DUTA INOVASI Duta Inovasi ialah individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang inovasi serta kepakaran teknikal agensi, yang memimpin dan terlibat secara langsung dalam pelaksanaan inovasi di peringkat agensi. Duta Inovasi berperanan sebagai individu rujukan bagi hal ehwal inovasi di agensi, termasuk memberikan khidmat nasihat, bimbingan dan sokongan pelaksanaan. Duta Inovasi juga bertindak sebagai fasilitator kepada inovator dalam proses pembangunan, penghasilan dan pengembangan projek inovasi agar dilaksanakan secara lebih sistematik dan konsisten. JPA berperanan mengenal pasti dan melantik Duta Inovasi dari semasa ke semasa bagi memperkukuh keupayaan inovasi agensi serta meningkatkan kualiti pelaksanaan inovasi sektor awam. Bagi memastikan keberkesanan peranan ini, JPA akan menyelaras pembangunan kompetensi Duta Inovasi melalui program latihan, bimbingan dan pengukuhan kemahiran secara berstruktur. Pelantikan Duta Inovasi ini turut membolehkan kepakaran dan pengalaman dimanfaatkan secara silang guna merentas kementerian dan jabatan, khususnya bagi tujuan perkongsian pengetahuan, pemindahan kepakaran, dan sokongan teknikal dalam pelaksanaan serta pengembangan dan penskalaan inovasi untuk manfaat bersama. Agensi hendaklah memastikan Pengurus Inovasi dilengkapkan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran berkaitan yang bersesuaian merangkumi kursus pengurusan inovasi selain turut melengkapkan diri dengan kursus pemikiran kreatif, kaedah dan teknik penghasilan projek, pengembangan projek, penyediaan dokumentasi, pembentangan projek dan penggunaan alatan multimedia agar dapat membantu pengurusan inovasi secara lebih berkesan. Bagi tujuan ini, agensi hendaklah merujuk senarai kursus atau latihan yang ditetapkan oleh JPA melalui Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) dari semasa ke semasa. PENGURUS INOVASI Pengurus Inovasi ialah pegawai yang dilantik oleh agensi yang bertanggungjawab secara langsung terhadap pengurusan inovasi termasuk merancang, menyelaras, memudah cara dan memantau pelaksanaan inisiatif inovasi agensi selaras dengan hala tuju inovasi sektor awam. Pengurus Inovasi berperanan memastikan pengurusan inovasi dilaksanakan secara sistematik, berstruktur dan berfokuskan keberhasilan. EJEN PENGGERAK INOVASI 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 17
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy