DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

32 33 Pada pandangan YBhg. Dato’ Sri adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Nilai-nilai yang baik daripada DPT boleh dijadikan sebagai asas pembangunan negara tanpa meninggalkan nilai-nilai dalam pegangan agama Islam. Justeru, budaya menimba ilmu, sikap mengambil tahu dan bertanya (curiosity) dan sentiasa memerhatikan keperluan persekitaran (questions your surrounding) dan keinginan untuk menyelesaikan masalah hendaklah diterapkan dalam diri rakyat Malaysia dan dalam perkhidmatan awam. Penajaan dan latihan di bawah DPT masih lagi relevan kerana pelajar dan pegawai yang dihantar untuk mengikuti pengajian di negara Jepun pastinya mendapat perspektif yang berbeza, mendapat peluang dan ruang untuk membuat perbandingan dan seterusnya melaksanakan transformasi minda bagi membangunkan negara. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan programprogram penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Aspek ketabahan dalam menjalani kehidupan, kesanggupan menghadapi kesukaran, bersatu padu dalam memberi bantuan, kehidupan yang minimalis akibat sering mengalami bencana rakyat Jepun menjadi sebuah lembaran dalam penerokaan bidang-bidang baharu dalam kerjasama strategik. Bidang-bidang baharu yang harus diterokai bagi kerjasama strategik di bawah DPT adalah seperti sistem persekitaran selamat, sistem pengurusan bencana dan penjagaan alam sekitar.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy