DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

42 43 Latar Belakang YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman mendapat pendidikan peringkat Sarjana Muda dalam bidang Sains Biologi (Genetik) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1986. Seterusnya, pada tahun 1995 YBhg. Tan Sri melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana dalam bidang Public Policy di Saitama University, Japan di bawah tajaan Kerajaan Jepun (Monbukagakusho). YBhg. Tan Sri juga pernah berkhidmat di Kedutaan Besar Malaysia di Jepun sebagai Pegawai Penasihat Pendidikan dan Latihan (PPL) pada tahun 2004. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Tan Sri sehingga saat ini? Sifat masyarakat Jepun yang sentiasa memainkan peranan dan tanggung jawab masing-masing dalam setiap aspek kehidupan. Budaya ini mewujudkan cara hidup yang mana perbuatan baik seseorang menjadi teladan dan ikutan yang lain dan menghasilkan impak yang baik dan kebiasaan (norma) pada keseluruhan masyarakat. Seperti contoh dalam aspek kebersihan di Jepun, masyarakat Jepun tidak perlu menunggu mana-mana pihak berkuasa untuk membersihkan kawasan tempat tinggal mereka. Setiap rumah memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab menjaga kebersihan rumah masingmasing dan perkara ini memberikan impak baik dengan mewujudkan persekitaran yang bersih. Pada pandangan YBhg. Tan Sri, sejauh manakah keberhasilan dan manfaat daripada DPT kepada negara? Pelaksanaan DPT melibatkan Negara Jepun tidak dinafikan memberi manfaat dan keberhasilan bagi Negara terutamanya daripada aspek pemindahan ilmu dalam bidang teknologi dan industri. Malaysia merupakan sebuah negara membangun dan masih memerlukan acuan terbaik dalam proses pembinaan negara. Dalam pembinaan sebuah negara, kita tidak seharusnya berpegang kepada sebuah model sahaja. Skop DPT wajar diperluaskan ke Negara Timur lain seperti Republik Rakyat China (RRC). DPT ialah satu mesej kepada dunia barat tentang keupayaan Negara Timur dalam membina negara dengan acuan dari Timur iaitu daripada negara-negara maju seperti Jepun, Korea dan RRC. “Japan itself is a classroom, without walls, for us to learn from” YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib bin Abd Rahman Pengerusi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM)

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy