Inovator berperanan menerajui pembangunan dan pelaksanaan inovasi melalui pendekatan sistematik bagi menghasilkan penyelesaian yang meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan kualiti perkhidmatan. Peranan Inovator: Menyemarakkan Budaya Inovasi 5 PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 15 Kapasiti Inovator Inovator di agensi hendaklah dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan inovasi serta mempunyai minda inovatif, berani mengambil risiko dan mengamalkan pendekatan kolaboratif. Agensi perlu membudayakan inovasi melalui eksperimentasi dan penambahbaikan berterusan, termasuk memastikan inovator mengikuti latihan yang ditetapkan oleh JPA dan INTAN, agar inovasi yang dihasilkan dapat memberi nilai tambah kepada organisasi dan pelanggan. Pelaksanaan Projek Inovasi Inovator boleh melaksanakan projek inovasi mengikut pendekatan yang bersesuaian seperti Projek IdeaSA atau Projek KIK, serta digalakkan mengaplikasikan pendekatan Perekayasaan Proses dan Prosedur Kerja, Pengurusan Perubahan dan Pengurusan Risiko bagi memastikan pelaksanaan inovasi yang lebih berkesan dan mampan. Perincian berkaitan pendekatan, kaedah pelaksanaan dan panduan teknikal projek inovasi akan diperjelas dalam Instrumen Operasi yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pengembangan dan penskalaan projek inovasi merupakan fasa memperluas impak inovasi agar manfaatnya dapat dinikmati secara lebih meluas. Agensi hendaklah menyokong inovator dalam memulakan langkah pengembangan dan penskalaan termasuk memanfaatkan pendekatan seperti penyelidikan dan pembangunan (R&D) berterusan, replikasi, pengkomersialan dan pendaftaran harta intelek, bagi memastikan inovasi yang dihasilkan lebih berkualiti, berdaya saing dan memberi nilai kepada rakyat. Perincian berkaitan pendekatan, kaedah pelaksanaan dan panduan teknikal akan diperjelas dalam Instrumen Operasi yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa. Pengembangan dan Penskalaan Projek Inovasi
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy