Pendaya berperanan menyediakan sokongan menyeluruh termasuk sumber manusia, kewangan, teknologi dan kemudahan bagi memastikan inovasi dapat dilaksanakan secara berkesan dan mampan. Peranan Pendaya: Menyediakan Sokongan Sumber Inovasi PERANAN INOVASI SEKTOR AWAM 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM Pembangunan Modal Insan Pembangunan modal insan merupakan antara komponen penting dalam melahirkan warga yang mahir dan kompeten dalam bidang inovasi. Pengetahuan, kemahiran dan kompetensi baharu berkaitan inovasi dalam kalangan warga organisasi, pengurus inovasi dan panel penilai hendaklah sentiasa dikemas kini selaras dengan perkembangan terkini. Peruntukan Kewangan Peruntukan kewangan merupakan elemen penting bagi menyokong pelaksanaan, pembangunan dan pengembangan inovasi di agensi. Sehubungan itu, agensi hendaklah memperuntukkan sekurang-kurangnya 10% daripada peruntukan latihan tahunan bagi tujuan inovasi, di samping proaktif mengenal pasti sumber dana tambahan. JPA bersama agensi penggerak berkaitan juga akan terus mengusahakan sokongan kewangan bagi memperkukuh pencapaian inovasi sektor awam. Keupayaan Teknologi Keupayaan teknologi merujuk kebolehan agensi memanfaatkan teknologi baharu seperti Kecerdasan Buatan (AI), Blok Rantai (Blockchain), Internet Benda (Internet of Things - IoT) dan analisis data dalam pembangunan inovasi. Agensi hendaklah mempertingkat keupayaan teknologi serta literasi digital warga, khususnya inovator, bagi memastikan teknologi digunakan secara optimum dalam menghasilkan inovasi yang relevan, berimpak dan selari dengan keperluan semasa. Kemudahan inovasi membawa maksud penyediaan infrastruktur fizikal, digital dan teknologi bagi menyokong pembangunan inovasi secara berterusan. Agensi hendaklah menyediakan kemudahan seperti ruang inovasi dan platform kolaborasi digital bagi membolehkan inovator menghasilkan penyelesaian kreatif, meningkatkan kecekapan serta memperkukuh pembudayaan inovasi yang berimpak. Kemudahan Masa merupakan aspek penting yang perlu diperuntukkan bagi membolehkan setiap inovator untuk berdaya cipta. Ketua Jabatan hendaklah memperuntukkan tempoh masa yang bersesuaian kepada inovator dalam tempoh waktu bekerja dengan mengambil kira beban tugasan hakiki bagi melaksanakan aktiviti berkaitan inovasi. Peruntukan Masa 3 13
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy