DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

viii ix Menelusuri sejarah Dasar Pandang ke Timur pastinya penceritaannya bermula dengan pembangunan modal insan yang bertumpu kepada nilai dan etika kerja yang positif dari negara Jepun bagi membangunkan negara Malaysia. Bahagian Pembangunan Modal Insan selaku peneraju awal kepada pelaksanaan Dasar Pandang ke Timur telah membuka laluan kepada rakyat Malaysia dalam kalangan penjawat awam, pekerja swasta dan pelajar lepasan SPM untuk menimba ilmu di negara matahari terbit ini. Pembangunan modal insan menerusi program latihan dan penajaan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menghasilkan ramai graduan dalam bidang pengurusan dan sains dan teknologi yang kini telah memegang pelbagai jawatan penting dalam sektor awam dan swasta. Khidmat bakti para graduan ini dalam membangunkan negara merupakan pulangan pelaburan kepada negara secara langsung dan tidak langsung. Sumbangan setiap insan yang terlibat dalam menjayakan Dasar Pandang ke Timur pastinya tersemai dalam setiap kisah kejayaan anak Malaysia yang menuntut ilmu di negara Jepun. Dr. Ahmad Zairy bin Mohd Soieb Timbalan Pengarah Bahagian Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Selayang Pandang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy