DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

30 31 YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Latar Belakang YBhg. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah dilahirkan di negeri Johor pada tanggal 10 Ogos 1964 dan mendapat ijazah pertama dalam bidang Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia. YBhg. Dato’ Sri seterusnya melanjutkan pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam di Universiti Meiji, Jepun bermula pada tahun 2005 hingga 2007. Apakah nilai-nilai positif/ amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Dato’ Sri sehingga saat ini? Rahsia kejayaan negara Jepun adalah sikap yang diamalkan oleh rakyatnya meliputi disiplin, mematuhi arahan, menepati masa, bercakap benar, rajin, sentiasa bersedia menerima teguran, mengambil tanggungjawab dan menjaga kualiti kerja. Orang Jepun juga sangat taat dan sabar dalam mengikut panduan dalam kehidupan seharian, bersabar dan mematuhi arahan dan menitik-beratkan amalan kaizen dan zero defect. Pada pandangan YBhg. Dato’ Sri sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? DPT telah memberi pendedahan, ruang dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mempelajari nilai, problem solving skills dan cara bekerja baharu. DPT itu sendiri merupakan sebuah pelaburan yang telah mengubah landskap ekonomi Malaysia melalui technology transfer. Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? DPT telah membuka ruang kepada industri perkilangan negara Jepun melabur di Malaysia. Dalam masa yang sama, memberi peluang pekerjaan dan latihan tenaga kerja yang mencukupi untuk keperluan industri termasuk pendedahan di kilang-kilang di negara Jepun kepada rakyat Malaysia. “Nodomoto Sugireba Atsusa Wo Wasuresu” “People forget once the danger is past.”

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy