DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

66 67 Bagi memastikan kejayaan pelaksanaan DPT 2.0, JPA selaku penerajui Subcommittee 1 dalam Bilateral Coordinating Committee (BCC) Look East Policy 2.0 dipertanggungjawabkan untuk menguruskan program pembangunan modal insan dan penajaan. JPA telah menghadiri The 2nd Bilateral Coordinating Committee (BCC) on The Second Wave of Look East Policy 2.0 Between Malaysia and Japan anjuran bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Kerajaan Jepun pada 8 Mac 2019 di Tokyo, Jepun. Melalui sesi BCC tersebut juga, beberapa siri perbincangan memperluaskan dan memperkukuhkan jaringan kerja dan kolaborasi strategik melalui penerokaan peluangpeluang dan bidang-bidang kerjasama baharu diadakan bagi memberi manfaat kepada pembangunan modal insan sama ada di dalam Perkhidmatan Awam dan negara. Pelaksanaan Gelombang Kedua DPT (DPT 2.0) turut melebarkan kolaboratif antara Malaysia dan Jepun termasuk bidang industri teknologi tinggi dan perkhidmatan, kemahiran pengurusan dan pembangunan kepakaran dalam sektor perkhidmatan yang berkualiti di bawah hala tuju DPT 2.0 - Pembangunan Modal Insan. Tanggungjawab ini diurus setia oleh Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam di bawah struktur Jawatankuasa Pembangunan Sumber Manusia. Jaringan Kerjasama Berterusan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy