DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

70 71 Lanjutan daripada itu, JPA telah mengadakan program penajaan khas bagi pengajian di peringkat Sarjana dan Ph.D secara sepenuh masa dalam bidang Ekonomi, Polisi Awam, Tadbir Urus dan Pengurusan Bencana di Universiti Meiji, Jepun pada 8 April 2022. Kerjasama strategik di antara JPA juga diteruskan bersama Japan International Cooperation Agency (JICA) melalui program latihan seperti : Program Sangkutan Tenaga Pengajar Dari Institut Latihan Awam Malaysia di sektor strategik Jepun Peningkatan Kompetensi Penjawat Awam Menerusi Kursus Micro Credential Pelaksanaan Program Khas Pasca Siswazah Ke Universiti Meiji Program Pertukaran Pegawai Malaysia-Jepun melalui Kursus Jangka Pendek (JICA) Program Perkongsian Ekonomi (Economic Partnership Program – EPP) Kursus Jangka Pendek (JICA) Young Leadership Program (YLP) Kursus Jangka Pendek (JICA) Fokus utama perbincangan tersebut menjurus kepada bidang latihan dan pembangunan modal insan di antara Malaysia dan Jepun. Antara cadangan yang telah diusulkan : Hubungan kerjasama di antara Kerajaan Malaysia dan Jepun diperkukuhkan lagi hasil daripada lawatan kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah ke Jepun pada Mac 2022. Hasil perbincangan YBhg. Dato’ Sri KPPA dan Pengurusan Tertinggi Universiti Meiji yang diketuai oleh Profesor Kosaku Dairokuno, Presiden Universiti berkenaan telah diadakan pada 25 Mac 2022 di Tokyo, Jepun. Pengukuhan Hubungan Kerjasama Melalui Kepelbagaian Program

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy