SURAT PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

SURAT PEKELILING PEMBAHARUAN SEKTOR AWAM BILANGAN 1 TAHUN 2026 1
novasi 1
Pembudayaan 1
Sektor Awam 1
Kecekapan 20
Keberkesanan 20
Pengukuhan Pengurusan Inovasi Agensi 23
Komitmen Pengurusan 23
Komitmen pengurusan diterjemahkan dengan menetapkan hala tuju inovasi dalam pelan strategik, mewujudkan struktur tadbir urus yang jelas, menyediakan peruntukan, serta memberi pengiktirafan dan galakan kepada warga agensi. 23
Pemantauan dan Pelaporan 23
Agensi digalakkan untuk memperkukuh sinergi strategik melalui kerjasama merentas agensi serta dengan institusi pengajian tinggi, industri dan rakan strategik lain bagi mempercepat pembangunan dan pelaksanaan inovasi. Pendekatan kolaboratif ini membolehkan perkongsian kepakaran, data, teknologi dan sumber secara optimum, seterusnya mengurangkan pertindihan, meningkatkan kecekapan serta memperluas pengembangan dan penskalaan inovasi. 24
Agensi hendaklah mempergiat pelaksanaan inisiatif inovasi secara berterusan bagi membudayakan inovasi dan mencetus idea bernilai tinggi dalam kalangan warga. Antara inisiatif utama termasuk penganjuran Hari Inovasi (dalam bulan Oktober), pewujudan Bank Idea sebagai platform pengumpulan idea, serta pelaksanaan program kesedaran dan promosi secara aktif. Pendekatan ini akan meningkatkan penglibatan warga, mempercepat penghasilan penyelesaian kreatif dan memacu inovasi berimpak tinggi dalam penyampaian perkhidmatan awam. 24
Perkongsian amalan terbaik merupakan usaha penyebaran ilmu dan pemindahan pengetahuan melalui perkongsian pengalaman, pendekatan dan kaedah inovasi yang terbukti berkesan antara agensi. Agensi digalakkan melaksanakannya secara berkala melalui pelbagai platform seperti pembentangan, forum, webinar atau sesi dialog bagi memperluas pemahaman, merangsang idea baharu serta menyokong pengembangan inovasi merentasi agensi secara lebih tersusun dan berimpak. 24
Peruntukan kewangan merupakan elemen penting bagi menyokong pelaksanaan, pembangunan dan pengembangan inovasi di agensi. Sehubungan itu, agensi hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada peruntukan latihan tahunan bagi tujuan inovasi, di samping proaktif mengenal pasti sumber dana tambahan. JPA bersama agensi penggerak berkaitan juga akan terus mengusahakan sokongan kewangan bagi memperkukuh pencapaian inovasi sektor awam. 25
Keupayaan teknologi merujuk kebolehan agensi memanfaatkan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), Blok Rantai (Blockchain), Internet Benda (Internet of Things - IoT) dan analisis data dalam pembangunan inovasi. Agensi hendaklah mempertingkat keupayaan teknologi serta literasi digital warga, khususnya inovator, bagi memastikan teknologi digunakan secara optimum dalam menghasilkan inovasi yang relevan, berimpak dan selari dengan keperluan semasa. 25
Kemudahan inovasi membawa maksud penyediaan infrastruktur fizikal, digital dan teknologi bagi menyokong pembangunan inovasi secara berterusan. Agensi hendaklah menyediakan kemudahan seperti ruang inovasi dan platform kolaborasi digital bagi membolehkan inovator menghasilkan penyelesaian kreatif, meningkatkan kecekapan serta memperkukuh pembudayaan inovasi yang berimpak. 25

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy