DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

34 35 Latar Belakang YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed mendapat pendidikan di Jepun di peringkat Sarjana dalam bidang Master of International Economic selama 2 tahun di International University of Japan, Niigata pada tahun 1997 manakala PhD di Meiji University, pada tahun 2005 dalam bidang ekonomi. Tugasan pertama semasa berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam ditempatkan di Unit DPT, Bahagian Latihan JPA pada tahun 1992 selama 7 tahun. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Dato’ Dr. sehingga saat ini? Nilai-nilai positif masyarakat Jepun yang meninggalkan kesan mendalam kepada diri ialah dari budaya kerja masyarakat Jepun yang menerapkan etika kerja dan disiplin yang tinggi sama ada di sektor awam mahupun swasta. Masyarakat Jepun juga sangat menghormati hak individu serta menepati janji. Mereka menerima konsep siapa yang rajin, akan mendapat keuntungan dan yang malas mendapat kerugian dan tidak akan mempersoalkan ganjaran yang diterima oleh golongan yang rajin (bonus bagi mereka yang bekerja keras). Selain daripada itu, masyarakat Jepun turut menerapkan semangat jati diri yang tinggi atau dikenali sebagai semangat harakiri iaitu rasa malu kepada kegagalan yang diterapkan dari kecil. Masyarakat Jepun juga mempunyai identiti daripada segi menjaga kebersihan yang tinggi dan nilai tersebut diasuh dari kecil. Masyarakat Jepun juga menggunakan konsep Pengurusan Kualiti Menyeluruh atau Total Quality Management (TQM) yang dapat menjamin penghasilan output yang menepati kehendak pelanggan. Sebagai negara maju, amat perlu untuk melihat rantaian keseluruhan dan kerjasama antara semua pihak. TQM ini bukan sahaja memanfaatkan pelanggan tetapi juga kepada organisasi itu sendiri khususnya melalui penjimatan kos dan peningkatan operasi yang cekap. Dari sudut Perkhidmatan Awam, semua pihak perlu bertindak sebagai sebuah badan yang berfungsi di dalam satu ruang lingkup yang sama. Nilai-nilai positif yang dinyatakan ini memberikan impak yang besar dalam menentukan kemajuan sesebuah negara. “Setiap amalan kita perlu dipertanggungjawabkan dan perlu dilaksanakan supaya ia menjadi amalan kepada kita pada hari kebangkitan. Sekiranya kita lakukan dengan terbaik, Insya-Allah kita akan dapat yang terbaik pada hari kebangkitan. Mereka yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, pandangan perlu bersama-sama untuk membangunkan negara ini. InsyaAllah kita akan mencapai sebuah negara yang baik pada masa hadapan.” YBhg. Dato’ Dr. Zulkapli bin Mohamed Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Pembangunan)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy