DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

58 59 Latar Belakang Encik Zulfiqar Bin Zainuddin mendapat peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan di Wakayama National Technology College, Jepun di bawah program Akademik Lepasan SPM ke JEPUN – DPT pada tahun 1996. Apakah nilai-nilai positif / amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa tuan sehingga saat ini? Nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun ialah konsep yang dinamakan Omoiyari iaitu rasa kebertanggungjawaban, Malaysia atau keprihatinan terhadap perihal orang lain. Nilai ini merupakan suatu amalan positif yang dilihat dalam konteks yang meluas terhadap orang di sekeliling contohnya; menepati masa, bersegera melaksanakan tugasan kerana tidak mahu orang lain menunggu lama atau mengalami kesusahan atas sesuatu perihal. Pada pandangan tuan, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Dari sudut keberhasilan atau manfaat pelaksanaan, kejayaan DPT dilihat mengikut perspektif atau lensa kejayaan pelbagai pihak. Bagi pemimpin mahupun pemain industri di Jepun, program DPT sangat berjaya dan mencapai objektif khususnya dalam melahirkan bakat/ tenaga kerja yang berupaya bertutur bahasa Jepun dan memahami budaya kerja Jepun. Himpunan bakat dalam kalangan rakyat Malaysia ini akan memberi nilai tambah dan sumbangan besar terhadap syarikat-syarikat Jepun yang melabur dan membuka cawangan di Malaysia. Manakala perspektif dan lensa dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dilihat dalam skop kejayaan yang jauh lebih besar khususnya dalam mengoptimumkan kemahiran, kepakaran dan pengetahuan teknikal graduan yang dilahirkan melalui DPT. Kejayaan ini perlu diukur dalam konteks lebih luas bukan hanya setakat kemampuan berbahasa Jepun antaranya bekerja di syarikat telekomunikasi atau pusat panggilan tetapi aplikasi budaya kerja, pengalaman dan survival dalam memenuhi objektif industri pekerjaan di Malaysia. “Bakat-bakat terbaik hasil daripada DPT yang tersedia dalam pasaran merupakan agen pembangunan negara dan merupakan modal insan berharga untuk mengisi jawatan strategik dan mencurahkan bakti. Jalinan strategik Malaysia-Jepun perlu dilihat sebagai rakan dagangan dan memberi pulangan kepada kedua-dua negara secara efektif.” Encik Zulfiqar Bin Zainuddin Presiden Alumni Look East Policy Society (ALEPS)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy