SURAT PEMBUDAYAAN INOVASI SEKTOR AWAM BIL.1 TAHUN 2026

Pengiktirafan di peringkat sektor awam perlu diberikan kepada inovator sebagai tanda penghargaan atas sumbangan merancakkan inovasi sektor awam. Pengiktirafan juga menjadi sumber inspirasi dan dorongan kepada inovator untuk terus menghasilkan projek yang berimpak tinggi dan berdaya saing. JPA boleh menganjurkan pertandingan inovasi di peringkat sektor awam bagi mempertandingkan projek inovasi terbaik yang telah dikenal pasti di peringkat agensi. Projek-projek inovasi terbaik di peringkat sektor awam akan diraikan dalam program pengiktirafan anjuran JPA. Bagi maksud pelaksanaan pertandingan inovasi sektor awam, KPPA dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan sebarang pemakluman mengenai pelaksanaan pertandingan inovasi selaras dengan agenda inovasi negara dan dasar semasa kerajaan. Projek-projek inovasi yang telah menerima pengiktirafan di peringkat sektor awam adalah berpotensi dipertimbangkan untuk fasa pengembangan dan penskalaan tertakluk kepada dana dan peruntukan yang tersedia bagi tujuan tersebut. Dalam hal ini, JPA bersama-sama dengan Agensi Penggerak Inovasi yang lain akan melaksanakan penilaian wajar (due diligence) bagi mengenal pasti projek inovasi yang bersesuaian. PENGIKTIRAFAN 3: TADBIR URUS INOVASI SEKTOR AWAM 24

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy