Dalam mendepani cabaran seperti kekangan fiskal dan kepesatan teknologi, inovasi kini menjadi pemacu utama usaha pembaharuan tadbiran dan reformasi budaya kerja selaras dengan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan 2025 dan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Inovasi berperanan memperkasakan penjawat awam sebagai inovator untuk menghasilkan penyelesaian yang mampu mengoptimumkan penggunaan sumber bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. Ke hadapan, fokus inovasi perlu beralih kepada pencapaian keberhasilan melalui integrasi teknologi digital dan automasi dalam menyelesaikan isu sistemik yang kompleks. Pendekatan secara silo perlu digantikan dengan kerjasama rentas agensi yang lebih kolaboratif bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, berkesan dan seterusnya menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat dan pembangunan negara. Membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penyampaian perkhidmatan berpaksikan rakyat. Surat Pekeliling ini bertujuan menjelaskan panduan pelaksanaan Pembudayaan Inovasi Sektor Awam untuk dijadikan rujukan utama oleh agensi dalam membangunkan ekosistem inovasi yang holistik dan kondusif bagi memacu kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan yang berpaksikan rakyat. LATAR BELAKANG TUJUAN MATLAMAT Pembudayaan Inovasi Sektor Awam menyasarkan tiga objektif utama seperti berikut: OBJEKTIF Memantapkan ekosistem inovasi sektor awam dengan mengintegrasikan peranan semua agensi. Membudayakan inovasi dalam penyampaian perkhidmatan agensi kepada rakyat. Memperkasakan transformasi inovasi dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan. 1. PENGENALAN 1
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy