DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

48 49 Pada pandangan YBhg. Prof. Datuk Dr., sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Pengalaman semasa bertugas sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, saya pernah melihat sebuah kata-kata yang dipaparkan di sebuah sekolah yang mengatakan bahawa “Jika anda melihat sampah, andalah orang yang terakhir melihatnya”. Kata-kata ini dipaparkan untuk memupuk budaya menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata. Nilai inilah yang ingin kita sematkan dalam setiap rakyat Malaysia. Mengambil pengalaman sewaktu pihak sekolah di negara Jepun memperuntukkan waktu walaupun hanya 30 minit untuk bertemu dengan setiap ibu-bapa/penjaga pelajar, saya berusaha untuk mempraktikkan inisiatif yang sama sewaktu memegang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Ibu-bapa dan Guru (PIBG) di sekolah anak saya. Pada pendapat saya, perkara ni amat penting dalam mewujudkan hubungan yang rapat ibu-bapa/penjaga dengan pihak sekolah agar tidak berlaku keciciran pelajar. Pengalaman berinteraksi dengan sistem pendidikan, pengurusan bandar, pengangkutan dan khidmat komuniti di Jepun telah memperkayakan pandangan global, cara berfikir, bertindak dan cara menyampaikan perkhidmatan saya sebagai seorang penjawat awam, cara membawa diri dalam komuniti dan menyumbang kepada kemajuan dalam kerjaya saya. Saya percaya inilah hasil sumbangan signifikan daripada Dasar Pandang ke Timur. Pada pandangan YBhg. Prof. Datuk Dr., adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Pada masa kini, negara Jepun telah mencapai status negara menua bila mana populasi masyarakat yang berusia 60 tahun dan ke atas mengatasi populasi orang muda. Justeru, bidang-bidang penajaan dan latihan yang perlu diterokai di Jepun pada masa kini adalah bagaimana pengurusan warga emas dilaksanakan di sana. Kita perlu mempelajari sistem sokongan yang diguna pakai oleh Kerajaan Jepun kerana berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada tahun 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas. Walaupun negara Malaysia tidak mengalami gegaran gempa bumi yang kerap seperti negara Jepun, namun negara kita masih berdepan dengan geobencana seperti banjir, tanah runtuh, ribut dan sebagainya. Justeru, kita harus mempelajari selok belok sistem pengurusan bencana negara Jepun yang merangkumi persediaan sebelum bencana, pengurusan semasa bencana dan pengurusan selepas bencana. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan program-program penajaan/ latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Bidang-bidang lain yang perlu diteliti pada masa kini adalah bidang pengurusan insurans kesihatan, green economy, high-end robotic dan pengurusan cukai.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy