DASAR PANDANG KE TIMUR "Legasi Kecemerlangan Empat Dekad"

60 61 Sejauh manakah kesediaan dan keupayaan pemain industri di Malaysia menyambut dan menawarkan peluang pekerjaan kepada graduan tajaan dari negara Jepun? Industri amat bersedia dalam menawarkan peluang pekerjaan di Malaysia. Kemahiran dalam sesetengah bidang sains dan teknologi mungkin ada tetapi perkara pokok atau asas dalam bidang bidang berkenaan adalah sama. Pada pandangan tuan, adakah penajaan dan latihan berdasarkan DPT masih kekal relevan dan wajar diteruskan pada masa-masa yang akan datang? Penajaan dan latihan adalah relevan tetapi memerlukan pelan tindakan yang jelas dalam konteks bersinergi dan manfaat kedua-dua negara. Penjajaran dalam konteks penajaan, latihan pembangunan, penawaran pekerjaan dan kemajuan kerjaya perlu dibangunkan dan dimanfaatkan sepenuhnya dalam DPT. Apakah bidang-bidang kerjasama strategik baharu dan kesinambungan programprogram penajaan/latihan dalam perkhidmatan DPT yang bermanfaat untuk negara kita seiring dengan era IR 4.0? Terdapat banyak ruang kerjasama strategik khususnya dalam membangunkan kepimpinan dalam organisasi. ALEPS turut memainkan peranan dalam memberi latihan, jaringan kolaboratif dan pendedahan bagi alumni DPT untuk terlibat dalam projekprojek utama dan mengisi jawatan strategik melalui kerjasama antara negara (G2G) melibatkan syarikat pelaburan Jepun di Malaysia. Kerjasama dalam bidang akademia dengan cadangan penubuhan Cawangan Universiti Tsukuba di Malaysia dengan penawaran 30 peratus bakat-bakat terbaik dalam negara untuk berkhidmat di universiti berkenaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy