DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

iv v Modal insan merupakan elemen penting sebagai pemangkin kemajuan yang mengekalkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara. Pelaburan modal insan bukan hanya dapat membentuk tenaga kerja berilmu dan berfikiran strategik, tetapi juga menghasilkan sumber manusia yang sentiasa menyegarkan semula prestasi dan jati diri penjawat awam, mencipta landskap baharu organisasi bertunjangkan perkhidmatan awam yang kalis masa hadapan (future proof) untuk bersama-sama bergerak maju ke hadapan. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) sebagai agensi pusat yang bertanggungjawab dalam membangunkan modal insan negara telah memainkan peranan penting sejak empat dekad yang lalu dalam mengurus dan melaksanakan programprogram latihan dan penajaan kepada penjawat awam dan pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Inisiatif ini telah dilaksanakan menerusi pelbagai program penajaan termasuklah bagi melanjutkan pengajian ke negara Jepun di bawah Dasar Pandang Ke Timur. Dasar Pandang Ke Timur adalah satu perubahan dasar luar negara dari Dasar Pro-Barat semasa zaman kolonial dan pascakolonial menjadi Dasar Pandang Ke Timur. Selepas 40 tahun, pelaksanaan dasar ini terbukti telah memainkan peranan penting dalam usaha perindustrian Malaysia dan telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi keseluruhan negara. Selain itu, pelaksanaan dasar ini juga telah meningkatkan hubungan ekonomi yang strategik antara Malaysia-Jepun termasuklah di dalam pelbagai aspek kerjasama sosial-ekonomi, pelaburan, perdagangan, pendidikan, pemantapan sumber manusia dan pelancongan. Buku Dasar Pandang ke Timur: Legasi Kecemerlangan Empat Dekad ini merupakan manifestasi sejarah kejayaan dan suatu legasi kegemilangan sepanjang 40 tahun Dasar Pandang ke Timur khususnya dalam mendokumentasikan program penajaan Kerajaan Malaysia ke negara Jepun. Penerbitan ini mengimbau sejarah, merajut peristiwa penting dan ketokohan graduan Malaysia yang telah melakarkan kisah-kisah kegemilangan serta menjadi suri teladan buat seluruh rakyat Malaysia. Semoga buku ini akan mengabdikan komitmen dan kesungguhan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dalam memacu pembangunan modal insan negara yang unggul seiring dengan aspirasi negara. Dato’ Sri Mohd Shafiq bin Abdullah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia Sekapur Sirih

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy