DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

38 39 Latar Belakang YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan bin Yusoff dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada 3 Mei 1963 dan mendapat pengajian di peringkat ijazah pertama dalam Ijazah Sarjana Muda Sejarah di Universiti Malaya. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat Sarjana dalam bidang Polisi Awam (Pengurusan Sumber Manusia) di Universiti Saitama, Jepun dan mendapat Ph.D (Pengurusan) dari University of Hull, United Kingdom. Apakah nilai-nilai positif/amalan mulia yang dipelajari daripada masyarakat Jepun dan masih tersemat di jiwa YBhg. Tan Sri sehingga saat ini? Nilai-nilai positif masyarakat Jepun yang meninggalkan kesan mendalam kepada diri ialah pematuhan kepada undang-undang dan peraturan yang sangat tinggi. Sebagai contoh dari segi pematuhan peraturan jalan raya, di Malaysia jika kita setiap hari mendengar mengenai insiden kemalangan jalan raya yang berlaku, ia adalah satu perkara yang biasa berlaku, seolah-olah kita tidak merasa apa-apa tentang kejadian itu. Tetapi di negara Jepun, jika berlaku kemalangan ia akan menjadi berita utama selama berhari-hari kerana ia merupakan satu berita besar yang sangat menyedihkan bagi rakyat Jepun. Pada mereka, kemalangan tersebut tidak sepatutnya berlaku sekiranya peraturan yang ditetapkan benar-benar dipatuhi termasuklah mematuhi had laju yang ditetapkan dan lain-lain. Kedua, Jepun adalah aging society. Kerajaan Jepun sangat mengutamakan kebajikan dan kemudahan bagi orang-orang tua. Alatalat yang diperlukan untuk orang-orang tua sangat mudah didapati seperti lampin pakai buang, tongkat dan lain-lain. Rakyat Jepun juga sangat menghormati orang tua. Budaya menghormati orang tua di sana sangat ketara. Semakin tua seseorang itu, bermaksud semakin bijak dan tinggi ilmunya. Oleh itu, golongan ini dilayan dengan penuh rasa hormat. Bahasa yang digunakan mestilah teratur apabila bercakap walaupun golongan tua ini datang dari keluarga terdekat. “Sesuatu tamadun yang besar itu terbina atas integriti, patriotisme dan kerja kuat rakyatnya. Sekiranya ketiga-tiga elemen ini disuburkan, nescaya kita boleh membina sebuah negara bangsa Malaysia yang lebih disegani. Tiga elemen ini adalah sesuatu yang boleh diperoleh dan dipelajari dari pelaksanaan DPT.” YBhg. Tan Sri Dr. Mazlan bin Yusoff Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy