DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

44 45 Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Tidak dinafikan masih ada dogma kepada graduan tajaan dari Negara Jepun (negara timur) dan kecenderungan kepada barat yang mana graduan dari Eropah dan Amerika Syarikat lebih mendapat tempat dalam pasaran kerjaya. Saya juga berpandangan bahawa kita memerlukan gabungan keduadua belah pihak, yang mana graduan daripada negara Jepun juga perlu memainkan peranan dan mempersiapkan diri untuk bersaing dengan graduan lain. Graduan negara Jepun mempunyai satu kelebihan dari sudut nilai yang diamalkan oleh masyarakat Jepun seperti contoh kepatuhan, menepati masa dan rajin bekerja yang boleh diambil dan dijadikan sebagai nilai tambah kepada graduan tersebut selain akademik. Pada pandangan YBhg. Tan Sri adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? DPT masih wajar diteruskan, tetapi untuk terus kekal relevan, struktur penajaan dan latihan perlu di perluas dan dasar sedia ada perlu lebih mendalam/ ditambah baik serta dengan modul baru dan bagi skop JPA, tidak terhad hanya kepada penajaan pelajar Lepasan SPM bagi pengajian ke negara-negara di bawah DPT. Selain itu, kerjasama dan pelaksanaan DPT perlu bersifat dua hala. Seperti contoh, tidak ramai pelajar dari Jepun yang dihantar bagi pengajian di Malaysia. Hubungan dua hala akan lebih mengoptimumkan impak pelaksanaan DPT bagi jangka masa panjang dan boleh memastikan dasar ini kekal relevan pada masa akan datang. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Terdapat banyak sudut yang dapat dipelajari dari Jepun sebagai sebuah negara. Kerjasama strategik baharu tidak seharusnya tertumpu kepada bidang sains dan teknologi sahaja. Hal ini kerana Malaysia telah sekian lama menjalinkan kerjasama dengan negara Jepun dalam bidang teknologi seperti bidang automotif. Bagi program penajaan pengajian, fokus dan sasaran utama tidak seharusnya hanya tertumpu kepada bidang akademik, DPT seharusnya dapat melahirkan satu kumpulan generasi yang berbeza daripada graduan daripada negara lain. Alumni DPT seharusnya mempunyai nilai istimewa dan berbeza terutamanya dalam skop integriti, keperibadian yang mulia dan jati diri yang tinggi . Mereka seharusnya menjadi agen perubahan dan membawa masuk serta mempraktikkan nilai-nilai murni yang dipelajari daripada negara Jepun dan masyarakatnya.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy