Peranan Penyepadu: Memantapkan Tadbir Urus Inovasi Penyepadu berperanan menetapkan hala tuju strategik serta menyelaras tadbir urus inovasi merentas seluruh organisasi bagi memastikan pelaksanaan yang tersusun, bersepadu dan berimpak. PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 1 Penubuhan Unit Inovasi Penubuhan Jawatankuasa Komitmen Pengurusan Pemantauan dan Pelaporan Unit Inovasi di kementerian atau agensi hendaklah diketuai oleh Ketua Unit Inovasi yang mempunyai kompetensi bersesuaian sebagai Pengurus Inovasi dan unit tersebut hendaklah terdiri daripada sekurang-kurangnya dua hingga tiga orang pegawai. Unit ini berperanan sebagai pusat rujukan inovasi, mengurus tadbir jawatankuasa inovasi, merancang dan menyelaras program serta projek inovasi (termasuk KIK), mengurus penyertaan pertandingan, memudah cara penskalaan inovasi, memantau pelaksanaan di semua peringkat serta menyediakan laporan tahunan pengurusan inovasi kementerian/agensi. Penubuhan unit tersebut perlu dilaksanakan dengan mematuhi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia, PB 3.1 – Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam, iaitu tiada perjawatan baharu diwujudkan kecuali melalui kaedah tukar ganti dan pindah butiran serta tidak melibatkan pertambahan implikasi kewangan. Aspek perjawatan bagi Unit Inovasi ini akan diperincikan secara berasingan melalui garis panduan berkenaan. Jawatankuasa Pemandu Inovasi (JPI) atau platform setara bagi membincangkan agenda inovasi agensi hendaklah dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha/ Setiausaha Kerajaan Negeri/ Ketua Jabatan, dengan keanggotaan terdiri daripada pegawai kanan dan kuorum minimum lima orang. Jawatankuasa ini berperanan merancang dan memantau pelaksanaan inovasi, menetapkan amalan dan proses, memberi pengiktirafan, mempromosi serta berkongsi inovasi, memperaku laporan tahunan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), dan mengenal pasti inovasi berpotensi untuk fasa pengembangan. Mesyuarat hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun. Komitmen pengurusan diterjemahkan dengan menetapkan hala tuju inovasi dalam pelan strategik, mewujudkan struktur tadbir urus yang jelas, menyediakan peruntukan, serta memberi pengiktirafan dan galakan kepada warga agensi. Semua agensi hendaklah melaksanakan pemantauan keberkesanan pengurusan inovasi berdasarkan kriteria ditetapkan. Laporan tahunan pengurusan inovasi agensi hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada JPA selewatlewatnya pada 31 Januari tahun berikutnya. Pengukuhan Pengurusan Inovasi Agensi Semua agensi hendaklah memastikan pengurusan inovasi diperkukuh dan ditambah baik merangkumi tadbir urus, proses, keupayaan modal insan dan mekanisme sokongan bagi memastikan inovasi dilaksanakan secara terancang dan berkesan. 11
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy