Sektor Awam Pembudayaan novasi I KERAJAAN MALAYSIA SURAT PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2026 JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2026
PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Kecekapan • Keberkesanan • Berpaksikan Rakyat Mempercepat Penyampaian Perkhidmatan Memperluas Impak Kepada Rakyat
SURAT KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PANDUAN PELAKSANAAN (LAMPIRAN A) SENARAI RAJAH AKRONIM/ SINGKATAN TAKRIFAN PENGENALAN Tujuan, Latar Belakang, Matlamat dan Objektif Prinsip Panduan Memacu Pembaharuan Melalui Inovasi Inovasi Sektor Awam: Satu Perjalanan Yang Berterusan Kepentingan Inovasi Konsep Kreativiti, Inovasi dan Penciptaan PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Melestarikan Inovasi Sebagai Budaya Kerja Keberhasilan Utama Ekosistem Inovasi Sektor Awam Peranan Inovasi Sektor Awam Peranan Ejen Penggerak TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM Struktur Jawatankuasa Pemantauan dan Penilaian Pengiktirafan Platform Perkongsian Inovasi Pengembangan dan Penskalaan Inovasi PENUTUP PERTANYAAN 1 - 28 i ii iii - iv 1 - 6 1 2 3 4 5 6 7 - 19 7 8 9 10 - 15 16 - 19 20 - 26 20 - 22 23 24 25 26 27 28 PERKARA MUKA SURAT KANDUNGAN
14
JABATAN PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERDANA MENTERI 2026 PANDUAN PELAKSANAAN PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM SURAT PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2026 LAMPIRAN A KERAJAAN MALAYSIA
SENARAI RAJAH RAJAH TAJUK Evolusi Inovasi Sektor Awam Ekosistem Inovasi Sektor Awam Peranan Inovasi Sektor Awam Tadbir Urus Inovasi Sektor Awam Proses Pengembangan dan Penskalaan Hasil Inovasi Sektor Awam Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3 Rajah 4 Rajah 5 MUKA SURAT 4 9 10 21 26 i
AIPSA ARPA AI GII HISA INTAN IoT IP JPA JPI KIK KMK KPPA MAMPU R&D SDG SPPSA Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence) Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index) Hab Inovasi Sektor Awam Institut Tadbiran Awam Negara Internet of Things Harta Intelek (Intellectual Property) Jabatan Perkhidmatan Awam Jawatankuasa Pemandu Inovasi Kumpulan Inovatif dan Kreatif Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia Penyelidikan dan Pembangunan (Research and Development) Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals) Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam AKRONIM/SINGKATAN ii
TAKRIFAN Bagi maksud pemakaian Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam Bilangan 1 Tahun 2026 mengenai Pembudayaan Inovasi Sektor Awam, takrifan yang berikut diguna pakai: Agensi Pelaksana merupakan semua agensi Kerajaan yang melaksanakan inovasi di peringkat organisasi. Agensi Penggerak merrupakan agensi yang menyumbang kepada pembangunan inovasi sektor awam melalui sokongan kepakaran teknikal, pembangunan kapasiti, kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D), pembiayaan serta sokongan pengembangan dan penskalaan inovasi. Antara agensi penggerak termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Kementerian Ekonomi, Kementerian Kewangan, Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan lain-lain agensi yang dikenal pasti dari semasa ke semasa. Duta Inovasi ialah individu yang memiliki kepakaran berkaitan inovasi dan berperanan sebagai pakar rujuk di peringkat organisasi. Individu atau sekumpulan individu yang berperanan memudah cara atau menyokong pelaksanaan inovasi di peringkat agensi sektor awam melalui bimbingan, perkongsian kepakaran serta pelaksanaan projek inovasi ke arah penyelarasan pelaksanaan inovasi yang lebih sistematik dan berkesan. Kesan daripada pelaksanaan projek IdeaSA atau projek Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) dalam tempoh jangka masa panjang. Hasil yang diperoleh daripada pelaksanaan projek inovasi IdeaSA atau projek inovasi KIK dalam jangka masa pendek. Agensi Peneraju merupakan agensi yang memacu tadbir urus dalam ekosistem inovasi. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan Agensi Peneraju dalam ekosistem inovasi sektor awam. Agensi Pelaksana Agensi Peneraju Agensi Penggerak Duta Inovasi Ejen Penggerak Inovasi Impak Keberhasilan iii Agensi Sektor Awam ialah agensi yang mempunyai perjawatan berdasarkan skim perkhidmatan sektor awam serta berpandukan takrifan Kementerian, Jabatan, Perbadanan, Perbadanan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan. Agensi Sektor Awam
Sekumpulan individu yang mempunyai kepakaran dan pengalaman dalam bidang inovasi, teknologi, pengurusan atau bidang berkaitan yang dilantik bagi memberi khidmat nasihat, bimbingan teknikal serta pandangan strategik dalam pembangunan, pelaksanaan dan penskalaan inovasi sektor awam. Individu yang dilantik menjadi panel penilai bagi Pertandingan Inovasi IdeaSA yang dianjurkan oleh agensi sektor awam. Individu yang dilantik menjadi Panel Penilai bagi Pertandingan KIK yang dianjurkan oleh agensi sektor awam. Panel Penilai KIK hendaklah diperakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Pengurus Inovasi ialah individu yang mengurus inovasi di peringkat agensi sektor awam. Pertandingan inovasi merangkumi dua peringkat, iaitu Pertandingan IdeaSA dan Pertandingan KIK. Projek IdeaSA ialah projek inovasi yang merangkumi fasa penjanaan idea sehingga penghasilan prototaip. Projek KIK ialah projek inovasi yang telah mencapai fasa produk akhir dan telah dilaksanakan di lapangan serta boleh diukur tahap keberhasilannya. Kumpulan Pakar Inovasi Panel Penilai IdeaSA Panel Penilai KIK Pengurus Inovasi Pertandingan Inovasi Projek IdeaSA Projek KIK TAKRIFAN vi Sekumpulan kakitangan yang membentuk satu kumpulan bagi mengenal pasti dan menganalisis masalah yang wujud dalam organisasi dan mengemukakan cadangan penyelesaian untuk pertimbangan pihak pengurusan. Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK)
Dalam mendepani cabaran seperti kekangan fiskal dan kepesatan teknologi, inovasi kini menjadi pemacu utama usaha pembaharuan tadbiran dan reformasi budaya kerja selaras dengan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Inovasi berperanan memperkasakan penjawat awam sebagai inovator untuk menghasilkan penyelesaian yang mampu mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Ke hadapan, fokus inovasi perlu beralih kepada pencapaian keberhasilan melalui integrasi teknologi digital dan automasi dalam menyelesaikan isu sistemik yang kompleks. Pendekatan secara silo perlu digantikan dengan kerjasama rentas agensi yang lebih kolaboratif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara. Membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat. Surat Pekeliling ini bertujuan menjelaskan panduan pelaksanaan Pembudayaan Inovasi Sektor Awam untuk dijadikan rujukan utama oleh agensi dalam membangunkan ekosistem inovasi yang holistik dan kondusif bagi memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. LATAR BELAKANG TUJUAN MATLAMAT Pembudayaan Inovasi Sektor Awam menyasarkan tiga objektif utama seperti berikut: OBJEKTIF Memantapkan ekosistem inovasi sektor awam dengan mengintegrasikan peranan semua agensi. Membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan agensi kepada rakyat. Memperkasakan transformasi inovasi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. 1. PENGENALAN 1
Holistik Prinsip holistik menuntut agensi untuk tidak melihat inovasi secara terpencil, sebaliknya mengintegrasikan semua aspek sumber manusia, kewangan, teknologi, proses kerja, perundangan dan lain-lain secara menyeluruh dan bersepadu. Melalui perspektif menyeluruh ini, sebarang bentuk pembaharuan yang diperkenalkan akan lebih berdaya tahan, mampan, dan mampu menangani punca masalah secara mendalam, bukannya sekadar menyelesaikan simptom di peringkat permukaan masalah. Tanggungjawab Bersama Ekosistem kolaboratif dan akauntabiliti kejayaan transformasi sektor awam tidak lagi terletak pada bahu sesebuah agensi secara bersendirian, tetapi bergantung kepada penglibatan aktif semua pihak dalam ekosistem. Prinsip Tanggungjawab Bersama menekankan kepentingan kolaborasi rentas agensi, sektor swasta, dan pihak berkepentingan dalam memacu agenda inovasi. Dengan berkongsi kepakaran, sumber, dan risiko, setiap aktor dalam ekosistem ini memikul amanah untuk memastikan setiap inisiatif inovasi mencapai objektif nasional, sekali gus menghapuskan budaya kerja secara silo. Perkhidmatan Berteraskan Rakyat Keutamaan tertinggi dalam setiap inisiatif pembaharuan melalui inovasi hendaklah menjurus kepada penghasilan nilai tambah yang signifikan kepada pelanggan akhir. Prinsip Perkhidmatan Berteraskan Rakyat mewajibkan agensi untuk menggunakan pendekatan empati dalam memahami denyut nadi dan ekspektasi rakyat. Setiap inovasi yang dibangunkan perlu bersifat inklusif, mudah dicapai, dan mendatangkan impak nyata terhadap kesejahteraan masyarakat. Dengan meletakkan rakyat di tengahtengah reka bentuk perkhidmatan, sektor awam dapat memastikan penyampaian perkhidmatan kekal relevan dan responsif terhadap dinamika perubahan zaman. PRINSIP PANDUAN 1. PENGENALAN 2
1. PENGENALAN MEMACU PEMBAHARUAN MELALUI INOVASI Inovasi merupakan pemacu utama kepada pembaharuan sektor awam dalam menghadapi cabaran dunia yang semakin kompleks dan dinamik. Perkembangan teknologi, ketidaktentuan ekonomi global serta peningkatan ekspektasi rakyat terhadap kualiti perkhidmatan kerajaan menuntut sektor awam untuk menjadi lebih tangkas, responsif dan berorientasikan penyelesaian. Dalam konteks ini, inovasi bukan lagi sekadar aktiviti tambahan dalam organisasi, tetapi perlu dibudayakan sebagai cara kerja sektor awam bagi menghasilkan penyelesaian baharu yang lebih kreatif, cekap dan berimpak tinggi. Sehubungan dengan itu, Surat Pekeliling Pembaharuan Sektor Awam Bilangan 1 Tahun 2026: Pembudayaan Inovasi Sektor Awam diperkenalkan bagi memperkukuh pembudayaan inovasi sektor awam melalui pembangunan ekosistem inovasi yang lebih holistik, kolaboratif dan berterusan. 3
Rajah 1: Evolusi Inovasi Sektor Awam Inovasi sektor awam di Malaysia bermula dengan penubuhan Kumpulan Meningkatkan Mutu Kerja (KMK) yang memberi fokus kepada penambahbaikan proses kerja di peringkat organisasi. Usaha ini kemudiannya diperkukuh melalui pelaksanaan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) serta pendekatan Horizon Baharu KIK yang memperluas skop inovasi kepada pembangunan produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang lebih inovatif. Selari dengan perkembangan ini, pelbagai inisiatif pembudayaan inovasi telah dilaksanakan termasuk penganjuran Hari Inovasi, Hub Inovasi Sektor Awam (HISA) sebagai platform perkongsian serta pengenalan pelbagai anugerah inovasi di peringkat sektor awam. Kajian dan usaha penambahbaikan berterusan turut dilaksanakan bagi memastikan ekosistem inovasi sektor awam dan pendekatan yang digunakan kekal relevan dengan keperluan semasa. Perkembangan ini telah meletakkan asas kepada pembentukan ekosistem inovasi sektor awam yang lebih menyeluruh, sistematik dan berimpak tinggi, selaras dengan agenda pembaharuan tadbiran sektor awam dalam meningkatkan kecekapan, keberkesanan serta penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. INOVASI SEKTOR AWAM: SATU PERJALANAN YANG BERTERUSAN 1. PENGENALAN 4
Berpaksikan Rakyat Meningkatkan Kecekapan Memperkukuh Keberkesanan Mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan kecekapan proses kerja. Menambah baik kualiti penyampaian perkhidmatan kepada rakyat. Memastikan perkhidmatan kerajaan responsif kepada keperluan rakyat. Inovasi membantu sektor awam menangani cabaran kompleks seperti kekangan fiskal, perubahan teknologi dan peningkatan jangkaan rakyat terhadap kualiti perkhidmatan kerajaan. Melalui pendekatan inovatif, penjawat awam dapat menghasilkan penyelesaian baharu yang bukan sahaja meningkatkan prestasi organisasi, tetapi juga memberi nilai tambah kepada masyarakat dan negara. KEPENTINGAN INOVASI 1. PENGENALAN 5
Penciptaan Kreativiti Inovasi Kreativiti secara umum ialah kebolehan atau keupayaan untuk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu serta unik dalam menyelesaikan masalah dan menambah baik keperluan semasa. Dalam konteks sektor awam, kreativiti bermaksud keupayaan berfikir secara kritis dan analitikal bagi menterjemahkan idea yang memberi manfaat kepada rakyat. Inovasi secara umum ialah pengenalan atau penambahbaikan sesuatu idea, produk, perkhidmatan atau proses yang baharu atau ditambah baik yang menghasilkan nilai tambah, meningkatkan kecekapan serta memperbaiki hasil atau impak. Dalam konteks sektor awam, inovasi merujuk penyelesaian baharu atau penambahbaikan melalui idea, produk, perkhidmatan atau proses yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada keadaan sedia ada bagi meningkatkan kecekapan agensi dan seterusnya menyampaikan keberhasilan yang lebih baik kepada rakyat. Penciptaan secara umum ialah produk, kaedah, komposisi, proses dan sistem yang unik dan baharu yang belum pernah wujud sebelum ini. Penciptaan dalam konteks sektor awam membawa maksud pengenalan atau pewujudan produk, perkhidmatan atau proses yang memberi manfaat nyata dan nilai tambah kepada rakyat yang mempunyai elemen baharu (novelty), langkah mereka cipta (inventive steps) dan nilai komersial. 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM KONSEP KREATIVITI, INOVASI DAN PENCIPTAAN 6
Pembudayaan inovasi sektor awam merujuk usaha berterusan untuk menjadikan inovasi sebagai norma, amalan dan budaya kerja dalam agensi kerajaan. Selari dengan Reformasi Budaya Kerja di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA), pendekatan ini melibatkan pembangunan persekitaran kerja yang menggalakkan idea baharu, eksperimen penyelesaian serta kolaborasi bagi menghasilkan inovasi yang memberi impak kepada penyampaian perkhidmatan awam. 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Pembudayaan inovasi bukan sekadar memenuhi tuntutan prosedur, sebaliknya ia adalah manifestasi perubahan tingkah laku dan pemikiran penjawat awam dalam mendepani cabaran yang dinamik. Usaha ini melibatkan tindakan-tindakan untuk melestarikan inovasi sebagai norma dan cara kerja agensi sektor awam. MELESTARIKAN INOVASI SEBAGAI BUDAYA KERJA Pembudayaan inovasi sektor awam turut menyokong agenda dan aspirasi global dan nasional yang meletakkan inovasi sebagai pemacu perubahan seperti Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals - SDG), Indeks Inovasi Global (Global Innovation Index - GII), Rancangan Malaysia, Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan dan ARPA. 7
Pelaksanaan Pembudayaan Inovasi Sektor Awam digerakkan bagi memastikan setiap inisiatif inovasi memberi impak yang jelas kepada organisasi serta rakyat. Melalui ekosistem inovasi yang bersepadu, tiga keberhasilan utama yang ingin dicapai ialah peningkatan kecekapan, keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Inovasi membantu sektor awam meningkatkan kecekapan organisasi melalui penambahbaikan proses kerja, pengurangan birokrasi serta penggunaan sumber yang lebih optimum. Pendekatan ini membolehkan perkhidmatan kerajaan disampaikan dengan lebih pantas, mudah dan menjimatkan kos. Melalui inovasi, agensi sektor awam dapat menghasilkan penyelesaian yang lebih berkesan dalam menangani cabaran pentadbiran serta isu masyarakat yang kompleks. Inovasi membolehkan organisasi menghasilkan hasil yang lebih berkualiti serta meningkatkan prestasi penyampaian perkhidmatan awam. Inovasi sektor awam memberi tumpuan terhadap keperluan dan pengalaman rakyat sebagai pengguna utama perkhidmatan kerajaan. Pendekatan ini memastikan setiap inovasi yang dibangunkan memberi manfaat langsung kepada rakyat melalui peningkatan akses, kemudahan serta kualiti perkhidmatan awam. Kecekapan Keberkesanan Berpaksikan Rakyat 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM KEBERHASILAN UTAMA 8
Ekosistem Inovasi Sektor Awam dibangunkan sebagai satu kompas strategik yang menyatukan hala tuju, pendekatan dan peranan semua agensi sektor awam dalam sebuah ekosistem inovasi yang holistik. Ekosistem ini menetapkan matlamat untuk membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan awam bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat. Ekosistem inovasi sektor awam berfungsi sebagai pemangkin kepada pembaharuan tadbir urus dan peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan melalui penggemblengan keupayaan, pengetahuan dan kemahiran secara kolaboratif merentas individu, entiti dan struktur organisasi. Pengukuhan ekosistem ini menuntut pelaksanaan peranan inovasi yang jelas dan saling melengkapi serta sumber negara diuruskan secara efisien bagi memastikan inovasi bukan sahaja dihasilkan, malah dapat dilaksanakan, dikembangkan dan memberi impak kepada rakyat dan negara. Ekosistem ini menekankan kepentingan lima peranan inovasi oleh semua agensi sektor awam selaku Agensi Pelaksana dengan disokong peranan oleh Agensi Penggerak dan Agensi Peneraju. Ekosistem ini juga memfokuskan kepada peranan Ejen Penggerak Inovasi, pemantapan elemen tadbir urus dan penskalaan hasil inovasi bagi memastikan inovasi dapat dihasilkan, dilaksanakan dan dikembangkan dengan secara lebih mampan dan berkesan. Keupayaan ekosistem inovasi untuk berfungsi secara optimum bergantung kepada keselarasan peranan setiap agensi mengikut mandat, bidang kuasa dan kepakaran masing-masing dalam menangani isu rakyat yang semakin kompleks. EKOSISTEM INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Pembangunan Ekosistem dan Kepentingan Peranan Utama Inovasi Rajah 2: Ekosistem Inovasi Sektor Awam 9
Ekosistem inovasi sektor awam digerakkan melalui lima peranan utama inovasi yang saling melengkapi dalam kalangan agensi sektor awam selaku agensi pelaksana. Kelima-lima peranan utama inovasi tersebut ialah Penyepadu, Penghubung, Penggerak, Pendaya dan Inovator sebagai pendekatan strategik bagi membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan. PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM Penyepadu: Memantapkan tadbir urus inovasi agensi melalui penetapan hala tuju dan agenda inovasi, pemantauan dan komitmen pengurusan. Penghubung: Menghubungkan aktor dalam ekosistem inovasi sektor awam untuk berkongsi sumber pengetahuan, kepakaran dan sumber. Pendaya: Menyediakan sumber, sokongan dan kemudahan yang membolehkan inovasi dilaksanakan dengan berkesan. Penggerak: Menyediakan insentif, ganjaran dan pengiktirafan sebagai galakan kepada inovator. Inovator: Menghasilkan penyelesaian baharu melalui penciptaan atau penambahbaikan produk, proses dan perkhidmatan. Rajah 3: Peranan Inovasi Sektor Awam 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 10
Peranan Penyepadu: Memantapkan Tadbir Urus Inovasi Penyepadu berperanan menetapkan hala tuju strategik serta menyelaras tadbir urus inovasi merentas seluruh organisasi bagi memastikan pelaksanaan yang tersusun, bersepadu dan berimpak. PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 1 Penubuhan Unit Inovasi Penubuhan Jawatankuasa Komitmen Pengurusan Pemantauan dan Pelaporan Unit Inovasi di kementerian atau agensi hendaklah diketuai oleh Ketua Unit Inovasi yang mempunyai kompetensi bersesuaian sebagai Pengurus Inovasi dan unit tersebut hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang pegawai. Unit ini berperanan sebagai pusat rujukan inovasi, mengurus tadbir jawatankuasa inovasi, merancang dan menyelaras program serta projek inovasi (termasuk KIK), mengurus penyertaan pertandingan, memudah cara penskalaan inovasi, memantau pelaksanaan di semua peringkat serta menyediakan laporan tahunan pengurusan inovasi kementerian/agensi. Penubuhan unit tersebut perlu dilaksanakan dengan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PB 3.1 – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, iaitu tiada perjawatan baharu diwujudkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tidak melibatkan pertambahan implikasi kewangan. Aspek perjawatan bagi Unit Inovasi ini akan diperincikan secara berasingan melalui garis panduan berkenaan. Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JPI) atau platform setara bagi membincangkan agenda inovasi agensi hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha/ Setiausaha Kerajaan Negeri/ Ketua Jabatan, dengan keanggotaan terdiri daripada pegawai kanan dan kuorum minimum lima orang. Jawatankuasa ini berperanan merancang dan memantau pelaksanaan inovasi, menetapkan amalan dan proses, memberi pengiktirafan, mempromosi serta berkongsi inovasi, memperaku laporan tahunan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan mengenal pasti inovasi berpotensi untuk fasa pengembangan. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Komitmen pengurusan diterjemahkan dengan menetapkan hala tuju inovasi dalam pelan strategik, mewujudkan struktur tadbir urus yang jelas, menyediakan peruntukan, serta memberi pengiktirafan dan galakan kepada warga agensi. Semua agensi hendaklah melaksanakan pemantauan keberkesanan pengurusan inovasi berdasarkan kriteria ditetapkan. Laporan tahunan pengurusan inovasi agensi hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada JPA selewatlewatnya pada 31 Januari tahun berikutnya. Pengukuhan Pengurusan Inovasi Agensi Semua agensi hendaklah memastikan pengurusan inovasi diperkukuh dan ditambah baik merangkumi tadbir urus, proses, keupayaan modal insan dan mekanisme sokongan bagi memastikan inovasi dilaksanakan secara terancang dan berkesan. 11
Penghubung berperanan menghubungkan pelbagai pihak melalui kerjasama strategik, perkongsian pengetahuan dan sumber serta pemindahan kepakaran bagi mempercepat pembangunan, pengembangan dan penskalaan hasil inovasi. Peranan Penghubung: Memperkukuh Persekitaran Inovasi PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Sinergi Strategik Antara Agensi Agensi digalakkan untuk memperkukuh sinergi strategik melalui kerjasama merentas agensi serta dengan institusi pengajian tinggi, industri dan rakan strategik lain bagi mempercepat pembangunan dan pelaksanaan inovasi. Pendekatan kolaboratif ini membolehkan perkongsian kepakaran, data, teknologi dan sumber secara optimum, seterusnya mengurangkan pertindihan, meningkatkan kecekapan serta memperluas pengembangan dan penskalaan inovasi. Organisasi Berpembelajaran Setiap agensi hendaklah membudayakan organisasi berpembelajaran dengan menyediakan persekitaran kerja yang menggalakkan pembelajaran berterusan, perkongsian ilmu dan percambahan idea bagi menyokong penghasilan serta kelestarian inovasi. Agensi digalakkan membangunkan repositori pengetahuan inovasi yang merangkumi amalan terbaik, pembelajaran daripada projek serta hasil inovasi sebagai rujukan bersama, di samping menyediakan akses kepada pelbagai pendekatan pembelajaran seperti e-learning, pembelajaran kendiri dan perkongsian dalaman. Pelaksanaan Pelbagai Inisiatif Inovasi Agensi hendaklah mempergiat pelaksanaan inisiatif inovasi secara berterusan bagi membudayakan inovasi dan mencetus idea bernilai tinggi dalam kalangan warga. Antara inisiatif utama termasuk penganjuran Hari Inovasi (dalam bulan Oktober), pewujudan Bank Idea sebagai platform pengumpulan idea, serta pelaksanaan program kesedaran dan promosi secara aktif. Pendekatan ini akan meningkatkan penglibatan warga, mempercepat penghasilan penyelesaian kreatif dan memacu inovasi berimpak tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam. Perkongsian amalan terbaik merupakan usaha penyebaran ilmu dan pemindahan pengetahuan melalui perkongsian pengalaman, pendekatan dan kaedah inovasi yang terbukti berkesan antara agensi. Agensi digalakkan melaksanakannya secara berkala melalui pelbagai platform seperti pembentangan, forum, webinar atau sesi dialog bagi memperluas pemahaman, merangsang idea baharu serta menyokong pengembangan inovasi merentasi agensi secara lebih tersusun dan berimpak. Perkongsian Amalan Terbaik Inovasi 2 12
Pendaya berperanan menyediakan sokongan menyeluruh termasuk sumber manusia, kewangan, teknologi dan kemudahan bagi memastikan inovasi dapat dilaksanakan secara berkesan dan mampan. Peranan Pendaya: Menyediakan Sokongan Sumber Inovasi PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Pembangunan Modal Insan Pembangunan modal insan merupakan antara komponen penting dalam melahirkan warga yang mahir dan kompeten dalam bidang inovasi. Pengetahuan, kemahiran dan kompetensi baharu berkaitan inovasi dalam kalangan warga organisasi, pengurus inovasi dan panel penilai hendaklah sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan terkini. Peruntukan Kewangan Peruntukan kewangan merupakan elemen penting bagi menyokong pelaksanaan, pembangunan dan pengembangan inovasi di agensi. Sehubungan itu, agensi hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada peruntukan latihan tahunan bagi tujuan inovasi, di samping proaktif mengenal pasti sumber dana tambahan. JPA bersama agensi penggerak berkaitan juga akan terus mengusahakan sokongan kewangan bagi memperkukuh pencapaian inovasi sektor awam. Keupayaan Teknologi Keupayaan teknologi merujuk kebolehan agensi memanfaatkan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), Blok Rantai (Blockchain), Internet Benda (Internet of Things - IoT) dan analisis data dalam pembangunan inovasi. Agensi hendaklah mempertingkat keupayaan teknologi serta literasi digital warga, khususnya inovator, bagi memastikan teknologi digunakan secara optimum dalam menghasilkan inovasi yang relevan, berimpak dan selari dengan keperluan semasa. Kemudahan inovasi membawa maksud penyediaan infrastruktur fizikal, digital dan teknologi bagi menyokong pembangunan inovasi secara berterusan. Agensi hendaklah menyediakan kemudahan seperti ruang inovasi dan platform kolaborasi digital bagi membolehkan inovator menghasilkan penyelesaian kreatif, meningkatkan kecekapan serta memperkukuh pembudayaan inovasi yang berimpak. Kemudahan Masa merupakan aspek penting yang perlu diperuntukkan bagi membolehkan setiap inovator untuk berdaya cipta. Ketua Jabatan hendaklah memperuntukkan tempoh masa yang bersesuaian kepada inovator dalam tempoh waktu bekerja dengan mengambil kira beban tugasan hakiki bagi melaksanakan aktiviti berkaitan inovasi. Peruntukan Masa 3 13
Penggerak bertindak sebagai pemangkin budaya inovasi melalui galakan, pengiktirafan dan penglibatan aktif warga organisasi dalam menghasilkan idea dan penyelesaian baharu. Peranan Penggerak: Meningkatkan Keupayaan Inovasi 4 PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Pengiktirafan Pengiktirafan adalah perakuan keberkesanan sesuatu projek inovasi. Agensi perlu memberi pengiktirafan kepada inovator yang bergiat aktif serta berjaya menghasilkan sesuatu projek inovasi. Antara bentuk pengiktirafan yang boleh diberikan adalah: 1.pemenang-pemenang pertandingan IdeaSA dan KIK di peringkat agensi boleh dipertimbangkan untuk bertanding dalam mana-mana pertandingan di peringkat sektor awam atau antarabangsa; 2.penganugerahan Tokoh atau Ikon Inovasi; 3.penganjuran majlis pengiktirafan IdeaSA dan KIK; atau 4.lain-lain bentuk penganugerahan dan pengiktirafan yang bersesuaian. 14 Penghargaan merupakan insentif yang diberikan kepada inovator dan pihak lain yang terlibat sama ada dalam bentuk kewangan atau bukan kewangan. Agensi boleh memberikan pelbagai bentuk penghargaan kepada inovator, antaranya termasuklah: 1.hadiah dalam bentuk wang tunai berdasarkan pekeliling yang berkuat kuasa; 2.piala atau trofi berdasarkan pekeliling yang berkuat kuasa; 3.pemberian surat penghargaan, sijil penghargaan atau cenderamata; 4.pertimbangan dan keutamaan dalam pencalonan penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri; 5.pertimbangan dan keutamaan dalam pencalonan lawatan sambil belajar, kursus atau latihan atau program peminjaman berkaitan inovasi dalam atau luar negara; 6.pertimbangan sebagai salah satu kriteria penilaian prestasi tahunan dan kenaikan pangkat; 7.pertimbangan dan keutamaan dalam pencalonan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang atau Pingat Perkhidmatan Cemerlang; 8.pertimbangan untuk usaha pengembangan dan penskalaan hasil inovasi; 9.hebahan kejayaan inovator dalam buletin, e-mel, laman web, papan kenyataan dan platform-platform lain; atau 10.lain-lain bentuk penghargaan yang bersesuaian. Penghargaan
Inovator berperanan menerajui pembangunan dan pelaksanaan inovasi melalui pendekatan sistematik bagi menghasilkan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan. Peranan Inovator: Menyemarakkan Budaya Inovasi 5 PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 15 Kapasiti Inovator Inovator di agensi hendaklah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan inovasi serta mempunyai minda inovatif, berani mengambil risiko dan mengamalkan pendekatan kolaboratif. Agensi perlu membudayakan inovasi melalui eksperimentasi dan penambahbaikan berterusan, termasuk memastikan inovator mengikuti latihan yang ditetapkan oleh JPA dan INTAN, agar inovasi yang dihasilkan dapat memberi nilai tambah kepada organisasi dan pelanggan. Pelaksanaan Projek Inovasi Inovator boleh melaksanakan projek inovasi mengikut pendekatan yang bersesuaian seperti Projek IdeaSA atau Projek KIK, serta digalakkan mengaplikasikan pendekatan Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja, Pengurusan Perubahan dan Pengurusan Risiko bagi memastikan pelaksanaan inovasi yang lebih berkesan dan mampan. Perincian berkaitan pendekatan, kaedah pelaksanaan dan panduan teknikal projek inovasi akan diperjelas dalam Instrumen Operasi yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pengembangan dan penskalaan projek inovasi merupakan fasa memperluas impak inovasi agar manfaatnya dapat dinikmati secara lebih meluas. Agensi hendaklah menyokong inovator dalam memulakan langkah pengembangan dan penskalaan termasuk memanfaatkan pendekatan seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan, replikasi, pengkomersialan dan pendaftaran harta intelek, bagi memastikan inovasi yang dihasilkan lebih berkualiti, berdaya saing dan memberi nilai kepada rakyat. Perincian berkaitan pendekatan, kaedah pelaksanaan dan panduan teknikal akan diperjelas dalam Instrumen Operasi yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pengembangan dan Penskalaan Projek Inovasi
EJEN PENGGERAK INOVASI Pelaksanaan inovasi sektor awam turut digerakkan melalui penglibatan pelbagai Ejen Penggerak Inovasi yang berperanan sebagai pemangkin pembudayaan inovasi dalam organisasi. Ejen Penggerak ini memainkan peranan kritikal dalam menggalakkan usaha-usaha pembudayaan inovasi di agensi. Ejen penggerak inovasi ini memainkan peranan penting dalam menggalakkan penghasilan idea baharu serta pembangunan projek inovasi dalam organisasi. Duta Inovasi Pengurus Inovasi Panel Penilai Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kumpulan Pakar Inovasi Antara Ejen Penggerak Inovasi Sektor Awam ialah: 1 2 3 4 5 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 16
DUTA INOVASI Duta Inovasi ialah individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang inovasi serta kepakaran teknikal agensi, yang memimpin dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan inovasi di peringkat agensi. Duta Inovasi berperanan sebagai individu rujukan bagi hal ehwal inovasi di agensi, termasuk memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan sokongan pelaksanaan. Duta Inovasi juga bertindak sebagai fasilitator kepada inovator dalam proses pembangunan, penghasilan dan pengembangan projek inovasi agar dilaksanakan secara lebih sistematik dan konsisten. JPA berperanan mengenal pasti dan melantik Duta Inovasi dari semasa ke semasa bagi memperkukuh keupayaan inovasi agensi serta meningkatkan kualiti pelaksanaan inovasi sektor awam. Bagi memastikan keberkesanan peranan ini, JPA akan menyelaras pembangunan kompetensi Duta Inovasi melalui program latihan, bimbingan dan pengukuhan kemahiran secara berstruktur. Pelantikan Duta Inovasi ini turut membolehkan kepakaran dan pengalaman dimanfaatkan secara silang guna merentas kementerian dan jabatan, khususnya bagi tujuan perkongsian pengetahuan, pemindahan kepakaran, dan sokongan teknikal dalam pelaksanaan serta pengembangan dan penskalaan inovasi untuk manfaat bersama. Agensi hendaklah memastikan Pengurus Inovasi dilengkapkan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan yang bersesuaian merangkumi kursus pengurusan inovasi selain turut melengkapkan diri dengan kursus pemikiran kreatif, kaedah dan teknik penghasilan projek, pengembangan projek, penyediaan dokumentasi, pembentangan projek dan penggunaan alatan multimedia agar dapat membantu pengurusan inovasi secara lebih berkesan. Bagi tujuan ini, agensi hendaklah merujuk senarai kursus atau latihan yang ditetapkan oleh JPA melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dari semasa ke semasa. PENGURUS INOVASI Pengurus Inovasi ialah pegawai yang dilantik oleh agensi yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan inovasi termasuk merancang, menyelaras, memudah cara dan memantau pelaksanaan inisiatif inovasi agensi selaras dengan hala tuju inovasi sektor awam. Pengurus Inovasi berperanan memastikan pengurusan inovasi dilaksanakan secara sistematik, berstruktur dan berfokuskan keberhasilan. EJEN PENGGERAK INOVASI 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 17
PANEL PENILAI Panel Penilai ialah individu yang dilantik bagi melaksanakan penilaian terhadap projek inovasi secara objektif, telus dan berasaskan piawaian yang ditetapkan. Panel ini berperanan memastikan kualiti, keberkesanan dan impak inovasi yang dihasilkan memenuhi kriteria penilaian serta menyokong pemilihan inovasi yang berpotensi untuk diperluas dan memberi nilai tambah kepada organisasi, sektor awam dan rakyat. Kumpulan Panel Penilai yang berkualiti adalah penting bagi menjamin kewibawaan dan kualiti penilaian yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Dalam hal ini, kemahiran dan kompetensi Panel Penilai adalah berdasarkan kepada set piawaian yang ditetapkan oleh JPA dari semasa ke semasa. Panel Penilai terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu Panel Penilai IdeaSA dan KIK. Panel Penilai Pertandingan Idea Inovasi (IdeaSA) Individu yang dilantik menjadi Panel Penilai bagi pertandingan inovasi IdeaSA yang dianjurkan oleh agensi sektor awam. Agensi hendaklah melantik Panel Penilai yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang bersesuaian dalam bidang berkaitan. Panel Penilai Pertandingan KIK Individu yang dilantik menjadi panel penilai bagi pertandingan KIK yang dianjurkan oleh agensi sektor awam. Agensi hendaklah melantik Panel Penilai yang berpengalaman dan diperaku serta berdaftar dengan INTAN. Langkah ini bagi memastikan kompetensi Panel Penilai sentiasa meningkat dan relevan dengan keperluan dan perkembangan terkini. EJEN PENGGERAK INOVASI 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 18
KUMPULAN INOVATIF DAN KREATIF (KIK) KIK merupakan sekumpulan pegawai atau kakitangan dalam sesebuah agensi yang bekerjasama secara sistematik untuk mengenal pasti isu atau masalah dalam organisasi serta membangunkan dan melaksanakan penyelesaian inovatif bagi menambah baik proses kerja, produk atau penyampaian perkhidmatan. KIK berperanan sebagai platform utama pembudayaan inovasi di peringkat operasi dengan menggalakkan penglibatan aktif warga agensi melalui pendekatan kerja berpasukan, penggunaan kaedah dan teknik penyelesaian masalah serta pelaksanaan projek inovasi yang memberi impak kepada kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan awam. KUMPULAN PAKAR INOVASI Kumpulan Pakar Inovasi merupakan sekumpulan kecil individu yang mempunyai kepakaran khusus dalam bidang inovasi atau bidang berkaitan yang dikenal pasti, diiktiraf dan dilantik oleh JPA. Kumpulan ini boleh terdiri daripada pakar dalam dan luar sektor awam termasuk industri, akademia, penyelidik dan pihak lain yang mempunyai kepakaran relevan. Kumpulan ini berperanan memberikan khidmat nasihat, bimbingan teknikal serta sokongan strategik kepada agensi pelaksana dalam pembangunan, penilaian dan pengembangan inovasi. Kumpulan Pakar Inovasi boleh digerakkan secara silang guna merentas kementerian dan agensi bagi memaksimumkan perkongsian kepakaran serta memperkukuh kualiti inovasi sektor awam, selaras dengan keperluan pembangunan inovasi yang berimpak tinggi. EJEN PENGGERAK INOVASI 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 19
Tadbir urus inovasi di peringkat sektor awam diperkukuh melalui pewujudan struktur jawatankuasa, pemantapan aspek pemantauan dan penilaian serta pengiktirafan. JPA selaku agensi pusat yang melaksanakan fungsi inovasi berperanan menerajui tadbir urus inovasi di peringkat sektor awam. Tadbir urus ini diwujudkan bagi memastikan inovasi dilaksanakan secara sistematik dan berkesan selaras dengan agenda pembaharuan sektor awam. PERINGKAT AGENSI Jawatankuasa Inovasi atau mana-mana Jawatankuasa Sedia Ada yang Bersesuaian di Peringkat Agensi Jawatankuasa Pemandu Inovasi atau mana-mana platform jawatankuasa sedia ada yang bersesuaian bagi membincangkan agenda inovasi agensi. Jawatankuasa ini ditubuhkan di peringkat agensi dan dipengerusikan oleh Ketua Jabatan bagi menetapkan hala tuju dan pelaksanaan agenda inovasi di peringkat agensi. PERINGKAT SEKTOR AWAM Jawatankuasa Inovasi Sektor Awam atau mana-mana Jawatankuasa Sedia Ada yang bersesuaian di Peringkat Sektor Awam Jawatankuasa ini ditubuhkan di peringkat sektor awam dan dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Jawatankuasa ini diurusetiakan oleh JPA bagi membangun, melaksanakan dan memantau pelaksanaan agenda inovasi oleh semua agensi sektor awam. Pelaporan dalam mana-mana platform Mesyuarat atau Jawatankuasa bersesuaian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN). PERINGKAT STRATEGIK STRUKTUR JAWATANKUASA 20 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM
JAWATANKUASA INOVASI DI PERINGKAT SEKTOR AWAM Keanggotaan jawatankuasa ini melibatkan Agensi Penggerak yang dikenal pasti dalam ekosistem inovasi sektor awam. Senarai keanggotaan jawatankuasa akan disemak dan dikemas kini berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh KPPA dan diurus setiakan oleh JPA. Bagi maksud menggerakkan jawatankuasa ini, JPA boleh menubuhkan jawatankuasa atau pasukan petugas (taskforce) baharu atau mengenal pasti jawatankuasa sedia ada yang bersesuaian bagi melaksanakan terma rujukan yang ditetapkan. Rajah 4: Tadbir Urus Inovasi Sektor Awam Menentukan dasar dan hala tuju inovasi sektor awam selari dengan agenda inovasi di peringkat nasional. Merancang dan membangunkan strategi pelaksanaan agenda inovasi sektor awam. Memantau keberkesanan pelaksanaan inovasi sektor awam. Memperakukan hasil atau produk inovasi sektor awam untuk fasa pengembangan (replikasi atau adaptasi, harta intelek, prapengkomersialan, dan lain-lain). Memudah cara inisiatif kerjasama atau kolaborasi antara pelbagai agensi peringkat tempatan dan antarabangsa. Melaporkan pelaksanaan pengurusan inovasi sektor awam kepada mana-mana jawatankuasa bersesuaian yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara. Melakukan apa-apa perkara yang disifatkan sesuai bagi membolehkan Jawatankuasa ini melaksanakan fungsinya secara lebih berkesan. i. ii. iii. iv. v. vi. vii. TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA INOVASI DI PERINGKAT SEKTOR AWAM Jawatankuasa di Peringkat Sektor Awam yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Pelaporan dalam mana-mana jawatankuasa/mesyuarat/platform yang bersesuaian di peringkat Ketua Setiausaha Negara Jawatankuasa Inovasi di Peringkat Agensi STRUKTUR JAWATANKUASA 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM 21
Jawatankuasa Inovasi di peringkat sektor awam ini hendaklah bersidang bagi melaksanakan fungsinya berdasarkan ketetapan seperti berikut: Mesyuarat diadakan sekurang-kurangnya sekali setahun; Sekiranya Pengerusi tidak hadir pada sesuatu mesyuarat Jawatankuasa, Pengerusi boleh melantik mana-mana ahli untuk mempengerusikan mesyuarat tersebut; dan Jawatankuasa ini boleh mengundang mana-mana individu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan. Walau bagaimanapun, individu tersebut tidak mempunyai hak untuk mengundi (penglibatan dalam sebarang proses pembuatan keputusan) dalam mana-mana mesyuarat. Kuorum mesyuarat hendaklah tidak kurang daripada lima ahli, terdiri daripada seorang pengerusi dan empat ahli tetap atau ahli ganti tetap; TERMA RUJUKAN JAWATANKUASA INOVASI DI PERINGKAT SEKTOR AWAM STRUKTUR JAWATANKUASA 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM 22
Bagi memastikan pembudayaan inovasi dilaksanakan secara berkesan, setiap agensi perlu melaksanakan pemantauan berkala terhadap pengurusan inovasi organisasi. Pemantauan ini bertujuan menilai sejauh mana inovasi telah menjadi sebahagian daripada budaya kerja organisasi serta memberi impak kepada penambahbaikan penyampaian perkhidmatan agensi. Penilaian keberkesanan inovasi dilaksanakan berdasarkan lima peranan utama inovasi sektor awam, iaitu: Pendekatan ini memastikan inovasi dinilai bukan sahaja berdasarkan projek yang dihasilkan, tetapi juga berdasarkan keupayaan organisasi membangunkan sebuah ekosistem inovasi yang mampan di peringkat agensi. Bagi memastikan semua agensi sektor awam melaksanakan dasar ini dengan berkesan, JPA akan memantau, menilai dan melaporkan keberkesanan pengurusan inovasi sektor awam secara tahunan kepada jawatankuasa di peringkat sektor awam. Kaedah dan kriteria penilaian pengurusan inovasi di peringkat agensi akan diperincikan dalam Instrumen Operasi yang dikeluarkan oleh JPA dari semasa ke semasa. Pengurusan inovasi juga merupakan salah satu sub elemen yang dinilai di bawah program penilaian prestasi organisasi yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui manamana program penilaian dan penarafan semasa. Penyepadu Penghubung Pendaya Penggerak Inovator 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM PEMANTAUAN DAN PENILAIAN 23
Pengiktirafan di peringkat sektor awam perlu diberikan kepada inovator sebagai tanda penghargaan atas sumbangan merancakkan inovasi sektor awam. Pengiktirafan juga menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada inovator untuk terus menghasilkan projek yang berimpak tinggi dan berdaya saing. JPA boleh menganjurkan pertandingan inovasi di peringkat sektor awam bagi mempertandingkan projek inovasi terbaik yang telah dikenal pasti di peringkat agensi. Projek-projek inovasi terbaik di peringkat sektor awam akan diraikan dalam program pengiktirafan anjuran JPA. Bagi maksud pelaksanaan pertandingan inovasi sektor awam, KPPA dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan sebarang pemakluman mengenai pelaksanaan pertandingan inovasi selaras dengan agenda inovasi negara dan dasar semasa kerajaan. Projek-projek inovasi yang telah menerima pengiktirafan di peringkat sektor awam adalah berpotensi dipertimbangkan untuk fasa pengembangan dan penskalaan tertakluk kepada dana dan peruntukan yang tersedia bagi tujuan tersebut. Dalam hal ini, JPA bersama-sama dengan Agensi Penggerak Inovasi yang lain akan melaksanakan penilaian wajar (due diligence) bagi mengenal pasti projek inovasi yang bersesuaian. PENGIKTIRAFAN 3: TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM 24
Platform perkongsian inovasi berfungsi sebagai platform bersepadu dan pusat sehenti yang menyokong pembangunan, pelaksanaan serta pengembangan inovasi di peringkat sektor awam secara sistematik dan kolaboratif. Platform ini menghimpunkan maklumat, kepakaran, sumber dan sokongan inovasi bagi membolehkan agensi merancang, melaksanakan dan menilai inisiatif inovasi secara lebih teratur dan berkesan. Sebagai pusat sehenti maklumat inovasi sektor awam, platform ini menyediakan repositori berpusat yang memuatkan maklumat berkaitan inisiatif dan hasil inovasi, termasuk inovasi yang diiktiraf atau memenangi anugerah, amalan terbaik serta pembelajaran utama, bagi memudahkan perkongsian pengetahuan merentas agensi. JPA berperanan menyelaras platform ini untuk mengenal pasti, menilai dan memanfaatkan hasil inovasi melalui replikasi, penyesuaian atau penskalaan di peringkat organisasi dan rentas agensi. Melalui pengumpulan dan analisis maklumat inovasi secara berstruktur, platform ini membolehkan inovasi berimpak tinggi dikenal pasti untuk diperluas pelaksanaannya, sekali gus mengurangkan pertindihan usaha dan mengoptimumkan penggunaan sumber. Platform ini juga memudahkan penyelarasan kerjasama strategik, sokongan pembangunan kapasiti, perlindungan harta intelek serta pembudayaan inovasi sebagai sebahagian daripada amalan kerja sektor awam. Maklumat pelaksanaan platform ini dikeluarkan oleh JPA melalui Instrumen Operasi yang dikemas kini dari semasa ke semasa. PLATFORM PERKONGSIAN INOVASI SEKTOR AWAM 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM 25
Pengembangan dan penskalaan hasil inovasi merupakan fasa dalam kitaran inovasi yang melibatkan usaha memperluas potensi dan impak sesuatu projek inovasi. Fasa ini penting bagi memastikan inovasi yang berpotensi tidak terhenti di peringkat pelaksanaan, sebaliknya dapat diperluaskan manfaatnya melalui replikasi, penyesuaian atau pengembangan kepada pihak berkepentingan yang lebih luas, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kecekapan, keberkesanan dan nilai kepada rakyat. Bagi tujuan tersebut, agensi digalakkan untuk membangunkan strategi khusus pengembangan projek inovasi agensi dengan memberikan tumpuan kepada aspek penyelidikan dan pembangunan (R&D) secara berterusan. R&D berupaya menambah baik kelemahan sesuatu projek inovasi secara lebih sistematik bagi menghasilkan produk yang lebih berkualiti dan berdaya saing untuk penskalaan selanjutnya. Agensi boleh memanfaatkan mana-mana kemudahan R&D atau Sandbox Inovasi yang tersedia. Agensi boleh melaksanakan proses pengembangan potensi projek inovasi melalui pendekatan replikasi, pengkomersialan, pendaftaran perlindungan hak harta intelek dan penyertaan dalam pertandingan antarabangsa. Tertakluk kepada ketersediaan peruntukan, JPA bersama-sama Agensi Penggerak yang lain boleh melaksanakan penilaian wajar (due dilligence) bagi mengenal pasti projek-projek inovasi yang berpotensi untuk fasa penskalaan berikutnya. JPA dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan maklumat lanjut berkaitan proses pengembangan dan penskalaan hasil inovasi melalui Instrumen Operasi di bawah Surat Pekeliling ini. PENGEMBANGAN DAN PENSKALAAN HASIL INOVASI 3. TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM Rajah 5: Proses Penskalaan Hasil Inovasi Sektor Awam Panel Penilai: JPA (Agensi Peneraju) Agensi Penggerak Inovasi yang Dikenal Pasti JPA MOSTI & MRANTI PEMFAILAN IP POTENSI PENGKOMERSIALAN PENGKOMERSIALAN PENJANAAN PENDAPATAN REPLIKASI BILANGAN REPLIKASI INOVASI PENINGKATAN KECEKAPAN & KEBERKESANAN PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN PENSKALAAN HASIL INOVASI SEKTOR AWAM 26
PENUTUP Pembudayaan Inovasi Sektor Awam merupakan komitmen kerajaan untuk menjadikan inovasi sebagai budaya kerja dalam kalangan agensi sektor awam. Melalui pewujudan ekosistem inovasi yang bersepadu, agensi sektor awam dapat menghasilkan penyelesaian yang lebih kreatif, responsif dan berimpak tinggi kepada rakyat. Pendekatan ini juga memperkukuh agenda pembaharuan tadbiran sektor awam ke arah sistem pentadbiran yang lebih tangkas, bersepadu dan berpaksikan rakyat. 27
PERTANYAAN Sebarang penjelasan lanjut berkaitan Surat Pekeliling ini boleh dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam dan disalurkan melalui emel berikut: inovasisektorawam@jpa.gov.my 28
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy