Holistik Prinsip holistik menuntut agensi untuk tidak melihat inovasi secara terpencil, sebaliknya mengintegrasikan semua aspek sumber manusia, kewangan, teknologi, proses kerja, perundangan dan lain-lain secara menyeluruh dan bersepadu. Melalui perspektif menyeluruh ini, sebarang bentuk pembaharuan yang diperkenalkan akan lebih berdaya tahan, mampan, dan mampu menangani punca masalah secara mendalam, bukannya sekadar menyelesaikan simptom di peringkat permukaan masalah. Tanggungjawab Bersama Ekosistem kolaboratif dan akauntabiliti kejayaan transformasi sektor awam tidak lagi terletak pada bahu sesebuah agensi secara bersendirian, tetapi bergantung kepada penglibatan aktif semua pihak dalam ekosistem. Prinsip Tanggungjawab Bersama menekankan kepentingan kolaborasi rentas agensi, sektor swasta, dan pihak berkepentingan dalam memacu agenda inovasi. Dengan berkongsi kepakaran, sumber, dan risiko, setiap aktor dalam ekosistem ini memikul amanah untuk memastikan setiap inisiatif inovasi mencapai objektif nasional, sekali gus menghapuskan budaya kerja secara silo. Perkhidmatan Berteraskan Rakyat Keutamaan tertinggi dalam setiap inisiatif pembaharuan melalui inovasi hendaklah menjurus kepada penghasilan nilai tambah yang signifikan kepada pelanggan akhir. Prinsip Perkhidmatan Berteraskan Rakyat mewajibkan agensi untuk menggunakan pendekatan empati dalam memahami denyut nadi dan ekspektasi rakyat. Setiap inovasi yang dibangunkan perlu bersifat inklusif, mudah dicapai, dan mendatangkan impak nyata terhadap kesejahteraan masyarakat. Dengan meletakkan rakyat di tengahtengah reka bentuk perkhidmatan, sektor awam dapat memastikan penyampaian perkhidmatan kekal relevan dan responsif terhadap dinamika perubahan zaman. PRINSIP PANDUAN 1. PENGENALAN 2
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy