lain-lain lagi yang boleh dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita. Sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek; dan Objektif DPT

6 7 Program latihan yang telah dilaksanakan berdasarkan persetujuan di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun adalah 1. Program Latihan Perindustrian dan Teknikal; 2. Program Pengajian Akademik Peringkat Ijazah Pertama; 3. Program Pengajian Teknikal Peringkat Sijil dan Diploma di Kolej Teknik; dan 4. Program Latihan Pengurusan Amali Pegawai Eksekutif Malaysia. Pada ketika ini, pelaksanaan DPT ditumpukan kepada program-program latihan dalampelbagai bidang perindustrian, teknikal dan pengurusan. Ia dilaksanakan berdasarkan garis panduan yang dipersetujui di antara Kerajaan MalaysiaJepun pada 21 Januari 1983 dan 4-5 Julai 1983 di Tokyo, Jepun. Agensi yang dipertanggungjawabkan bagi melaksanakan dasar ini ialah Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA). Sehingga Mac 1989, seramai 1,689 orang pelatih yang terdiri daripada pegawai eksekutif dan kakitangan dari pelbagai bidang perkhidmatan dan 686 orang pelajar Malaysia telah dihantar mengikuti latihan dan kursus dalam pelbagai bidang teknikal dan perindustrian di Jepun. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh JPA pada tahun 1988 dan maklum balas daripada pelatih, pelajar, Kedutaan Malaysia, Kerajaan Jepun serta agensi/syarikat/institusi di negara berkenaan, didapati program-program latihan tersebut telah mencapai kemajuan yang menggalakkan. Kebanyakan mereka telah mencuba seberapa boleh mempraktikkan etika kerja yang baik di tempat kerja masing-masing. Kajian oleh JPA juga menunjukkan hampir semua pelajar yang tamat pengajian di bawah Program Akademik dan Teknikal di Jepun telah memegang jawatan di peringkat pengurusan dan penyeliaan di syarikat-syarikat Jepun di Malaysia. STRATEGI Menghantar pelatih-pelatih mengikuti latihan praktikal di syarikat dan firma Jepun Menghantar pelajar-pelajar ke institusi pengajian tinggi ke Jepun Menggalakkan pelajar-pelajar yang tamat pengajian mengikuti latihan praktikal di syarikat/ firma/institusi di Jepun Menghantar pegawai-pegawai eksekutif Kerajaan/ Badan Berkanun/ Syarikat Kerajaan bagi mengikuti latihan pengurusan di agensi-agensi tertentu di Jepun PROGRAM Latihan Perindustrian dan Teknikal Pengajian Akademik Peringkat Ijazah Pertama Pengajian Teknikal Peringkat Sijil dan Diploma Latihan Pengurusan Amali Pegawai Eksekutif Malaysia BIDANG LATIHAN • Elektronik • Elektrik • Mekanikal • Arkitek • Pelancongan • Sains • Kejuruteraan • Komputer • Perniagaan • Industri • Mekanik • Ekonomi • Teknikal • Pengurusan Organisasi & Personel • Kumpulan Meningkat Mutu Kerja dan Produktiviti • Pengurusan Lapangan Terbang & Perlabuhan • Perancangan Korporat • Pengurusan Koperasi • Promosi Pelancongan • Pengangkutan Bandar • Industri Kecil • Pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan BILANGAN PELATIH (sehingga Mac 1989) 1,689 pelatih ke Jepun 392 pelajar ke Jepun 200 pelajar ke Jepun 94 pegawai ke Jepun Peringkat Awal DPT

8 9 Pembangunan Modal Insan Selaras dengan dasar ini, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, kekesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dalam kalangan pegawai dan kakitangan. Pegawai awam dan pelajar-pelajar Malaysia telah dihantar ke Jepun untuk mempelajari selok-belok aspek teknikal dan pengurusan di negara tersebut. Di antara program yang telah dijalankan adalah seperti berikut: Bagi Fasa Pertama, Kerajaan telah menyusun strategi dan program bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik di peringkat individu dan organisasi. Fokus utama di bawah fasa ini adalah Pembangunan Modal Insan. 01 02 03 Perubahan Struktur Perubahan Sikap Latihan dan Khusus 1982-2012 Dasar Pandang ke Timur mengorak langkah ke Fasa Kedua apabila Jemaah Menteri pada 5 Jun 2013 telah bersetuju dengan hala tuju DPT 2.0 yang memberi fokus kepada pemacu ekonomi dan satu jawatankuasa bersama dibentuk antara Kerajaan Malaysia (diterajui oleh MITI) dengan Jepun dan Korea Selatan (diterajui oleh MOFA) secara berasingan bagi tujuan pemantauan pelaksanaan DPT antara dua negara tersebut. 2013-2022 Fasa Pelaksanaan DPT

10 11 DPT Fasa Pertama Sebagai usaha memperolehi pemindahan teknologi, pada 15 April 2011 Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri mempertimbangkan graduan Malaysia yang ditaja di bawah DPT ke negara Jepun boleh terus bekerja di negara tersebut bagi satu tempoh tertentu. Keputusan ini bertujuan untuk mempertingkatkan kemahiran guna tenaga Malaysia untuk manfaat negara dan masyarakat. Usahasama antara Malaysia dan khususnya Jepun di bawah pembangunan sumber manusia kekal menjadi fokus dalam penajaan JPA. 1982-1992 yyPenerapan Nilai yyPenajaan / Latihan yyPemantapan Sistem Pengurusan yyPenubuhan Institusi Ekonomi yyPenajaan / Latihan yyPembangunan Infrastruktur (TOT) yyPelaburan 1992-2002 Evolusi Pelaksanaan DPT

12 13 2002-2012 yyPeningkatan Sektor Perkhidmatan yyPemantapan Institusi Kerjasama Pentadbiran 2012-2022 yyKerjasama Penyelidikan yyPembangunan Kepakaran yyPengurusan Ekosistem yyPemodenan SME yyPembangunan Penyelidikan Pengurusan Warga Emas DPT Fasa Kedua

Pembangunan Modal Insan

16 17 Selaras dengan hasrat negara untuk meningkatkan pembangunan modal insan dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara maju, penajaan JPA adalah bertujuan untuk menyediakan modal insan berkualiti kepada negara sama ada untuk lantikan dalam perkhidmatan awam mahupun untuk keperluan sektor-sektor lain dalam pembangunan negara. Di samping meneruskan latihan dan penajaan di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan, Kerajaan juga melihat keperluan untuk meneruskan dan menambah baik latihan dan penajaan pegawaipegawai di sektor awam serta pelajar-pelajar cemerlang ke luar negara khususnya dalam fokus bidang kepakaran tertentu berdasarkan keperluan guna tenaga negara. DPT yang telah bermula sejak 1982 memberi fokus kepada pembentukan sumber tenaga manusia menerusi penerapan nilai-nilai dan etika kerja budaya Jepun yang disesuaikan dengan budaya masyarakat Malaysia dalam usaha mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta mempelajari sistem pengurusan organisasi bagi meningkatkan produktiviti menyumbang ke arah kemajuan negara. Fokus kerjasama dengan Jepun di bawah skop modal insan terbahagi kepada tiga iaitu pembangunan modal insan, membangunkan/memperkukuhkan institusi universiti dan usahasama dalam penyelidikan dan pembangunan. 01 Pembangunan Modal Insan • Ijazah Lanjutan & Penyelidikan • Penerokaan Bidang Baharu • Mewujudkan program sangkutan pegawai Kerajaan Membangun/Memperkukuh Institusi Universiti • Penubuhan Institusi Latihan / Universiti • Memartabatkan IPT Tempatan Usahasama dalam Penyelidikan dan Pembangunan • Kerjasama Penyelidikan Makmal Antara Universiti • Kerjasama Penyelidikan Bersama (Joint Research) • Pertukaran Pakar 02 03 Pengenalan Skop Modal Insan

18 19 Pelbagai strategi dan program telah dilaksanakan oleh JPA bagi tujuan pembangunan modal insan negara sejak ia mula dilancarkan pada tahun 1982. Objektif utamanya adalah membangunkan modal insan negara yang berteraskan kepada budaya, nilai dan etika kerja yang baik dan positif masyarakat Jepun. Bagi tujuan tersebut, strategi pelaksanaan program pendidikan dan latihan ini dibahagikan kepada tiga kategori pembiayaan iaitu: JPA selaku agensi pusat bertanggungjawab untuk mengurus dan melaksanakan program latihan kepada penjawat awam menerusi program latihan, pemberian kemudahan cuti belajar dan biasiswa untuk pengajian di dalam dan luar negara. Selain itu, JPA turut menawarkan program penajaan kepada pelajar cemerlang untuk melanjutkan pengajian di pelbagai peringkat termasuk Diploma, Program Persediaan, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Lanjutan. 01 02 03 Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia Program yang dibiayai bersama-sama oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun Program yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Jepun. Punca kuasa ini termaktub di bawah Perintah Menteri-Menteri Kerajaan Persekutuan 2022 P.U.(A)5 yang menjelaskan bahawa perkaraperkara berhubung dengan Biasiswa Kerajaan dan Latihan diletakkan di bawah bidang tugas dan peranan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Model dan kaedah penajaan JPA telah berevolusi dan melalui pelbagai perubahan seperti pemberian penajaan secara biasiswa, pemberian Pinjaman Boleh Ubah (PBU) berasaskan kecemerlangan akademik, pemberian PBU berasaskan tempat berkhidmat dan dermasiswa. Model penajaan yang diperkenalkan bertujuan untuk memberi pulangan terbaik dan optimum kepada Negara dari aspek modal insan. Strategi dan Program Latihan dan Penajaan

20 21 Objektif utama pelaksanaan program latihan dan penajaan ini adalah untuk membangunkan modal insan yang kompeten bagi memenuhi keperluan strategik sektor awam dan negara melalui penajaan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) dan Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP). Terdapat lima program latihan dan pendidikan di bawah DPT seperti berikut: Selari dengan objektif Dasar Pandang ke Timur, penajaan JPA di negara Jepun bagi Latihan Sebelum Perkhidmatan dan Latihan Dalam Perkhidmatan dari tahun 1982 sehingga 2021 telah mencapai seramai 17,350. 01 05 02 04 03 Kursus Pendek Program latihan yang dirangka untuk pegawai awam Kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) serta Kumpulan Pelaksana di institusi latihan di negara Jepun yang meliputi pelbagai bidang mengikuti pelbagai bidang mengikut keperluan semasa. Latihan Teknikal Program latihan untuk pegawai awam Kumpulan P&P serta Kumpulan Pelaksana di institusi latihan di negara Jepun yang tertumpu kepada bidang-bidang teknikal yang menjadi keutamaan negara. Program Diploma Terbuka kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi mengikuti persediaan dalam negara sebelum melanjutkan pengajian ke Universiti dan Kolej Teknikal di Jepun. Bidangbidang yang ditawarkan adalah Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Sains Sosial. Program Ijazah Pertama Terbuka kepada pelajar cemerlang lepasan SPM yang akan melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti di Jepun. Bidang-bidang yang ditawarkan adalah Kejuruteraan, Sains dan Teknologi serta Sains Sosial. Program Ijazah Lanjutan Pogram penajaan yang ditawarkan kepada penjawat awam dan orang awam yang layak untuk melanjutkan pengajian Sarjana atau Kedoktoran (Ph.D) di universiti Jepun. Bidang-bidang latihan dan pendidikan di bawah DPT sentiasa berubah mengikut keperluan strategik negara. 17,350 Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP - Pelajar) 10,529 6,821 6,821 10,529 Jumlah 17,350 Tajaan JPA 1982-2021 Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP - Pegawai)

22 23 Latihan Sebelum Perkhidmatan (LSP) Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) Program Ijazah Lanjutan Penajaan bagi Ijazah Lanjutan telah bermula sejak tahun 1982 meliputi pengajian di peringkat Sarjana dan Kedoktoran (PhD). Sehingga tahun 2021, seramai 414 orang graduan telah terhasil daripada program ini. Program Ijazah Jepun Program Ijazah Jepun bermula pada tahun 1982 dan ditamatkan pada tahun 2012. Seramai 3,356 orang graduan telah terhasil daripada program ini. Program Diploma Jepun Program Diploma Jepun bermula pada tahun 1982 dan ditamatkan pada tahun 2012. Seramai 1,582 orang graduan telah terhasil daripada program ini. Program Guru Bahasa Jepun Program Guru Bahasa Jepun bermula pada tahun 1982 dan diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2009. Seramai 156 orang graduan telah terhasil daripada program ini. Program Khas ke Jepun Program Khas ke Jepun terbahagi kepada dua program penajaan iaitu Program Khas JPA-MARA dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ). Program ini bermula pada tahun 2012 dan sehingga tahun 2021, seramai 1,727 orang graduan telah terhasil daripada program ini. Program Persahabatan Malaysia – Jepun Program Persahabatan Malaysia – Jepun dilaksanakan pada tahun 1982 sehingga tahun 2013. Walau bagaimanapun, konsep latihan diteruskan di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP). Seramai 3,675 orang pegawai telah mengikuti program ini. Seminar Pengurusan Eksekutif (EMS) Seminar Pengurusan Eksekutif (EMS) dilaksanakan pada tahun 1982 sehingga tahun 2010. Walau bagaimanapun, konsep latihan diteruskan di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP). Seramai 710 orang pegawai telah mengikuti program ini. Latihan Teknikal dan Perindustrian (In-Plant) Latihan Teknikal dan Perindustrian (In-Plant) dilaksanakan pada tahun 1982 sehingga tahun 2009. Walau bagaimanapun, konsep latihan diteruskan di bawah Program Perkongsian Ekonomi (EPP). Seramai 3,226 orang pegawai telah mengikuti program ini. Program Perkongsian Ekonomi (EPP) Program Perkongsian Ekonomi (EPP) dilaksanakan bermula tahun 2006 dan sehingga tahun 2021, seramai 1,784 orang pegawai telah mengikuti program ini. Young Leaders Programme (YLP) Young Leaders Programme (YLP) dilaksanakan bermula tahun 2007 dan sehingga tahun 2021, seramai 706 orang pegawai telah mengikuti program ini. Program Sangkutan Pegawai Kanan Kerajaan di syarikat swasta di Jepun (JCAP) Program Program Sangkutan Pegawai Kanan Kerajaan di syarikat swasta di Jepun (JCAP) dilaksanakan bermula tahun 2019 dengan penghantaran seramai 14 orang pegawai. Berikutan penularan wabak covid-19 pada tahun 2020 dan 2021, tiada penghantaran pegawai pada tahun tersebut. 01 03 02 05 07 06 04 01 05 02 04 03

24 25 Dengan adanya aspirasi Dasar Pandang ke Timur ini, beberapa institusi berasaskan pengajian ke negara Jepun telah ditubuhkan bagi mengukuhkan hubungan erat antara Jepun dan Malaysia. JPA selaku penaja telah menjalinkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian yang menyediakan program persediaan ke negara Jepun seperti Ambang Asuhan Jepun dan Pusat Bahasa Teikyo. Ambang Asuhan Jepun (AAJ) Universiti Malaya telahmenyahut seruanDPT, denganmenubuhkan Pusat Pengajian Jepun yang dikenali sebagai Ambang Asuhan Jepun. Di atas persetujuan yang dibuat antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jepun, Kerajaan Jepun telah memberi bantuan sebanyak 390 juta Yen (RM3.7 juta) bagi mendirikan Kompleks Bahasa Jepun di kawasan seluas 1.3 hektar. Kerajaan Jepun juga bersetuju untukmenambah perbelanjaan permbinaan lebih kurang RM8 juta untuk memperbesarkan lagi AAJ ini pada tahun 1988. AAJ dibina lengkap dengan dewan kuliah, makmal bahasa, bilikbilik tutorial, perpustakaan, bangunan pentadbiran, bengkel, bilik kelengkapan pengajaran dan bilik-bilik pensyarah. AAJ hingga kini merupakan sebuah pusat pengajian yang menyediakan program persediaan bagi para pelajar lepasan SPM untuk melanjutkan pengajian di universiti di Jepun. Pada masa kini, JPA menghantar pelajar tajaan di bawah Program Khas JPA-MARA (PKJM) bagi mengikuti program pengajian dalam bidang kejuruteraan dan sains & teknologi di negara Jepun. Kerjasama Strategik

26 27 Pusat Bahasa Teikyo Pusat Bahasa Teikyo ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama Institut Bahasa Teikyo selepas 15 tahun Dasar Pandang ke Timur dilancarkan. Penubuhan institusi di bawah Universiti Teikyo, Jepun ini di Malaysia merupakan menifestasi hubungan erat antara kedua-dua buah negara. Institusi ini telah menjadi tarikan kepada pelajar dari rantau Asia ini untuk mempelajari bahasa Jepun sebelum menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi di negara Jepun. Pada masa kini, JPA menghantar pelajar tajaan di bawah Program Khas JPA-MARA (PKJM) bagi mengikuti pengajian dalam bidang sains dan sosial di negara Jepun.

Permata DPT

30 31 YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Latar Belakang YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah dilahirkan di negeri Johor pada tanggal 10 Ogos 1964 dan mendapat ijazah pertama dalam bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. YBhg. Dato’ Sri seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Meiji, Jepun bermula pada tahun 2005 hingga 2007. Apakah nilai-nilai positif/ amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Dato’ Sri sehingga saat ini? Rahsia kejayaan negara Jepun adalah sikap yang diamalkan oleh rakyatnya meliputi disiplin, mematuhi arahan, menepati masa, bercakap benar, rajin, sentiasa bersedia menerima teguran, mengambil tanggungjawab dan menjaga kualiti kerja. Orang Jepun juga sangat taat dan sabar dalam mengikut panduan dalam kehidupan seharian, bersabar dan mematuhi arahan dan menitik-beratkan amalan kaizen dan zero defect. Pada pandangan YBhg. Dato’ Sri sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? DPT telah memberi pendedahan, ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari nilai, problem solving skills dan cara bekerja baharu. DPT itu sendiri merupakan sebuah pelaburan yang telah mengubah landskap ekonomi Malaysia melalui technology transfer. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? DPT telah membuka ruang kepada industri perkilangan negara Jepun melabur di Malaysia. Dalam masa yang sama, memberi peluang pekerjaan dan latihan tenaga kerja yang mencukupi untuk keperluan industri termasuk pendedahan di kilang-kilang di negara Jepun kepada rakyat Malaysia. “Nodomoto Sugireba Atsusa Wo Wasuresu” “People forget once the danger is past.”

32 33 Pada pandangan YBhg. Dato’ Sri adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Nilai-nilai yang baik daripada DPT boleh dijadikan sebagai asas pembangunan negara tanpa meninggalkan nilai-nilai dalam pegangan agama Islam. Justeru, budaya menimba ilmu, sikap mengambil tahu dan bertanya (curiosity) dan sentiasa memerhatikan keperluan persekitaran (questions your surrounding) dan keinginan untuk menyelesaikan masalah hendaklah diterapkan dalam diri rakyat Malaysia dan dalam perkhidmatan awam. Penajaan dan latihan di bawah DPT masih lagi relevan kerana pelajar dan pegawai yang dihantar untuk mengikuti pengajian di negara Jepun pastinya mendapat perspektif yang berbeza, mendapat peluang dan ruang untuk membuat perbandingan dan seterusnya melaksanakan transformasi minda bagi membangunkan negara. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan programprogram penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Aspek ketabahan dalam menjalani kehidupan, kesanggupan menghadapi kesukaran, bersatu padu dalam memberi bantuan, kehidupan yang minimalis akibat sering mengalami bencana rakyat Jepun menjadi sebuah lembaran dalam penerokaan bidang-bidang baharu dalam kerjasama strategik. Bidang-bidang baharu yang harus diterokai bagi kerjasama strategik di bawah DPT adalah seperti sistem persekitaran selamat, sistem pengurusan bencana dan penjagaan alam sekitar.

34 35 Latar Belakang YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed mendapat pendidikan di Jepun di peringkat Sarjana dalam bidang Master of International Economic selama 2 tahun di International University of Japan, Niigata pada tahun 1997 manakala PhD di Meiji University, pada tahun 2005 dalam bidang ekonomi. Tugasan pertama semasa berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam ditempatkan di Unit DPT, Bahagian Latihan JPA pada tahun 1992 selama 7 tahun. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Dato’ Dr. sehingga saat ini? Nilai-nilai positif masyarakat Jepun yang meninggalkan kesan mendalam kepada diri ialah dari budaya kerja masyarakat Jepun yang menerapkan etika kerja dan disiplin yang tinggi sama ada di sektor awam mahupun swasta. Masyarakat Jepun juga sangat menghormati hak individu serta menepati janji. Mereka menerima konsep siapa yang rajin, akan mendapat keuntungan dan yang malas mendapat kerugian dan tidak akan mempersoalkan ganjaran yang diterima oleh golongan yang rajin (bonus bagi mereka yang bekerja keras). Selain daripada itu, masyarakat Jepun turut menerapkan semangat jati diri yang tinggi atau dikenali sebagai semangat harakiri iaitu rasa malu kepada kegagalan yang diterapkan dari kecil. Masyarakat Jepun juga mempunyai identiti daripada segi menjaga kebersihan yang tinggi dan nilai tersebut diasuh dari kecil. Masyarakat Jepun juga menggunakan konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) yang dapat menjamin penghasilan output yang menepati kehendak pelanggan. Sebagai negara maju, amat perlu untuk melihat rantaian keseluruhan dan kerjasama antara semua pihak. TQM ini bukan sahaja memanfaatkan pelanggan tetapi juga kepada organisasi itu sendiri khususnya melalui penjimatan kos dan peningkatan operasi yang cekap. Dari sudut Perkhidmatan Awam, semua pihak perlu bertindak sebagai sebuah badan yang berfungsi di dalam satu ruang lingkup yang sama. Nilai-nilai positif yang dinyatakan ini memberikan impak yang besar dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. “Setiap amalan kita perlu dipertanggungjawabkan dan perlu dilaksanakan supaya ia menjadi amalan kepada kita pada hari kebangkitan. Sekiranya kita lakukan dengan terbaik, Insya-Allah kita akan dapat yang terbaik pada hari kebangkitan. Mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pandangan perlu bersama-sama untuk membangunkan negara ini. InsyaAllah kita akan mencapai sebuah negara yang baik pada masa hadapan.” YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

36 37 Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Prestasi keberhasilanDPT agak sukar untuk dinilai secara fizikal keseluruhannya kerana manfaat yang diterima daripada DPT bukanlah menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia yang mempunyai populasi penduduk sebanyak 324. juta. Manfaat DPT hanya diterima oleh pelajar dan pegawai yang mengikuti pengajian di Jepun dalam anggaran jumlah 30 hingga 50 ribu bagi program latihan dan pendidikan. Keberkesanan dasar ini lebih terserlah melalui hubungan dan kerjasama perdagangan di antara kedua-dua negara. Jepun telah menjadi negara terbesar di Asia yang mengimport produk domestik dari Malaysia semenjak tahun 1980 hingga 2015 dan menjadi antara rakan dagang terbesar. Selain daripada kerjasama ekonomi, Jepun turut memberikan sokongan teknikal dan kepakaran teknologi melalui syarikat milik Jepun yang berada di Malaysia contohnya bantuan dalam pembinaan projek bekalan elektrik, pusat hidrologi, pembesaran sungai dan pembinaan empangan penghalang air terutamanya di Sabah. Melalui DPT juga, terjalinnya hubungan kerjasama sumber manusia MalaysiaJepun yang mana program penghantaran pelajar dan pegawai melanjutkan pengajian di Jepun membolehkan mereka mempertingkatkan pengetahuan, mempelajari sistem-sistem pengurusan dan nilai etika kerja yang baik daripada Jepun. Pengalaman dan budaya positif yang dikutip di sana akan dibawa pulang ke Malaysia dan diterapkan dalam masyarakat dan organisasi. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Ekonomi dunia kini sudah berubah dan mengehadkan kehadiran di organisasi secara fizikal. Kita perlu melihat pendekatan kaedah timbal balik, tidak semestinya pelajar yang bergraduat dari universiti di Jepun perlu bekerja di Jepun juga. Mereka boleh memilih untuk balik dan berkhidmat di syarikat Jepun yang berada di seluruh dunia termasuk Malaysia. Pelajar kita perlu berani menghadapi cabaran sekiranya dihantar ke negara lain kerana sempadan negara kini telah terbuka dan kita berada dalam suasana perkampungan global. Pelajar perlu menerapkan sikap keterbukaan dan tidak sewajarnya hanya mengharapkan peluang daripada pelabur yang datang ke Malaysia tetapi mereka seharusnya mengambil inisiatif untuk menjadi wakil syarikat Jepun bagi menjalankan proses rundingan dengan negara lain memandangkan mereka mempunyai kelebihan berbahasa Jepun dan boleh mengeksport guna tenaga. Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr, adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Mana-mana sistem pendidikan dalam dunia ini sentiasa relevan. Apa yang penting ialah bergantung kepada individu yang menerima manfaat daripada sistem tersebut. DPT ini merupakan satu dasar yang baik serta membawa impak yang positif dan signifikan kepada kedua-dua negara. Penerima manfaat daripada program ini seharusnya menerap dan menyebarkan etika dan budaya yang baik yang diperoleh untuk diaplikasikan supaya masyarakat dan organisasi mendapat matlamat yang jelas berkenaan dasar ini seterusnya melaksanakan pembaharuan. Dan menjadi pemangkin kepada pembangunan negara. Seharusnya penerima manfaat mengembalikan ilmu yang diterima untuk digunakan atau diadaptasi mengikut kesesuaian bagi membuktikan relevan pelaksanaan DPT. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Semua agensi perlu bekerjasama dan bertindak suatu badan. Perlu ada consensus yang bersifat holistik dalam menjayakan sesuatu dasar. Mengambil contoh mutual understanding antara G2G yang saling memberi bantuan berdasarkan keperluan contohnya penghantaran pelajar ke Jepun dalam bidang teknikal. Walau bagaimanapun peluang adalah terhad maka pelajar tajaan JPA tidak dapat bekerja mengikut kesesuaian pendidikan dan kemahiran berdasarkan teknologi negara tertentu. Ini juga berkaitan dengan polisi dan pemikiran setiap agensi yang berbeza dan pelbagai kekangan menyebabkan kurangnya pendekatan yang holistik dalam menyediakan tatacara penyediaan modal insan di negara Malaysia. Selain daripada bidang kejuruteraan dan teknikal, bidang yang bakal diteroka perlulah relevan dan tidak terhad daripada segi penawaran pekerjaan oleh industri. Oleh sebab itu pentingnya kebersamaan di antara agensi.

38 39 Latar Belakang YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan bin Yusoff dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 3 Mei 1963 dan mendapat pengajian di peringkat ijazah pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Sejarah di Universiti Malaya. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Polisi Awam (Pengurusan Sumber Manusia) di Universiti Saitama, Jepun dan mendapat Ph.D (Pengurusan) dari University of Hull, United Kingdom. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Tan Sri sehingga saat ini? Nilai-nilai positif masyarakat Jepun yang meninggalkan kesan mendalam kepada diri ialah pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang sangat tinggi. Sebagai contoh dari segi pematuhan peraturan jalan raya, di Malaysia jika kita setiap hari mendengar mengenai insiden kemalangan jalan raya yang berlaku, ia adalah satu perkara yang biasa berlaku, seolah-olah kita tidak merasa apa-apa tentang kejadian itu. Tetapi di negara Jepun, jika berlaku kemalangan ia akan menjadi berita utama selama berhari-hari kerana ia merupakan satu berita besar yang sangat menyedihkan bagi rakyat Jepun. Pada mereka, kemalangan tersebut tidak sepatutnya berlaku sekiranya peraturan yang ditetapkan benar-benar dipatuhi termasuklah mematuhi had laju yang ditetapkan dan lain-lain. Kedua, Jepun adalah aging society. Kerajaan Jepun sangat mengutamakan kebajikan dan kemudahan bagi orang-orang tua. Alatalat yang diperlukan untuk orang-orang tua sangat mudah didapati seperti lampin pakai buang, tongkat dan lain-lain. Rakyat Jepun juga sangat menghormati orang tua. Budaya menghormati orang tua di sana sangat ketara. Semakin tua seseorang itu, bermaksud semakin bijak dan tinggi ilmunya. Oleh itu, golongan ini dilayan dengan penuh rasa hormat. Bahasa yang digunakan mestilah teratur apabila bercakap walaupun golongan tua ini datang dari keluarga terdekat. “Sesuatu tamadun yang besar itu terbina atas integriti, patriotisme dan kerja kuat rakyatnya. Sekiranya ketiga-tiga elemen ini disuburkan, nescaya kita boleh membina sebuah negara bangsa Malaysia yang lebih disegani. Tiga elemen ini adalah sesuatu yang boleh diperoleh dan dipelajari dari pelaksanaan DPT.” YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan bin Yusoff Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

40 41 Ketiga, negara Jepun gemar mempromosi negaranya kepada rakyat dari negara luar menerusi pendidikan, termasuklah mempromosikan perkhidmatan awam mereka. Ini dilakukan dengan cara menaja birokrat-birokrat dari negara luar untuk belajar di negara Jepun melalui tajaan biasiswa negara Jepun termasuklah menyediakan tempat tinggal (asrama) kepada mereka. Ini merupakan antara ciri-ciri negara maju yang mana Jepun menjadikan negara mereka sebagai hub pendidikan supaya pendidikan, sistem dan polisi mereka dikenali oleh orang luar dan kita boleh belajar dari mereka. Pada pandangan YBhg. Tan Sri, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Kita akan dapat menyaksikan perubahan yang besar sekiranya programprogram penajaan DPT khususnya bagi pegawai-pegawai awam dilaksanakan dengan lebih meluas. Melalui cara ini, pegawai-pegawai boleh menjadi ambassador kepada cara hidup (culture) yang baik yang diamalkan rakyat Jepun. Dalam konteks perkhidmatan awam, pelaksanaan program penajaan DPT telah berjaya melahirkan pemimpin-pemimpin perkhidmatan awam yang hebat seperti YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq Abdullah (KPPA), YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman (mantan KPPA), dan lain-lain. Kerajaan harus memikirkan kaedah transfer of culture untuk membolehkan pegawai-pegawai yang dihantar berkursus di Jepun/ Korea, apabila pulang ke Malaysia mereka dapat mempromosi atau berkongsi perkara-perkara baik yang diperolehi di sana, dengan rakyat Malaysia. Kemungkinan boleh dibuat melalui penerbitan, seminar berterusan, sesi perkongsian dan lain-lain kaedah yang sesuai. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Saya tidak mempunyai maklumat yang cukup mengenai ini. Namun, jika mengambil kira batch saya yang dihantar ke Jepun semasa itu (1996-1998), semuanya (kecuali penjawat awam) telah berjaya memasuki industri, dengan kata mudah, sangat laris. Ini menunjukkan pada masa itu, rakyat yang dihantar berkursus ke Jepun mempunyai peluang kebolehpasaran yang sangat tinggi. Pihak industri juga sangat menantikan graduan yang belajar di Jepun untuk diambil bekerja bersama industri. Pihak industri sangat bersedia untuk menerima graduan untuk bekerja dengan mereka. Pada pandangan YBhg. Tan Sri, adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih relevan. Idea DPT adalah untuk mempelajari, memberi apresiasi dan mengaplikasi nilai-nilai yang baik yang dipelajari. Selagi kita tidak memaksimumkan pembelajaran itu, selagi itu kita perlu terus belajar, dan selagi itulah DPT kekal relevan. Apa yang penting adalah menyemai budaya kerja yang baik di kalangan rakyat negara kita. Contohnya, orang Jepun akan berasa malu kalau balik kerja awal. Jadi kita boleh ambil ini sebagai contoh yang baik, kerja kuat untuk mencapai objektif organisasi. Apabila kita mempunyai budaya yang baik, perkara-perkara lain akan bergerak seiring. Tidak ada gunanya melabur dalam infrastruktur dan teknologi yang hebat-hebat sekiranya nilai kemanusiaan dalam diri masih rendah. Jadi, antara yang penting dan akan terus kekal relevan adalah usaha-usaha untuk menyemai budaya yang betul kepada rakyat dengan tingkah laku yang baik serta integriti yang tinggi. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Bidang-bidang kerjasama strategik baharu yang perlu diterokai adalah berkaitan pendigitalan. Bukan sekadar digital dari segi perkhidmatan sahaja, malah perlu melibatkan pertanian, perniagaan dari rumah dan lain-lain. Selain itu, bidang pengangkutan boleh dilihat sebagai bidang kerjasama strategik yang baharu kerana Jepun sangat-sangat efisien dalam aspek pengangkutan.

42 43 Latar Belakang YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda dalam bidang Sains Biologi (Genetik) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1986. Seterusnya, pada tahun 1995 YBhg. Tan Sri melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Public Policy di Saitama University, Japan di bawah tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho). YBhg. Tan Sri juga pernah berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Jepun sebagai Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) pada tahun 2004. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Tan Sri sehingga saat ini? Sifat masyarakat Jepun yang sentiasa memainkan peranan dan tanggung jawab masing-masing dalam setiap aspek kehidupan. Budaya ini mewujudkan cara hidup yang mana perbuatan baik seseorang menjadi teladan dan ikutan yang lain dan menghasilkan impak yang baik dan kebiasaan (norma) pada keseluruhan masyarakat. Seperti contoh dalam aspek kebersihan di Jepun, masyarakat Jepun tidak perlu menunggu mana-mana pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Setiap rumah memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan rumah masingmasing dan perkara ini memberikan impak baik dengan mewujudkan persekitaran yang bersih. Pada pandangan YBhg. Tan Sri, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Pelaksanaan DPT melibatkan Negara Jepun tidak dinafikan memberi manfaat dan keberhasilan bagi Negara terutamanya daripada aspek pemindahan ilmu dalam bidang teknologi dan industri. Malaysia merupakan sebuah negara membangun dan masih memerlukan acuan terbaik dalam proses pembinaan negara. Dalam pembinaan sebuah negara, kita tidak seharusnya berpegang kepada sebuah model sahaja. Skop DPT wajar diperluaskan ke Negara Timur lain seperti Republik Rakyat China (RRC). DPT ialah satu mesej kepada dunia barat tentang keupayaan Negara Timur dalam membina negara dengan acuan dari Timur iaitu daripada negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan RRC. “Japan itself is a classroom, without walls, for us to learn from” YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

44 45 Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Tidak dinafikan masih ada dogma kepada graduan tajaan dari Negara Jepun (negara timur) dan kecenderungan kepada barat yang mana graduan dari Eropah dan Amerika Syarikat lebih mendapat tempat dalam pasaran kerjaya. Saya juga berpandangan bahawa kita memerlukan gabungan keduadua belah pihak, yang mana graduan daripada negara Jepun juga perlu memainkan peranan dan mempersiapkan diri untuk bersaing dengan graduan lain. Graduan negara Jepun mempunyai satu kelebihan dari sudut nilai yang diamalkan oleh masyarakat Jepun seperti contoh kepatuhan, menepati masa dan rajin bekerja yang boleh diambil dan dijadikan sebagai nilai tambah kepada graduan tersebut selain akademik. Pada pandangan YBhg. Tan Sri adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? DPT masih wajar diteruskan, tetapi untuk terus kekal relevan, struktur penajaan dan latihan perlu di perluas dan dasar sedia ada perlu lebih mendalam/ ditambah baik serta dengan modul baru dan bagi skop JPA, tidak terhad hanya kepada penajaan pelajar Lepasan SPM bagi pengajian ke negara-negara di bawah DPT. Selain itu, kerjasama dan pelaksanaan DPT perlu bersifat dua hala. Seperti contoh, tidak ramai pelajar dari Jepun yang dihantar bagi pengajian di Malaysia. Hubungan dua hala akan lebih mengoptimumkan impak pelaksanaan DPT bagi jangka masa panjang dan boleh memastikan dasar ini kekal relevan pada masa akan datang. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Terdapat banyak sudut yang dapat dipelajari dari Jepun sebagai sebuah negara. Kerjasama strategik baharu tidak seharusnya tertumpu kepada bidang sains dan teknologi sahaja. Hal ini kerana Malaysia telah sekian lama menjalinkan kerjasama dengan negara Jepun dalam bidang teknologi seperti bidang automotif. Bagi program penajaan pengajian, fokus dan sasaran utama tidak seharusnya hanya tertumpu kepada bidang akademik, DPT seharusnya dapat melahirkan satu kumpulan generasi yang berbeza daripada graduan daripada negara lain. Alumni DPT seharusnya mempunyai nilai istimewa dan berbeza terutamanya dalam skop integriti, keperibadian yang mulia dan jati diri yang tinggi . Mereka seharusnya menjadi agen perubahan dan membawa masuk serta mempraktikkan nilai-nilai murni yang dipelajari daripada negara Jepun dan masyarakatnya.

46 47 Latar Belakang YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan pada 3 Mei 1963 dan mendapat mendapat ijazah pertama dalam bidang Ekonomi Pembangunan Luar Bandar daripada Universiti Malaya. YBhg. Prof. Datuk Dr. seterusnya melanjutkan pengajian dalam MBA in Finance di University of Nottingham dan seterusnya PhD dalam bidang Global Information and Telecomunication Studies (Economics) dari Waseda University, Jepun. Apakah nilai-nilai positif/ amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Prof. Datuk Dr. sehingga saat ini? Nilai-nilai positif dan amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun yang masih tersemat di jiwa adalah pemikiran rakyatnya yang berada pada kelas pertama. Jepun merupakan negara maju yang mempunyai infrastruktur yang sangat mantap yang selari dengan tingkah laku dan gaya hidup rakyatnya yang sangat tertib dan beradab tinggi. Pengalaman berurusan dengan pentadbiran sekolah dan pihak berkuasa tempatan (local government), mereka sangat mengutamakan dan mengalu-alukan kehadiran pelanggan tanpa mengira latar belakang negara dan agama. Sebagai contoh, semasa hari pendaftaran pelajar, pihak sekolah telah melantik penterjemah untuk memberikan penerangan yang lebih baik tentang selok-belok sekolah. Murid Tahun 1 mengalu-alukan kedatangan dengan ucapan “Selamat Datang Encik Mohd Gazali bin Abas” di samping melekatkan Bendera Malaysia yang dilukis di dinding bilik darjah. Suasana ini memberikan keselesaan dan menggambarkan penerimaan mereka terhadap kehadiran orang luar. Masyarakat Jepun juga amat menitik beratkan aspek kebersihan. Sepanjang keberadaan saya di negara Jepun, saya dapati bahawa tandas-tandas awam dan di sekolah amat bersih dan tidak berbau. Nilai menjaga kebersihan ini telah dipupuk sejak dari kanakkanak dan dibudayakan oleh kesemua orang. Selain itu, pengurusan dengan pejabat Kerajaan sangat sistematik sehingga saiz kertas yang spesifik dinyatakan bagi dokumen-dokumen yang ingin difotokopi dan hari pengambilan dan penghantaran borang untuk berurusan dengan pejabat Kerajaan juga telah ditetapkan. Budaya ini diamalkan bagi mengurangkan pembaziran sumber dan juga menjimatkan masa. “Perkayakan pandangan global, cara bertindak dan menyampaikan perkhidmatan sebagai seorang penjawat awam agar dapat menyumbang kepada kemajuan negara” YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Gazali bin Abas Professor Ikhtisas Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

48 49 Pada pandangan YBhg. Prof. Datuk Dr., sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Pengalaman semasa bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, saya pernah melihat sebuah kata-kata yang dipaparkan di sebuah sekolah yang mengatakan bahawa “Jika anda melihat sampah, andalah orang yang terakhir melihatnya”. Kata-kata ini dipaparkan untuk memupuk budaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata. Nilai inilah yang ingin kita sematkan dalam setiap rakyat Malaysia. Mengambil pengalaman sewaktu pihak sekolah di negara Jepun memperuntukkan waktu walaupun hanya 30 minit untuk bertemu dengan setiap ibu-bapa/penjaga pelajar, saya berusaha untuk mempraktikkan inisiatif yang sama sewaktu memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak saya. Pada pendapat saya, perkara ni amat penting dalam mewujudkan hubungan yang rapat ibu-bapa/penjaga dengan pihak sekolah agar tidak berlaku keciciran pelajar. Pengalaman berinteraksi dengan sistem pendidikan, pengurusan bandar, pengangkutan dan khidmat komuniti di Jepun telah memperkayakan pandangan global, cara berfikir, bertindak dan cara menyampaikan perkhidmatan saya sebagai seorang penjawat awam, cara membawa diri dalam komuniti dan menyumbang kepada kemajuan dalam kerjaya saya. Saya percaya inilah hasil sumbangan signifikan daripada Dasar Pandang ke Timur. Pada pandangan YBhg. Prof. Datuk Dr., adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Pada masa kini, negara Jepun telah mencapai status negara menua bila mana populasi masyarakat yang berusia 60 tahun dan ke atas mengatasi populasi orang muda. Justeru, bidang-bidang penajaan dan latihan yang perlu diterokai di Jepun pada masa kini adalah bagaimana pengurusan warga emas dilaksanakan di sana. Kita perlu mempelajari sistem sokongan yang diguna pakai oleh Kerajaan Jepun kerana berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas. Walaupun negara Malaysia tidak mengalami gegaran gempa bumi yang kerap seperti negara Jepun, namun negara kita masih berdepan dengan geobencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya. Justeru, kita harus mempelajari selok belok sistem pengurusan bencana negara Jepun yang merangkumi persediaan sebelum bencana, pengurusan semasa bencana dan pengurusan selepas bencana. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/ latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Bidang-bidang lain yang perlu diteliti pada masa kini adalah bidang pengurusan insurans kesihatan, green economy, high-end robotic dan pengurusan cukai.

50 51 Latar Belakang YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus dilahirkan di Kuala Kangsar, Perak pada 6 Julai 1962 dan mendapat ijazah pertama dalam bidang Geografi dan Sarjana dalam bidang Alam Sekitar dan Sumber Alam daripada Universiti Malaya. YBhg. Dato’ Dr. seterusnya melanjutkan pengajian di peringkat PhD dalam bidang Landscape Ecology (Science of Civil Engineering) di Universiti of Hiroshima pada tahun 2000. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa Dato’ Dr. sehingga saat ini? Berdasarkan pendedahan kepada kebudayaan Jepun, budaya masyarakat Jepun adalah yang terbaik dan paling hampir dengan budaya Malaysia. Budaya Jepun sangat kaya dengan sejarah dan pengurusan rekod melibatkan dokumen, fail, faksimili, peta dan sebagainya disimpan dengan sangat cermat. Pengurusan rekod yang teliti ini merupakan satu usaha yang wajar dicontohi agar sejarah negara disimpan rapi dan dapat diakses oleh generasi muda supaya jati diri mereka tidak hilang ditelan zaman. Pada pandangan YBhg. Dato’ Dr., sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Budaya Jepun sememangnya penuh dengan fakta, idea, konsep dan prinsip yang bagus. Walau bagaimanapun, tidak semuanya mampu dilaksanakan oleh masyarakat Jepun itu sendiri. Dari tahun ke tahun, Jepun melalui syarikat dan kerjasama strategik telah meningkatkan ekonomi Malaysia. Jepun secara langsung telah membantu Malaysia meningkatkan keupayaan kewangan, teknologi dan ekonomi seterusnya meningkatkan aliran tunai dalam negara. Perkembangan dan pendedahan terhadap industri halal telah menarik minat dan mendapat kepercayaan Jepun untuk bersama-sama Malaysia mempelopori peluang pelaburan dan penyediaan produk-produk halal ke Jepun dan ke negara-negara lain. “Berani menyatakan kebenaran dalam tugasan, ikhlas dan benar” YBhg. Dato’ Dr. Ahmad Jailani bin Muhamed Yunus Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy