DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

56 57 Selain itu, pelaksanaan DPT telah membuka ruang bagi penghantaran belia ke Jepun untuk bekerja dan mengikuti latihan kemahiran, sebagaimana yang diusahakan oleh Alumni Look East Policy Society (ALEPS). Antara objektif utama DPT adalah untuk mencontohi dan menerapkan nilainilai etika kerja yang baik dan positif dari Jepun yang boleh meningkatkan produktiviti serta menyumbang ke arah kemajuan negara Malaysia. Sejujurnya, saya dapati ramai graduan DPT menghadapi cabaran untuk mengekalkan amalan nilai-nilai murni Jepun apabila kembali ke Malaysia kerana tidak semua pihak dapat menerima dan mahu mengikuti budaya yang berbeza dengan amalan atau budaya kerja di Malaysia (sebagai contoh, sikap proaktif memberikan cadangan penambahbaikan dan sikap ringan tulang membantu majikan yang dilihat sebagai budaya bodek). Saya pernah bertemu dengan Tun Mahathir dan berbincang mengenai cabaran ini. Pesanan Tun adalah supaya saya kongsikan apa yang dipelajari dengan sekurang-kurangnya lima orang ahli keluarga saya. Kita tidak mampu mengubah negara kita secara keseluruhan, namun sekurangkurangnya kita dapat mengubah minda (mindset) keluarga kita. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Graduan Malaysia di Jepun rata-ratanya mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan dan Teknikal serta diberi pendedahan kepada teknologi maju di Jepun. Walau bagaimanapun, dasar IR 4.0 ini masih baharu di Malaysia dan industri tempatan belum bersedia sepenuhnya. Untuk makluman, Japan Education Blueprint disemak semula setiap 10 tahun, dan Kerajaan Jepun menjalankan dasar-dasar yang dinamik berdasarkan perkembangan persekitaran. Perubahan sistem pendidikan yang seiring landskap dunia membolehkan industri turut bersedia untuk menerima graduan yang dipersiapkan. Saya melihat bahawa terdapat keperluan untuk mempertimbangkan pelajar Malaysia untuk bekerja di Jepun setelah tamat pengajian untuk tempoh masa 2 hingga 3 tahun bagi menimba pengalaman untuk pembangunan negara (sekiranya perkara ini dibenarkan untuk pelajar tajaan Kerajaan, disyorkan untuk diuruskan secara teratur agar pelajar tetap menunaikan tanggungjawab untuk kembali berkhidmat di dalam Negara setelah tamat tempoh yang diberikan ini). Pembelajaran formal membolehkan individu mempelajari ilmu akademik / teori, namun pengalaman kerja adalah penting untuk memberi pendedahan dan menjana idea serta mengasah pemikiran seseorang graduan. Melalui pengalaman kerja juga, pembinaan sahsiah individu dapat diperkasakan dengan nilai-nilai murni dan etika secara lebih efektif. Pada pandangan YBhg. Dato’, adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Saya berpandangan penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih relevan dan wajar diteruskan. Kesinambungan ini adalah perlu, namun pengisian sewajarnya disesuaikan dan berubah mengikut peredaran zaman. Sebagai contoh, sekitar tahun 1998, Robotik merupakan bidang baharu, namun pada masa ini, keperluan semasa adalah teknologi baharu seiring perkembangan teknologi di China, Taiwan dan Korea. Sebagai contoh, Singapura kini giat mengusahakan pertanian tanpa tanah mengambil kira sumber tanah yang terhad. Syarikat-syarikat gergasi Jepun seperti Toshiba, Samsung dan Panasonic tidak lagi hanya mengeluarkan peralatan eletrik dan elektronik, malah sentiasa mengkaji dan mengeluarkan produk dengan fungsi yang lebih baik ke arah Society 5.0, iaitu untuk memudahkan kehidupan dan membantu warga tua dalam urusan harian. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Bidang Industri Perkhidmatan (Service Industry) dilihat merupakan keperluan semasa berbanding Kejuruteraan danTeknikal. Program-programberkembar yang bersesuaian juga wajar diteroka untuk kesesuaian pelaksanaan. Bidang-bidang kerjasama strategik baharu yang dicadangkan adalah seperti pelancongan, animasi dan program-program berbentuk keusahawanan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy