SURAT PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

PANEL PENILAI Panel Penilai ialah individu yang dilantik bagi melaksanakan penilaian terhadap projek inovasi secara objektif, telus dan berasaskan piawaian yang ditetapkan. Panel ini berperanan memastikan kualiti, keberkesanan dan impak inovasi yang dihasilkan memenuhi kriteria penilaian serta menyokong pemilihan inovasi yang berpotensi untuk diperluas dan memberi nilai tambah kepada organisasi, sektor awam dan rakyat. Kumpulan Panel Penilai yang berkualiti adalah penting bagi menjamin kewibawaan dan kualiti penilaian yang memenuhi piawaian yang ditetapkan. Dalam hal ini, kemahiran dan kompetensi Panel Penilai adalah berdasarkan kepada set piawaian yang ditetapkan oleh JPA dari semasa ke semasa. Panel Penilai terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu Panel Penilai IdeaSA dan KIK. Panel Penilai Pertandingan Idea Inovasi (IdeaSA) Individu yang dilantik menjadi Panel Penilai bagi pertandingan inovasi IdeaSA yang dianjurkan oleh agensi sektor awam. Agensi hendaklah melantik Panel Penilai yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang bersesuaian dalam bidang berkaitan. Panel Penilai Pertandingan KIK Individu yang dilantik menjadi panel penilai bagi pertandingan KIK yang dianjurkan oleh agensi sektor awam. Agensi hendaklah melantik Panel Penilai yang berpengalaman dan diperaku serta berdaftar dengan INTAN. Langkah ini bagi memastikan kompetensi Panel Penilai sentiasa meningkat dan relevan dengan keperluan dan perkembangan terkini. EJEN PENGGERAK INOVASI 2. PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM 18

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy